16 November 2010

Shasha


Shasha




Hidup Berteman








Salam,

Mula-mula Shasha dibawa kerumah dulu usianya dalam lingkungan 2 @ 3 bulan. Nina menghadiahkan 2 ekor patung beruang. Seronoklah Shasha bermain dengan patung2 ni.Apabila Shasha meningkat umur remaja dia hanya suka kepada satu patung sahja. Mula-mula kami tak perasan yang patung itu sebenarnya ialah patung kucing bukan patung beruang.

Saya berasa hairan kerana patung kucing ini berada dimana-mana. Setiap pagi mesti ada dibilik saya. Sebelah petang ada didapur pula. Sehinggalah suatu hari saya ternampak Shasha mengheret patung ini ketingkat atas dan ketingkat bawah.Waktu tu badan Shasha masih kecil, terhegeh-hegeh dia mengheret patung kucing ini.Pokoknya Shasha hendak patung ni berada bersama-samanya dimana dia berada.

Satu hari Shasha tak nak makan. Lama saya perhatikan, tiba-tiba dia muncul bersama patungnya dan meletakkan patungnya betul2 menghadap bekas makanannya. Saya perhatikan dia makan dan kemudian menjilat-jilat badan patung disebelahnya. Melihat keadaan ini hati saya menjadi sebak, Shasha kesunyian dan dia ingin berteman. Rasa berdosa pula melihat keadaan Shasha yang kesunyian.