25 January 2007

Sejukkk

Semalam 24 Januari suhu jatuh sehingga -11 darjah. Sepanjang minggu ini dijangkakan salji akan turun berpanjangan tetapi alhamdulillah salji turun tidak lebat. Salji lebat yang turun awal minggu lalu masih lagi kekal memutih dimerata-rata. Pokok-pokok semuanya diliputi salji. Pemandangan pokok-pokok, bukit-bukit dan setiap inci bumi yang dilputi salji yang memutih bak kapas sangat cantik dan menenangkan perasaan, lebih-lebih lagi selepas melalui musim luruh yang kelam, suram dan seram.
Musim luruh yang kelam dan gelap benar-benar mempengaruhi emosi menjadi resah tanpa sebab. Diri terasa lemas dan sesak.
Namun begitu keadaan pemandangan yang memutih dan menenangkan ini diikuti sejuk yang teramat sangat. Adakah sebagai manusia kita ini tidak tahu bersyukur dan sentiasa mencari-cari keburukan pada sesuatu keadaan? Kenapa kita tidak bersyukur dan redha menerima segalanya sebagai tanda kebesaran Allah Taala dan belajar menerima sesuatu tanpa merungut? Fikir-fikirkanlah!
Keadaan sekeliling rumah putih dilitupi salji yang sudah mula mengeras dan cair yang menyebabkan keadaan menjadi licin. Bagi mengelakkan keadaan yang sangat licin, garam ditabur supaya ais yang keras lebih cepat cair dan ini memudahkan untuk berjalan kaki serta megurangkan kelicinan jalanraya bagi kenderaan. Akibat daripada garam yang ditabur menjadikan kereta cepat berkarat jika tidak dicuci segera. Inilah cabaran dan pengalaman tinggal dinegara empat musim ini.

Muhasabah Diri

THE POEM
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due
So I knelt and said a hurried prayer
And jumped up off my knees
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease
All day long I had no timeTo spread a word of cheer
No time to speak of Allah to friends
They'd laugh at me I'd fear.
No time, no time, too much to do,
That was my constant cry
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.
I went before the Lord,I came, I stood with downcast eyes
For in his hands God held a book;
It was the book of life
God looked into his book and saidYour name I cannot find
I once was going to write it down...But never found the time"

Renungan Bersama untuk Ibubapa/pendidik

RENUNGAN BUAT IBUBAPA/PENDIDIK

Jika seseorang anak sentiasa di kecam ia akan menjadi seorang yang suka mengacau

Jika seseorang anak sentiasa diseterui ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi

Jika seseorang anak sentiasa diberi muka ia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah

Jika seseorang anak diberi peluang ia akan menjadi seorang yang penyabar

Jika seseorang anak sentiasa menerima galakkan ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan

Jika seseorang anak sentiasa dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai

Jika seseorang anak mendapat perlindungan ia akan mempunyai kepercayaan diri

Jika seseorang anak diberi pengiktirafan ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain

Jika seseorang anak sentiasa didampingi dan diterima pandangannya ia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selesa, tenang dan bahagia.

Dimana kita dalam mendidik anak-anak kita?

Tenung-tenungkan..

This is a story about people

Everybody, Somebody, Anybody and Nobody

There was an important job to be done and Everybody was asked to do it.

Everybody was sure Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody didi it,

Somebody got angry about that because it was Everybody’s job.

Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn’t do it.

It ended up that Everybody blamed Somebody when actually Nobody asked Anybody

21 January 2007

Salji tebal

Bangun saja tidur pagi ni terlihat salji yang memutih. Sejak petang semalam salji turun dengan lebatnya sehingga kepagi agaknya. Betul seperti ramalan cuaca, pada hari Ahad salji setinggi 23cm.
Pada musim sejuk di Stockholm kali ini salji turun agak lambat dari tahun-tahun sebelumnya. Kebiasaannya salji turun sebelum atau selepas Krismas atau sebelum menyambut tahun baru. Akibat daripada cuaca global yang tidak menentu Sweden tidak terkecuali. Cuaca global yang semakin panas menyebabkan salji tidak turun di negara-negara sebelah eropah sebagaimana sepatutnya. Banyak ski resort yang terpaksa membatalkan tempahan dan ditutup akibat daripada ketiadaan salji.
Sebaik keluar daripada rumah ternampak seekor burung mati dibawah kereta, mungkin mati akibat kesejukan . Aku mengambil kesempatan menangkap gambar dan merakam video sepuas-puasnya. Abang terpaksa membuang salji-salji yang menutupi jalan dihalaman rumah, jika tidak kereta tidak boleh keluar. Haa..abang sempat berposing dengan senyumanya yang manis tu...

