28 November 2013

Remeh-temeh

Salam, Melihat tajuk dan berita-berita suratkhabar arus perdana berita remeh temeh yang mengambil alih muka hadapan. Terasa sungguh perbezaan dengan surat khabar berbahasa lain. Ini menunjukkan seolah-olah orang Melayu hanya berminat kepada berita-berita ringan. Golongan muda hanya cenderung kepada hiburan semata-mata. Media cetak dan elektronik hanya menghidangkan program-program ringan yang bercorak hiburan semata-mata, drama-drma menjurus kearah tahyul yang menyekat pemikiran kreatif. Kenapa begini jadinya? Tamakkan harta dunia semata-mata. Agaknya apa akan jadi kepada generasi Melayu 10 tahun akan datang.

27 October 2013

SPBS

Disiarkan dalam SINAR HARIAN online 27.10.2013 Assalamualaikum, SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah aduan saya: 1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti ini? 2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia. 3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini. 4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer. 5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru. Saranan saya : 1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013. 2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini? Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna. Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access. Wassalam Guru IT.

10 October 2013

27 July 2013

Salam Ramadan 1434

Salam,
Salam Ramadan 1434H/2013. Masa berlalu terlalu pantas, baru semalam rasanya berpuasa sedar-sedar sudah 18 Ramadan. Keletihan seharian dengan hal-hal dunia membuatkan saya sangat sedikit melakukan amalan sunat di bulan Ramadan ini. Setiap kali berazam ingin mengejar tawaran hebat Ramadan tetapi tidak terkejar.

31 March 2013

Popular

Salam,
Cerita pasal popular ni buat saya geleng kepala. Ada seorang hamba Allah ni, pendiam aje orangnya, diam-diam saya kagum dengan cara dia bekerja tetapi betullah kata orang, diam-diam hati didalam hanya Allah yang tahu.  Saya bersangka baik aje, apabila berbual dengan dia tidak disangka-sangka keluar kata-kata yang sangat tidak sedap didengar, rupa-rupanya  dia ni sangat meluat dengan seseorang. Jika meluat sebab orang tu buat perkara tak betul saya boleh terima tetapi jika meluat atas kelebihan  yang dimiliki oleh orang tu buat saya berfikir, ini dah masuk kes iri hati. Itulah...kalau kita dah harap hari nak popular insyaalah Allah akan makbulkan cuma...cara popular itu hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya.
Moralnya, selalulah mohon sesuatu yang baik, tidak perlu iri hati atas kelebihan orang lain kerana semuanya datang daripada Dia.

Pening

Salam,
Cepatnya masa berlalu, tidak terkejar rasanya. Esok 1 April. Alhamdulillah 3 bulan tanpa sangkut. Moga kekal sihat selama-lamanya.