18 November 2011

Dalam kenangan


Salam,

Terlalu obses. Kehilangan yang tiada gantinya.

Cahaya yang hilang


Salam,

Dalam mengejar dunia, tanpa sedar cahaya yang ada semakin pudar. Tidak tahu dimana punca, tidak tahu bagaimana boleh terjadi. Hari ini tiada belas kasihan, siapa yang tersalah langkah tiada siapa yang akan peduli. Pandai-pandailah jaga hati sendiri.

04 November 2011

Selamat Hari Raya Korban /Aidil-Adha

Salam,

saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Korban/Aidil-Adha 1432H/2011M. Semoga kita semua dapat menghayati erti Hari raya Korban yang sebenar.

17 October 2011

3 bulan

Salam,
Pejam celik tak sedar dah 3 bulan saya balik ke Malaysia menetap di rumah sendiri. Masa berjalan terlalu pantas, tak terkejar rasanya. Balik kerumah badan dah penat, faktor usia dan persekitaran mungkin. Mau aje berhenti kerja tetapi apakan daya dah berhutang kenalah bayar. Adat hidup di dunia.

05 July 2011

Mid-summer



Photo taken on June 24th 2011, 1.10 AM.

Gunung Berapi dan Gempa Bumi


Mereka yang akan aku tinggalkan.
Salam,

Kebelakangan ini banyak betul gempa bumi berlaku . Tambah lagi dengan gunung berapi yang sedia untuk meletus bila-bila masa. Gempa bumi yang berlaku melangkaui benua, hari ini diberitakan berlaku di benua Amerika ,tiba-tiba esok berlaku pula di benua Asia.

Adakah ini tanda-tanda Allah Taala sangat murka kepada kita? Amaran demi amaran diberi tetapi kita ini manusia yang kurang iman dan taqwanya. Allahuaklam. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita ditetapkan iman sehingga keakhir hayat. Semoga kita sentiasa tabah dengan ujian2 daripadaNYA.

04 July 2011

Indonesian volcano erupts

July 3, 2011
Indonesian volcano erupts
JAKARTA - A VOLCANO on Indonesia's Sulawesi island erupted on Sunday, spewing ash and smoke 5,000 metres into the air.

Mount Soputan in North Sulawesi province erupted at around 6.03am but people living in the sparsely populated area have not been evacuated, Iing Kusnadi, a scientist at the volcano's monitoring post told AFP.

'The volcano erupted this morning. Besides spewing ash and dust particles, it also spewed hot gas but that's limited to around its crater,' he said.

'The recommended evacuation zone is set at a six-kilometre radius around the volcano but there's only forest in that range,' he added. 'At the moment, it is still a safe distance from people but we'll continue to monitor the activity,' he added.

The nearest village is eight kilometres away on the western side of the volcano, which towers 1,783m over North Sulawesi province. Soputan, one of Sulawesi's most active volcanoes, last erupted in 2008 with no fatalities recorded.

Indonesia sits on the Pacific 'Ring of Fire' where continental plates collide, causing frequent seismic and volcanic activity. The archipelago nation is home to 129 active volcanoes, including 21 on Java.-- AFP

01 July 2011

Percayalah!!



Salam,

Percayalah! jika anda tidak pernah mengalami masalah berat badan sejak usia kanak-kanak hingga dewasa, anda akan berasa amat tertekan apabila berat badan anda tidak dapat dikawal lagi. Bukan senang untuk menurunkan berat badan lebih-lebih lagi jika anda seorang surirumah sepenuh masa. Jika tiada disiplin yang tinggi usaha anda akan sia-sia, azam sahaja tidak memadai. Anda perlu mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengawal diri daripada stress.

Oleh itu jangan biarkan selera anda bermaharajalela, kelak anda yang kecewa. Itu yang sedang saya alami kini. Sabor ajelah.