Pada sebelah tengahari membawa Nina dan Adam ke rumah Maya dan En Ismail yang terletak di Sollentuna untuk bermain slide/luncur menggunakan sledge ditepi bukit bersebelahan tasik. Trek untuk bermain slide di sana panjang dan landai. Mereka ditemani Nabil, selepas puas bermain slide mereka membuat snowman ditepi rumah. Sedar tak sedar hari dah senja. Pukul 5 petang balik ke rumah di Spanga.

Salji turun jua

Hari ini, Sabtu 20 Jan 2007 mencatatkan suhu paling sejuk sepanjang musim sejuk di Stockholm kali ini. Malam tadi suhu jatuh sehingga -6 dan sebelah pagi -4. Pada pukul 11 pagi membawa Nina dan Adam bermain luncur ais di Kungstragarden menggunakan kasut ice skating yang baru dibeli minggu lepas. Sanggup bertahan sehingga 12.45 sahaja. Pada pukul 8 malam salji turun dengan lebat. Seronok melihat persekitaran rumah yang putih dilitupi salji. Suasana yang suram dan kelam bertukar menjadi cerah dengan keputihan salji yang memancar dan bersinar-sinar diterangi cahaya lampu. Pokok-pokok yang telah togel sekian lama, dilitupi salji disetiap dahan dan ranting menjadikan pemandangan begitu cantik dan ceria.

18 January 2007

How do we reduce conflic with our teen and how do we manage it when it arises?

Reduce conflict by:

1. Acting instead of talking. Talking provides opportunity for arguments. eg withdrawing

Leaving yr child and walk into another room is most effective whwn yr child tries to engage you in power struggle. This action dissipates their power. They learn that there are other more acceptable ways of getting what they want.

2. Only giving yr child attention when yr child behaves well.

3. Minimizing mistakes, as we are all imperfect. Build on the positive, not on the negative.

4. Ensuring mutual respect based on the assumption of equality.

Remember:
No habit is maintained if it loses its purpose or its benefits.
Children develop bad habits if they derive the benefit of negative attention.

Boundaries

Set Good Boundries:
1. Lets others know what your limits are and what you are willing to accept or tolerate or
to take responsibility for.

2. Set the parameters tahat allow for natural and logical consequences(result,effect)

Good Boundaries:
1. Do not make someone else responsible for your feelings or actions.

2. Eliminate the need for sarcasm or put-downs.

3. Focus on the long-term relationship, not just the short-term problems, and continue to imply faith in your child through encouragement.

Emotional hooks that may prevent you from setting healthy boundaries with your child


1. Your Individual identity

  • My value & worth as a person is dependent on having my children needing me!
  • By being my own person & allowing my children to be more independent, our family will be healthier

2. We're happy as we are- let's not change anything!

  • Do you have time, space & 7 allowance for you to focus on yourself, your needs, your spouse, each of your children individually, your extended family, your friend, your career, your education, your spiritual beliefs & your personal integrity?
  • A healthy intimate family allows for all of the above

3. Irritional Guilt

  • Do you have a problem of feeling over-responsible for the welfare of your children & cannot allow them to accept personal responsibility and consequences for their choices?
  • This guilt can drive you to tear down your boundaries just to be available to your children at any time, any place & for whatever reason your children need you.

4. Sympathy & compassion vs love

  • Are you hooked into believing that your children will only feel loved and will love you if you give more & more of your self?
  • It is ok to show compassion & sympathy to your children, but doesn't mean you have to sacrifice your life to 'rescue' them or 'save' them.

5. Helplessness & neediness

  • Do you find yourself 'hooked' whwn your children get into the self pity verbal or non-verbal cues of 'poor me' , 'how tough life has been', ' look what you've done to my life' syndrome?
  • Try to recognise when you are being manipulated & don't lower your boundaries.

6. Belief that time will make it better

  • Do you get hooked into thinking that if you give it enough time, things will improve?
  • It is unhealthy to sacrifice large portion of your life invested in a family that isn't going anywhere. Don't be afraid to set time limits, such as in 3 months, if thing haven't improve, our family will seek profesional help.

7. It must be my fault

  • Do you get hooked into thinking that maybe if you changed to be more the person your children want you to be, then things would be better?
  • The affirmation you get when you make the change is enough to keep you beliving that you are the source of thr problem, yet as you accomplish one thing , another is identified..for example the way you dress, talk, look, socialize etc.

8. Fear of negative outcomes

  • are you aware of hooks that keep you from setting boundaries, but afraid to "LET GO " of the control you have for fear of something negative happening to them?
  • Maybe you fear your child will go to jail, be homeless, hungry, scared or lonely if you don't FIX their pressing needs or RESCUE them constantly.
  • This fear can be debilitating and it feels better to be sucked dry than to watch your children suffer negative consequences.
  • You have become a hostage of very powerful, needy, helpless, manipulative 'hostage takers'.
  • You can choose to feel responsible for your children's life, but you cannot control or determine the outcome of that life, no matter how hard you try.

9. Idealism or Fantasy Thinking

  • Do you have an image of the 'ideal' family and hooked into believing that yours is this way too, no matter how many warning sings are signalled to you?( in denial)?
  • Stay reality base and make an efford to accept your children the way they are rather than the way you want them to be.

