jari jemari menari
09 November 2021
01 December 2020
29 October 2020
Salam Maulidul Rasul 1442 H@2020 M
Salam,
Hari ini Khamis, 12 Rabiul Awal 1442 bersamaan 29 Oktober 2020. Salam Maulidul Rasul dari bumi Najd.
28 August 2020
Ujian
Salam,
Ujian sinonim dengan kitakan? Bila sebut sahaja ujian macam-macam yang tergambar dalam fikiran kita. Setiap ujian yang ditempuhi berbeza antara satu sama lain. Biasanya ujian Allah SWT ini datang dalam bentuk berlawanan.
Ujian kemiskinan lawannya kekayaan, ujian kesakitan lawannya sihat, ujian kecerdikan lawannya kebodohan, ujian kesempurnaan lawannya kecacatan. begitulah seterusnya selagi nafas belum terhenti di dunia fana ini.
Ujian aku dibumi Riyadh yang panas dan kering ini ialah kebebasan bergerak menikmati alam dan mengurus perangai manusia. Memandangkan aku datang dari negara Syurga Dunia tiba2 tercampak dibumi yang penuh ujian ini. Waktu aku berfikiran waras aku bersyukur kerana dapat merasai sendikit tempias getirnya ujian Siti Hajar. Bagaimana sabarnya wanita mulia ini tetapi ketika fikiran dikuasai oleh makhluk yang bersumpah akan merosakkan manusia, aku menjadi manusia yang aku sendiri tidak kenali.
Aku terfikir manusia ini ada pilihan, tetapi kenapa memilih untuk menyusahkan diri sendiri an menyusahkan orang lain? Kenapa memilih jalan Abu Lahab dan Hindun? Itu ujian sebenarnya! Ujian dibumi anbiyak ini. Jika mengikut sejarah tempatan, asal penempatan di Riyadh ini ialah tempat larinya seorang manusia yang enggan menerima Islam dan kepimpinan Baginda Rasulallah. Jadi berkembang biaknya keturunan ini. Pasti ada yang menjadi baik dan pasti ada yang kekal buruk perangai dan kedegilannya. Jadi dimana kita? Siapa yang kita ikut? Terjebakkah kita?
Bertuah dapat mendiami bumi anbiyak, dapat melawat Maqam Kekasih Allah SWT, Junjungan Nabi Muhammad SAW. Dapat iktikaf dan solat sepuasnya di rumah Allah yang paling mulia diatas muka bumi ini..tetapi hadiah rezeki itu tidak datang percuma. Begitu tinggi fadhilat dan pahalanya begitu tinggi jua ujiannya. Tidak percaya? Hati dengan sendiri didatangi perasaan riak, perasaan bertuah dan mula hati berkata-kata membandingkan dengan rezeki orang lain. Lagi..ironinya..setelah berkali2 dapat peluang yang sukar bagi orang lain tetapi perangai kita tetap sama. Jadi fikir-fikirkanlah...Berkatkah amalan aku ini? Diterima atau tidak segala amalan aku ini? cubarenungkan dan fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Fikir dengan mata hati keran mata fizikal kita sering menipu dan tertipu.
08 May 2020
27
Salam,
Hari ini Jumaat di Diplomatik Kuaters ,8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441, sejarah berulang untuk kali yang ke 27. Alhamdulillah. Syukur kepadaMu atas segala yang Engkau telah anugerahkan. Rahmati dan lindungilah kami Ya Allah Ya Rabbal Alamin. Jauhilah kami dari segala khianat manusia dan iblis, lindungilah kami dari mata-mata syaitan yang sentiasa mendorong kearah kemungkaran. berilah penglihatan kami dengan penglihatan mata lebah. Tundukkanlah nafsu kami daripada bisikan-isikan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.Tiada yang lain yang boleh menolong kami, melindungi kami, menunjukkan kami jalan yang lurus. Akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang dan Maha Pengampun.
10 February 2020
Pindah
Salam,
Pada 18.8.2019 Ahad, bermula pengembaraan baru bagi kami. Kali ini menuju ke Riyadh sebagai destinasi. Penerbangan seawal jam 9.30 pagi menaiki penerbangan Emirats kami transit di Dubai selama 8 jam. Tepat jam 4.40 petang waktu Arab Saudi kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid (King Khalid International Airport). Kami disambut oleh kaki tangan kedutaan dan sebahagian duta-duta ASEAN. Bahang panas yang teramat menampar muka sebaik sahaja keluar daripada bangunan lapangan terbang. Bermula kehidupan baru kami di bumi Riyadh. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi hati yang sabar, cekal dan bahagia di daerah yang mencabar ini.