30 June 2011

mStar Online : Kita Berharap Kajian Semula Pemberian Biasiswa Akan Dibuat Secara Telus & Terbuka

mStar Online : Kita Berharap Kajian Semula Pemberian Biasiswa Akan Dibuat Secara Telus & Terbuka

Gempa bumi di Filipina- Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

5.4 quake shakes Japan

5.4 quake shakes Japan, damages castle
From correspondents in Tokyo From: AFP June 30, 2011 1:55PM
A 5.4 magnitude earthquake has hit central Japan, injuring several people and causing cracks in a 16th-century samurai castle listed as a national treasure.

The quake hit at 8.16am local time today with the shallow focus located in Nagano prefecture, some 180km north-west of Tokyo, the Japan Meteorological Agency said.

It was followed by smaller aftershocks.

The tremor damaged Matsumoto Castle in Nagano, causing cracks in the inner walls of a tower built in the late 16th century, according to a municipal official.

Television footage showed fallen concrete bricks and roof tiles in the area.

Public broadcaster NHK said the morning tremor injured nine people, including a woman who fell off her bed.

24 June 2011

mStar Online : Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah

mStar Online : Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah

Tetamu



Salam ,

Tetamu terakhir kami di Moscow.

24 JUN, 2011, 10.24AM IST,AFP Huge 7.4 earthquake rocks Alaskan islands: USGS

WASHINGTON: A powerful 7.4-magnitude earthquake shook Alaska's remote Aleutian Islands late Thursday, but US officials did not issue a tsunami warning for the Pacific Ocean.

There were no immediate reports of damage or injuries.

The quake on the Fox Islands -- 101 miles (163 km) east of the tiny fishing port of Atka -- stuck at 6:09 pm local time (0309 GMT), the US Geological Survey said in a statement.

The Pacific Tsunami Warning Center, based in Hawaii, said there was "no current warning, watch, or advisory" after the quake, which struck more than 1,000 miles (1,600 kilometers) west of the major Alaskan city of Anchorage.


Tsunami warning cancelled for Alaska
June 24, 2011 - 3:14PM

A local tsunami warning for coastal areas of Alaska has been cancelled.

The West Coast and Alaska Tsunami Warning Center posted a tsunami warning for certain coastal areas of Alaska after a major earthquake struck off the Aleutian Islands on Thursday night (Friday afternoon AEST), but cancelled the warning about 8.30pm Alaskan time (1430 AEST).

The warning had covered an area from 130 kilometres northeast of Dutch Harbor to about 200 kilometres west of Adak.

In Dutch Harbor, longshoreman Jim Paulin said warning sirens caused hundreds of people to begin climbing up a nearby hill.

The US Geological Survey said the 7.2 magnitude earthquake struck off the Fox Islands - 163 kilometres east of the tiny fishing port of Atka - at 6.09pm local time on Thursday (1309 AEST Friday).

The Fox Islands are an eastern group of the Aleutian Islands, off southwestern Alaska.

The Alaska Earthquake Information Center said the quake was felt through the central Aleutians and as far east as Dutch Harbor and Unalaska.

There were no immediate reports of damage.

© 2011 AFP

15 June 2011

Kenangan Itu


Salam,

Kenangan itu sentiasa bermain difikiran saya. Sesungguhnya saya rasa takut. Betul, ajal maut seseorang itu tidak akan dilewatkan walaupun sesaat. Bersediakan saya?

Gegaran Lagi


Salam,

Semalam 14 Jun 2011 Malaysia dikejutkan dengan gegaran-gegaran kecil yang boleh dirasai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya , Melaka, Perak ,Negeri Sembilan dan beberapa tempat di Selangor. Gegaran ini akibat berlaku gempa bumi berskala rendah 5 - 6 Magnitud di Sumatera Utara.
Agaknya bagaimana jika berlaku gempa berskala tinggi seperti yang berlaku di Jepun dan New Zealand baru-baru ini.

Bagi sesiapa yang pernah merasai gegaran gempa ini tentu ada rasa insaf dihati bertapa kerdil dan lemahnya kita disisi Allah Taala. Moga kita sentiasa dijauhkan daripada bala bencana walau dimana kita berada. Sentiasalah muhasabah diri.

18 May 2011

Pobedi



Salam,

Pobedi bermaksud kemenangan. Sambutan hari kemenangan mengalahkan Hitler.

Shasha



Salam,

Hanya tempat tinggi pilihan hati.