Identify Your Hooks!! Hooks: Verbal or nonverbal behaviours that get the power struggle started

Examples of Hooks

  • certain looks
  • particular actions
  • certains words



11 January 2007

Renungan bersama untuk para isteri.

1. Bina kekuatan diri waktu bahagia atau susah

2 .layan suami dengan ikhlas.


3. Pandang suami dengan penuh rasa cinta. Amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 dan 7 patah ayat akhir ayat 39 surah Taha. Doakan kebaikan bagi suami dan diri sendiri.


4. Berilah senyuman manis dan ikhlas walaupun suami tidak membalasnya.


5. Peluklah suami anda dan amalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran.


6. Apabila mengiringi suami kepintu pluklah ia dan amalkan membaca samun qaulan min rabirrahim 16 kali supaya suami selamat pergi dan balik dan terhindar daripada hasutan nafsu syaitan.


7. Hantarlah sms tanda ingatan


8. Jaga penampilan diri walau dimana jua lebih-lebih lagi apabila dihadapan suami.


9. Bermanja dengan suami.


10. Jangan menolak jika suami meminta hubungan intim, amalkan memakan vitamin dan makanan tambahan untuk kesihatan diri.


11. Mengurut suami, memicit-micit badan, kaki suami


12. Masak sendiri makanan. Masadengan ikhlas dan kasih sayang. Pelbagaikan resepi. temankan suami makan.


13. Tidur bersama dan minta izin jika ingin membelakangi suami.


14. Jangan menjawab jika berlaku perselisihan. Apabila suami habis berleter atau marah salam tangannya, cium tanganya mohon maaf atas segala kelemahan anda, buatkan air untuknya. jika suami masih marah-marah buatlah sesuatu kerja seperti membasuh pinggan, menyiram bunga @ masuk bilik dll.

Renungan

10 pintu pengampunan dosa oleh Allah swt ialah:

1. Beristigfar
2. Bertaubat
3. Melakukan kebajikan
4. Mendapat musibah atau malapetaka. Musibah berat ialah kematian dan paling ringan tertusuk duri dijalanan.
5. Doa dari orang mukmin dan Orang Saleh
6. Sukarnya menghadapi sakaratul maut
7. Kekhuatiran @ kebimbangan kita berjumpa dengan Allah pada hari kita dibangkitkan dari alam kubur, kita datang kepada Allah Taala dengan menangis bergelumang dengan dosa membawa keburukan dan kemaksiatan.
8. Seksaan kubur
9. Syafaat daripada Nabi Mhammad saw
10. Rahmat Allah swt yang Maha Pengasih. Ketika semua rahmat telah berakhir , pintu-pintu taubat telah ditutup, waktu untuk beribadat telah berakhir,dan segala peluang telah tiada lagi, lalu Allah swt dengan KekuasaanNya dan KasihsayangNya tampil membawa rahmat yang tidak terhingga..

petikan..Jangan Melampaui Batas oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Pendinding Diri

1. AlFatihah 1 kali
2. Ayatul Kursi 1kali
3. Amanarrsasul ( AlFatihan dan amannarasul adalah hadiah special daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya kerana tidak pernah diberikan kepada nabi/rasul terdahulu.
4. Qulhu 3 kali
5. Qul alfalaq 3 kali @ 1 kali
6. Qul annas 3 kali @ 1 kali
7. Ayat 9 Surah Yassin baca 3 kali diikuti dengan surah Al-Quraish hingga akhir ayat dibaca 1 kali.
Ini pendinding rumah daripada dimasuki pencuri tiupkan di setiap penjuru rumah baca sebelum tidur

Cara kedua
Jika terlampau mengantuk atau terdapat hal yang tidak dapat dielakkan cukup dengan membaca AlFatihah, ayat kursi dan amannarasul.

Cara ketiga
Baca terus semua yang diatas selepas solat Isyak dan apabila hendak tidur baca zikir Fatimah(subhanallah 33 kali) (alhamdulillah 33 kali) (Allahuakbar 33 kali), bismilalah 21 kali dan doa tidur serta dua kalimah syahadah.

Seelok-elok jadikan amalan harian setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur bermakna 2 kali sehari. Bagi yang uzur baca dalam hati dan niatkan sebagi zikir kerana ini adalah DOA yang terbaik.

sumber daripada Ustazah Dr. Fatma El-Zahra ( pendakwah bebas dan Dr gigi)

Muhasabah Diri


Hati-hati dengan pemikiran anda, ia menjadi percakapan anda
Hati-hati dengan percakapan anda, ia akan menjadi perbuatan anda
Hati-hati dengan perbuatan anda, ia akan menjadi keterbiasaan anda
Hati-hati dengan keterbiasaan anda ia akan menjadi sifat anda


petikan drpd penceramah bebas