26 June 2009

Mengulang-ngulang


Salam,

Dalam hidup ini tanpa kita sedar, kita sering mengulang-ngulang dalam perbuatan dan perkataan kita. Sesungguhnya mengulang-ngulang itu memang sesuatu yang dituntut dalam Islam, contohnya ibadat sembahyang. Alhamdulillah jika kita mengulang-ngulang dalam melakukan kebaikan, tetapi tanpa sedar kita juga megulang-ngulang sesuatu keburukan. Contohnya perkataan dan percakapan seharian kita. Amat menyedihkan jika kita megulang-ngulang perbuatan dan perkataan yang menyakiti hati pasangan kita dan anak-anak kita. Sesungguhnya jika kita menyedari segala kesalahan yang dilakukan hanya keampunan dan kemaafan yang perlu kita lakukan. Kembalilah kepada agama Islam, insyaalah kita tidak akan sesat.
Bukankan kita digalakkan melakukan ibadat-ibadat sunat yang akan menampung kepincangan ibadat-ibadat wajib kita dan menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan.
Tidak salah mengulang-ngulang dalam kebaikan. Jadikan zikir,tasbih dan istigfar sebagai mainan mulut dan gula-gula percakapan. Usahakan menjauhi umpat keji sesama manusia. Semaikan sifat ikhsan sesama makhluk Allah.

25 June 2009

Hati



Salam,

Hati oh hati. Aku tidak faham mengapa hati ini selalu tidak tenteram. Ada sahaja perkara-perkara yang mengganggu ketenteraman hati.

Sudah tertulis didalam hadis, lebih kurang bermaksud begini:
jika baik seketul daging/darah dalam badan kita ini baiklah seluruhnya, itu adalah HATI.

24 June 2009

Penyakit Hati



Salam

Penyakit hati secara zahirnya orang tidak nampak. Namun begitu penyakit ini akan dapat dilihat secara perlahan-lahan melalui tingkah laku, percakapan dan perlakuan seseorang. Penyakit ini seperti juga penyakit barah,kebiasaannya dapat dikesan setelah berada diperingkat yang teruk.Namun begitu penyakit ini dapat diubati dengan syarat ada kemahuan dipihak yang empunya diri.

Sifat-sifat buruk @ mazmumah seperti dengki, buruk sangka,memandang rendah kepada orang lain, mengumpat, iri hati,menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan lucah dan dalam percakapan seharian,bermuka-muka, mengadu domba hal peribadi sendiri atau orang lain dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Hanya kepada Allah Taala tempat kita mengadu dan berserah jika kita terasa dalam diri ada penyakit ini. Kembali kepada agama Islam yang mulia. Pada peringkat awal memang terasa susah tetapi yakinlah Allah sentiasa mendengar doa-doa hamba yang ikhlas dan mengampunkan dosa-dosa hambanNya yang insaf dan bertaubat.

Rupa-rupanya aku ini dikelilingi mereka yang mempunyai sifat-sifat ini. Sifat Hipokrit!

Waalahuaklam.

10 June 2009

Snow in summer

Salam,

Eastern Cottonwood (Populus deltoides)

In late spring and early summer, the fruit capsules open to release their small seeds attached to many cotton-like strands (lower left). It is the continuous release of these fluffy seeds for two to three weeks that results in the common name of "Cottonwood".

Akhirnya tau jugak aku nama pokok yang menyebarkan kapas putih sejak seminggu lalu dan semakin menjadi-jadi sehari dua ni. Waktu keluar semalam, memang mengganggu pernafasan dan pemandangan. Tapi...pokok ni makhluk Allah , semuanya berlaku atas perintah Allah Taala dan ini menunjukkan ketaatan mereka kepada Allah Taala yang tidak berbelah bagi. Hanya makhluk yang bernama manusia sahaja, tidak segan silu setiap hari mencabar ketaatan kepada Allah Taala.

Takutnya neraka yang panas menyala-yala.

05 June 2009

Susah hati

Salam,

Susah hati memikirkan masa depan anak-anak. Bila disuruh membaca lebih, mula tarik muka. Bila buat muka cuka, mama pula naik suara.Bila mama tanya kenapa keputusan rendah , jawabnya senang aje, lupa..apa yang dibaca. Hari-hari mama pesan, baca buku tutup tv, jawab anak-anak, tv sebagai teman supaya tidak bosan. Bila mama tegur simpan i-pod, mulut mula mengumat-ngamit. Kalau ikut hati mau aje mama buang i-pod dalam tong sampah. Mama susah hati.

04 June 2009

Kawan Lama

Salam,
Baru-baru ini , dek kerana terlalu banyak masa lapang aku telah mencari kawan lama yang telah terputus hubungan. Seingat2 aku, kali terakhir kami berhubung pada tahun 1988. Bukan hati tak ingat tetapi kerana kekangan masa dan kesibukan tugas ingatan itu beredar bersama masa.

Dengan pertolongan internet aku mencari semula kawan tersebut dan menaliponnya. Bertapa terkejutnya dia. Panjang kami bercerita. Kawan aku ini dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, aku tumpang gembira.