Tetamu



Salam,

Selalu mengharap agar ada saudara mara datang berkunjung kerumah kami disini, akhirnya ada juga yang sudi datang. Alhamdulillah.

18


Dulu


Kini

Salam,

Dulu, Kini dan Selamanya. Insya-Allah.

25 April 2011

Aku



Salam,

Apa-apa yang berlaku kepada diri kita adalah hasil daripada perlakuan dan kemahuan kita sendiri dan semestinya kita bertanggungjawab atas segala perbuatan dan perlakuan itu. Menunding jari dan mempertanggungjawabkan kepada pihak lain atas segala perlakuan kita adalah suatu perbuatan dan perlakuan yang tidak sepatutnya berlaku kepada seorang yang bernama manusia yang telah diberi akal untuk berfikir dan menimbang antara yang baik dan buruk.Marilah kita berusaha menghargai diri sendiri atas landasan iman dan taqwa dan sedaya upaya menghindarkan diri daripada kejahatan hati kita sendiri. Sejahat-jahat musuh adalah nafsu yang ada dalam diri kita sendiri.

21 April 2011

Budaya?


20:42 19/04/2011
Related News
Hitler's Mein Kampf recognized as 'extremist' literature in Russia
Russian police vows to thwart extremist rallies on Hitler birthday
Russian Nazis plan mayhem for Hitler's birthday
Ukraine plans to turn Hitler's headquarters into tourist attraction


Youth activists will patrol Moscow on Wednesday in a bid to prevent attacks by neo-Nazi groups celebrating the 122nd anniversary of Adolf Hitler's birth, officials said.
Rosmolodezh - Russian Federal Agency of Youth Affairs - said that some 750 people from the country's "Volunteer Brigade" - an organization with close links to law enforcement bodies - and representatives of ethnic minority groups would "take under special control" squares, train stations and other public places.
April 20 has traditionally seen an increase attacks on ethnic minorities in Moscow and other Russian cities.
Ethnic tensions exploded in Moscow late last year after the killing of a football fan by a native of the country's mainly Muslim North Caucasus. Some 5,000 football hooligans and nationalists subsequently rioted near Red Square and clashes between ethnic Russians and internal migrants were reported across the country.
MOSCOW, April 19 (RIA Novosti)


Activists take control of the streets of Moscow, Hitler's birthday
Posted on April 19, 2011 in In Russia | by admin
On this day, the ultra celebrate Adolf Hitler's birthday. Activists believe that in Moscow in the period from April 20 to May 9,
most likely provocative speeches by radical nationalists. "Activists of the interregional association to cooperate with law enforcement agencies" voluntary militia of the country, "together with representatives of national and cultural associations and diaspora, with the support of the Federal Agency on Youth Affairs will hold a rally," Antifascist Patrol "- said in a statement. Young people are going to divide into groups of 50 people. Under special control, they promise to take the places of leisure and mass gatherings in Moscow: squares, railway stations, shopping centers, religious centers and dormitories metropolitan university. "The main tasks of volunteers will prevent illegal actions on the part of a negative-minded citizens to inform law enforcement officials about attempts to offenses by residents and visitors to the capital" – the press-service.
TAGS: demonstrations and rallies

For more than 20 years, starting at the end of the 1980s, radical nationalist and neo-nazi groups have used Hitler’s birthday as an excuse to lead public demonstrations. Every year, the day is marked by widespread attacks by skinheads on foreign citizens, as well as migrants from the Caucasus region and Central Asia. The neo-fascists also target Jewish sites and monuments.by The Other Russian

17 April 2011

Bahasa Inggeris


Bersama krew TV3

Salam,

Saya harap anak saya tidak terlalu gembira apabila membaca ini. Dia pernah bertanya saya mengenai isu Bahasa Inggeris ini.

