31 March 2013

Popular

Salam,
Cerita pasal popular ni buat saya geleng kepala. Ada seorang hamba Allah ni, pendiam aje orangnya, diam-diam saya kagum dengan cara dia bekerja tetapi betullah kata orang, diam-diam hati didalam hanya Allah yang tahu.  Saya bersangka baik aje, apabila berbual dengan dia tidak disangka-sangka keluar kata-kata yang sangat tidak sedap didengar, rupa-rupanya  dia ni sangat meluat dengan seseorang. Jika meluat sebab orang tu buat perkara tak betul saya boleh terima tetapi jika meluat atas kelebihan  yang dimiliki oleh orang tu buat saya berfikir, ini dah masuk kes iri hati. Itulah...kalau kita dah harap hari nak popular insyaalah Allah akan makbulkan cuma...cara popular itu hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya.
Moralnya, selalulah mohon sesuatu yang baik, tidak perlu iri hati atas kelebihan orang lain kerana semuanya datang daripada Dia.

Pening

Salam,
Cepatnya masa berlalu, tidak terkejar rasanya. Esok 1 April. Alhamdulillah 3 bulan tanpa sangkut. Moga kekal sihat selama-lamanya.