Published: Ahad April 10, 2011 MYT 10:41:00 AM
Updated: Ahad April 10, 2011 MYT 11:15:05 AM

Kerjaya Idaman Hanya Untuk Mereka Yang Mahir Berkomunikasi
Oleh HARIATI AZIZAN and LEE YEN MUN
PETALING JAYA: Tidak mengapa sekiranya anda gagal untuk memperoleh segulung ijazah yang cemerlang sebaliknya anda hanya perlu mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sudah pasti kerjaya idaman akan menjadi milik anda.
Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan menulis dalam Bahasa Inggeris kekal sebagai kriteria utama yang dicari oleh majikan dalam memilih pekerja yang mempunyai prospeks yang cerah.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), ciri tersebut merupakan faktor utama dalam merekrut graduan yang baru tamat pengajian.
Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif 2010 yang dikeluarkan oleh MEF menunjukkan bahawa 68 peratus syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kualiti utama dalam memilih pekerja, ia diikuti oleh pengalaman berkerja (67 peratus), kemahiran individu (56.2 peratus), ketekunan serta komitmen (55.7 peratus).
Menuru Pengarah MEF, Shamsuddin Bardan, globalisasi telah merubah faktor pemilihan pekerja, kemahiran komunikasi terutamanya bahasa Inggeris merupakan aset bernilai yang perlu ada pada setiap pekerja.
Jelasnya, ia merupakan kriteria penting dalam semua profesion termasuklah untuk kerjaya seperti jurutera, kakitangan teknikal dan ahli sains.
"Kriteria ini penting terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan syarikat multinasional dan firma-firma besar.
"Hari ini pelanggan kita boleh datang dari mana-mana negara di seluruh dunia. Di kilang-kilang, misalnya tugas jurutera tidak sama seperti dahulu. Kini, mereka perlu melibatkan diri dalam pelbagai aspek perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan,” katanya.
Beliau berkata apa yang dibimbangkan adalah kebanyakan siswazah tempatan hari ini tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik merupakan punca mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.
Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn Bhd, Melissa Norman turut bersetuju dengan menyatakan enam daripada 10 graduan yang menghadiri temu duga yang dijalankan oleh syarikatnya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Kelly Servives merupakan salah satu agensi mencari pekerjaan terkenal di negara ini.
Menurut Norman, Norman adalah penting untuk setiap siswazah menguasai bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa penting yang digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia.
Berdasarkan Tinjauan Tenaga Kerja Kelly Global 2010 menyenaraikan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama daripada lima ciri-ciri lain yang dicari oleh setiap majikan.
“Kami telah mengenalpasti ramai siswazah tempatan yang lemah bertutur, menulis dalam bahasa Inggeris serta menggunakan perbendaharaan kata yang terhad.
“Calon seperti ini hanya berjaya mendapat pekerjaan dalam perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat kecil,” katanya.
Beberapa syarikat serta pemimpin dalam bidang perniagaan memberi amaran bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akan mempengaruhi daya saing global di Malaysia.
Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur berkata golongan muda yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tidak akan mampu untuk berunding untuk mendapatkan persetujuan terbaik dalam urusan perniagaan atau pelaburan yang dijalankan.
“Kita perlu menghantar pekerja kita ke luar negara untuk memasarkan produk kita, berunding dalam setiap perjanjian mahupun mendapatkan kontrak untuk ditandatangani.
"Jika mereka ini tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik maka kita akan ketinggalan," katanya.
Pengerusi bersama Pemudah, Tan Sri Yong Poh Koh pula berpandangan bahawa kakitangan awam juga perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
“Kualiti bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada sector awam apabila mereka perlu berinteraksi dengan warganegara asing mahupun dunia perniagaan apabila mereka perlu menyatakan pendirian dalam isu-isu yang melibatkan masyarakat dunia.
“Ia meliputi rundingan dalam perjanjian penting seperti perjanjian perdangangan,” katanya.
Ini meliputi rundingan pada perjanjian-perjanjian penting seperti perjanjian-perjanjian perdagangan.”
Dalam pada itu, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Fong Chab Onn menyatakan sejak dua dekad yang lalu kualiti bahasa Inggeris di negara ini telah menurun.
Beliau berkata sekiranya perkara itu tidak segera diatasi boleh menyebabkan Malaysia akan ketingggalan dan tidak mampu bersaing dengan negara jirannya.
“Thailand, Indonesia dan China sedang meningkatkan usaha untuk memperbaiki pengguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka,” katanya.

13 April 2011

Shasha


siapalah tak jatuh hati bila Shasha buat muka macam ni.




Raja dalam keluarga kami. Namanya Raja Shasha a.k.a King Alexander The Great

12 April 2011

Cantik



Salam,

Teringat saya kata-kata seorang VVIP, dalam 10 orang gadis Russia yang dia nampak, 7 orang semuanya cantik-cantik belaka tetapi yang 3 orang LAGI CANTIK.
Memang betul dan tepat sangat, gadis2 Russia semuanya cantik-cantik belaka. Bukan sahaja cantik rupa paras tetapi pandai bergaya pula. Satu kekurangan gadis-gadis Russia ni susah nak senyum. Agak-agaknya kalau semuanya ramah-tamah, senyum manis menggula ramai isteri-isteri yang makan hati. Emmm..senyum sendiri..

Cuaca oh Cuaca



Salam,

Cuaca benar-benar tidak menentu kebelakangan ini. Pada minggu lepas dijangka salji tidak akan turun lagi tetapi rupa-rupanya sepanjang minggu ini salji turun hampir setiap hari. Memandangkan suhu dah mula panas, semuanya cair dan becak serata tempat. Baru berangan-angan hendak keluar tetapi memandangkan keadaan yang begini lebih baik duduk di rumah saja.

11 April 2011

Nasihat-menasihati



Salam,

Banyak betul saya menerima e-mail yang mengandungi nasihat-nasihat berguna. Terima ksih saya ucapkan pada yang sudi memanjangkan email-email begini cuma...saya tidak suka diakhir e-mail ada saja ayat-ayat yang berbunyi begini..." hendaklah dihantar kepada 10 yang lain jika tidak.....bla-bla-bla- ..bagi saya ada sesuatu yang tidak kena disini. Walaupun niat sipengirim baik, ingin pesan berpesan sesama manusia tetapi tidak perlu ada unsur2 menakut2kan orang lain kerana dibimbangi ada unsur2 syirik disitu. Segala kebaikan, keburukan, bala dan sebagainya adalah datang daripada Allah SWT , hanya Dia yang tahu hikmah disebaliknya apa yang berlaku, bukan kerana kita tidak memanjangkan apa2 e-mail yg kita terima. Jadi kepada sesiapa yang ingin memanjangkan e-mail nasihat kepada saya pastikan niat anda ikhlas ingin ingat mengingat sesama insan bukan kerana takut musibah yang akan menimpa.

Allahuklam.

Talipon


Hari Raya Aidil Fitri 2011. Betul! Memang tak silap, raya..2011


Salam,

Selesai sudah saya menalipon semua yang dekat dihati nun jauh di Malaysia sana, memberi khabar berita kepulangan kami. Hanya menunggu hari, gembira tetapi banyak tanggungjawab yang mesti dipikul disana nanti. Rutin harian akan berubah, saya harap perubahan yang baik-baik belaka. Insyaallah.

09 April 2011

Membilang Hari



Salam,

Mula-mula mendapat khabar angin kami akan balik ke Putrajaya, rasa tidak sabar-sabar membongkar dan mengeluarkan apa yang patut. Seronok dapat balik tetapi dalam dilema, hendak bekerja atau berhenti. Jika berhenti, hutang siapa nak bayar????? Adoii...

05 April 2011

Hati Ibu


seronoknya kalau dapat melingkauu sepanjang hari..

Salam ,

Siapalah tidak risau apabila anak menduduki peperiksaan penting yang akan menentukan masa depannya. Dulu saya mengajar dan menasihati anak orang , sekarang anak sendiri yang begitu santai dan bersahaja dengan peperiksaan besar yang bakal diduduki. Saya rasa penat menasihati, membebel yang kadang-kadang diluar kawalan, hanya doa saya panjatkan kepadaNya agar semuanya berjalan mengikut perancangan. Jika berlaku sebaliknya itu akan difikirkan kemudian.

31 March 2011

Adu-mengadu


Salam,

Hari ini saya hendak cerita sikit pasal adu-mengadu ni. Saya pun kadang2 terbabas jugak dalam perihal adu-mengadu ni. Kadang-kadang kita bukan sengaja hendak mengadu-adu tetapi dek kerana pandainya orang melayan-layan dan menggorek2 maka secara tak sedar kita pun tercerita apa-apa yang tidak perlu. Memang ada manusia yang dikurniakan kemahiran mengorek2 rahsia hati orang ini dan kemahiran menyebar2kan hal-ehwal dan cerita ceriti yang berjaya dikoreknya. Mungkin manusia jenis ni tidak sedar perbuatan ini salah disisi agama atau manusia ni sedar tetapi tetap nak buat jugak. Maklumlah nama pun manusiakan!

Al-kisah paling haru biru, apabila ada orang yang sanggup mengadu-adu perihal rumah tangganya kepada kaum bukan sejenis. Saya faham jika ada yang nak berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam masalah kerja dan anak2 tetapi sangatlah saya tidak faham jika boleh bertukar2 cerita pasal pasangan masing2 dan perihal bilik tidur. Hatta dengan kaum sejenis pun salah daripada segi etika inikan pula dari segi hukum hakam agama Islam. Mengaibkan pasangan masing2 semata-mata nak menagih simpati orang lain! Bukan penyelesaian yang dapat tetapi bala yang turun.

Ada pula yang tidak bersetuju apabila saya ianya salah disisi agama, ada pula yang kata bergantung pada niat kita tetapi..niat apapun yang kita pasang dari segi agama Islam perbuatan itu tetap salah dan berdosa, kecuali yang bukan kaum sejenis itu adalah MUHRIM kita.
Apa yang seronok sangat dapat mengadu-adu perihal rumah tangga kepada kaum bukan sejenis ni?? jawabnya.....kerana ada bisikan syaitan dan iblis yang bertepuk-tepuk tangan, mengoda2 hati manusia dan menyesatkan akal manusia ni.

Herannya, di Malaysia sekarang ni kes skandal suami orang dan isteri orang semakin menjadi2, tak kiralah di bandar besar ke, dibandar kecik ke, hatta dikampung sekalipun. Pada mata kasar Islam di Malaysia semakin bertambah baik tetapi kenapa keruntuhan akhlak juga semakin menjadi2. Dulu-dulu sibuk cerita keruntuhan akhlak ni dikalagan remaja sahaja tetapi sekarang menular kepada golongan penghujung dewasa. Apa dah jadi sebenarnya??

Perceraian dah jadi kes biasa, bukan sahaja perceraian meningkat di negeri2 pantai timur tetapi menyeluruh kenegeri2 lain, pulaknya, perceraian ni bukan kepada pasangan pertengahan dewasa sahaja, pasangan tua2 yang dah berkahwin belasan tahun pun semakin menjadi2. Mereka ni,bukan sahaja anak2 sudah besar tetapi sudah bercucu pun. Apa yang dicari sebenarnya???

Saya berdoa kepada Allah Taala agar saya, suami saya, anak-anak saya,kaum kerabat saya, saudara mara saya, saudara seagama saya tidak terjebak dalam perkara-perkara begini dan dijauhkan bala bencana yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Marilah kita sama-sama berdoa agar iman kita ditetapkan walau dimana kaki kita berpijak dilangit benua mana yang kita junjung, dalam keadaan apa ujian yang menimpa kita. Moga Allah memelihara kita semua dimana sahaja. Amin.

Allahukalam.

Bala Bencana



Salam,

Banyak sangat berlaku bencana yang tidak dapat diduga. Gempa bumi yang berulang-ulang berlaku dibeberapa negara, tsunami, kebocoran nuklear dan kebangkitan rakyat dinegara2 Timur Tengah. Nampaknya bumi kita sekarang sedang mengalami perubahan besar-besaran melalui proses semulajadi dan juga melalui perbuatan manusia. Hanya Allah jua yang Maha Memgetahui.

Berkemas-kemas




Salam,

Berkemas-kemas dan membuang apa yang tidak perlu. Kami akan berpindah ke Putrajaya semula. Alhamdulillah.

24 February 2011

Gurauan Alam II



Salam,

Belum 2 bulan tahun 2011 , kita dikejutkan dengan gempa bumi di New Zealand. Kebiasaanya sebelum gempa bumi berlaku, gegaran kecil akan terasa tetapi menurut berita yang disiarkan saksi mengatakan tiada gegaran berlaku tetapi terus kedengaran bunyi letupan yang kuat. Ada saksi yang menyangkakan bunyi bom yang meletup atau meletusnya peperangan tanpa menyangka itu adalah gempa bumi berukuran 6.3 R.
Terbaca diinternet mengenai 10 gurauan alam tahun 2010 yang menyebabkan banyak kematian dan kerugian. Sekadar berkongsi untuk peringatan kita.
Semoga kita tidak lalai untuk mengerjakan ibadat-ibadat wajib kerana kematian itu ada dimana-mana.

Bencana Alam a.k.a Gurauan Alam 2010
1. Gempa bumi di Haiti pada 12 Januari.Dengan kekuatan 7.0 R yang mengakibatkan kematian sehingga 230 ribu dan 300 ribu yang cedera disamping memusnahkan 230 ribu rumah kediaman dan 30 ribu bangunan.
2.Banjir besar di Pakistan bermula pada 26 Julai. Merupakan banjir terbesar selepas 80 tahun. Mengakibatkan ribuan kematian dan kerugian harta benda.
3.Banjir besar di China bermula pada 10 Mei yang menyebabkan kematian dan juga kerosakan tanah pertanian yang bekeluasan 2.09 juta hektar.
4.Gempa bumi di Yushu China pada 14 April dengan kekuatan 6.9 R melibatkan kematian hampir 3 ribu orang dan kecederaan sehingga 12 ribu orang.
5. Gempa bumi di Chile pada 27 Febuari dengan kekuatan 8.9R. Gegaran berlaku selama 90 saat yang mengaktifkan tanda amaran Tsunami di 53 buah negara.
6.Kebakaran besar yang tidak terkawal berlaku di Barat Russia pada penghujung Julai ekoran gelombang panas. Mengakibatkan kerugian 15 billion dollar dan meragut 54 nyawa.
7.Letusan Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland pada 14 April. Letusan gunung berapi ini mengeluarkan asap,debu dan abu keudara yang menyebabkan penutupan ruang udara Eropah dari 15 hingga 20 April.Penutupan ruang udara ini melumpuhkan sistem pegangkutan udara Eropah dan menjadi krisis terburuk selepas Perang Dunia II.
8.Angin Puting Beliung Fanapi melanda Taiwan pada 19 September yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian mencecah 1 billion dollar US.
9.Gempa bumi di Barat Christcurch New Zealand pada 4 September berukuran 7.1.
10.Gelombang panas Hemisfera Utara antara bulan Mei hingga Ogos yang melibatkan banyak negara termasuk Russia.

Sesungguhnya bencana-bencana ini telah disebutkan didalam Al-Quran dengan jelas dan nyata .Apa yang berlaku pada hari ini hanyalah ulangan -ulangan peringatan yang Allah
SWT turunkan untuk kita hamba2Nya yang selalu lalai dengan nikmat dunia ini. Marilah kita berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan yang ingkar dan lalai. Marilah kita sama-sama saling ingat mengingat dan tegur menegur kearah kebaikan.

Apa Nak Jadi II !!



Salam,

Seluruh dunia melihat kebangkitan demi kebangkitan di Timur Tengah. Bermula di Bahrain, Mesir , Yemen, Jordan, Saudi dan Libya.Hanya mereka yang tinggal disana tahu masalah yang mereka hadapi. Bagi saya rakyat berhak untuk bersuara, melahirkan ketidakpuasan hati atas kepincangan dalam pemerintahan dan keadilan adalah untuk semua.
Namun apa yang tidak seronok dilihat apabila berlaku rusuhan ada nyawa yang melayang, harta2 awam dirosakkan dan kecurian berlaku dimana-mana. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Sayangnya imej2 inilah yang diulang2 oleh CNN, BBC dan bbp media antarabangsa. Seolah2 menjadi keseronokan dapat menyiarkan sikap ganas orang2 Islam.

Jika mengikut sejarah perutusan Rasulallah kepada umat manusia, Rasulallah diutuskan untuk membaiki dan membetulkan keadaan masyarakat yang sudah hilang pertimbangan kemanusiaanya. Antaranya berbunuh sesama sendiri, berpuak2,menindas yang lemah dan pemerintahan bersandarkan kekuatan bukan keadilan. Kehidupan dipengaruhi nafsu tamak kuasa, harta dan pangkat. Bukankah ini yang berlaku sekarang?? Sayangnya nama Islam dijaja. Semoga tidak berlaku menang menjadi arang kalah menjadi abu. Iraq, Afghanistan dan Palestine sudah terbukti.

Semoga Allah melindungi kita daripada bala bencana ini dan menetapkan hati-hati kita dengan Iman yang tidak berbelah bahagi.

Musim Sejuk 2011



Salam,

Musim sejuk terakhir untuk kami di Moscow . Musim sejuk kali ini agak berlainan daripada 2010. Tepat seperti jangkaan dan ramalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, musim sejuk yang terlalu sejuk dan panjang. Seingat saya sepanjang dua minggu lepas salji turun setiap hari dan sepanjang minggu ini pula suhu jatuh sehingga -29 darjah C bawah paras beku.Ditambah pula dengan angin kencang.Sesuatu yang saya tidak pernah jumpa di Stockholm terjadi disini iaitu salji turun diwaktu matahari memancar dan suhu -15 bawah paras beku. Kami yang tinggal dipuncak kayangan ini sentiasa mendengar siulan angin dan bunyi mendesah2 ditepi tingkap.Kadang2 timbul juga perasaan takut lebih-lebih lagi apabila melihat Shasha gelisah dan telinganya tegak tidak bergerak2.

Tekun 2011



Salam,

Harap saya tekun untuk menyeleaikannya pada tahun 2011. Saya telah pun habis membaca TCoT. Insyaalah yang lain akan menyusul.

Syukur



Salam,

Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah permudahkan segalanya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Perancangan kami telah diperkenan dan dipermudahkan.
Doa kami panjatkan kepada Allah SWT agar permudahkan Nina menghadapi ujian pertama didalam menentukan hidupnya dimasa hadapan. Amin.

31 January 2011

Masa


Salam,

Cepatnya masa berlalu, Januari sudahpun sampai kepenghujungnya. Masih begitu Seorang Aku.

14 January 2011

Dugaan Hidup



Hidup tidak selalu indah.

Salam,

Dah sarat dalam kepala ini dengan cerita2 yang meremukkan hati. Meskipun bukan aku yang melalui tetapi tempiasnya tetap terasa. Aku tidak meminta tetapi mereka bercerita untuk melepas rasa, bukan aku boleh membantu meredakan hanya sekadar pendengar sahaja.Bukan aku tidak sudi menjadi bahu tempat bersandar tetapi aku rasa tidak layak. Kesedihan mereka kesedihan aku jua.Aku hanya mampu berdoa untuk mereka yang dekat dimata dekat dihati serta mereka yang jauh dimata tetapi dekat dihati, agar tabah dalam menghadapi ujian2 ini.
Bukankah Allah SWT telah berjanji bahawa setiap ujian yang diberikan kepada hamba2 yang terpilih bersesuaian mengikut kemampuan diri hamba tersebut.
Hanya Allah SWT yang tahu hikmah disebalik ujian-ujian ini.

Gurauan



Salam,

Bila alam mula bergurau, manusia menjadi kucar-kacir. Gurauanya tidak seberapa tetapi kesannya amat mendalam. Sejuk yang teramat, banjir yang tidak dijangka, tanah runtuh yang tiba-tiba, gegaran gempa yang beberapa saat cuma.Sebagai hamba yang beriman hanya doa dan tawakkal kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang tahu segalanya.

Apa nak jadi!



Salam,

Akhir2 ini banyak betul bala yang diturunkan. Manusia semakin ganas, sana-sini cerita yang tidak sedap didengar. Peliknya bila berlaku berita bom-mengebom, keganasan semua dikaitkan dengan orang Islam. Apa nak jadi dunia ni.