18 September 2018

Perkara Ajaib a.k.a Magik


Salam.
Semasa balik bercuti, memenuhi permintaan  anak-anak kami pergi menonton filem Hantu Kak Limah yang digembar-gemburkan sebagai filem Melayu yang pecah panggung dan  wajib ditonton. Sejujurnya aku rasa tidaklah seindah dan sehebat yang diberitakan.
Perkara ajaib@magik sinonim dengan orang-orang Melayu. Lebih tepat perkara-perkara tahyul. Tidak kira setinggi mana pendidikan orang Melayu , perkara -perkara begini memang mudah mendominasi hati kita.

Tapi ada satu perkara ajaib yang berlaku kepada aku. Ini bukan tahyul tetapi kebenaran kekuatan zikir dan yakin dengan pertolongan Allah semata-mata.
Aku menulis ini sebagai muhasabah diri dan jika ada yang terbaca sebagai perkongsian siber yang bermanafaat.
Beberapa bulan sebelum balik bercuti Nina menghantar whatsapp gambar-gambar surat berkaitan rumah di Taman LP yang masih tidak selesai. Rumah yang sepatutnya siap pada tahun 2006 berlarutan masalahnya hingga kehari ini. Memandangkan kami jauh aku mengabaikan saja surat itu. Apabila balik ke Malaysia, pelbagai urusan dan cuaca yang membuatkan kita rasa penat ,menyebabkan aku tidak ambil peduli tentang surat tersebut. Sehinggalah seminggu sebelum tarikh kami balik ke Ankara, hati aku tergerak untuk melihat dan membaca kembali surat itu. Rasa agak terkejut jugak kerana didalam surat itu ada menyatakan jika luput tarikh 3 bulan yang ditetapkan pelbagai penalti akan dikenakan. Bertapa tidak adilnya undang-undang  dunia ini. Kami dipihak yang teraniaya, rumah terbengkalai sekian lama, syarikat pemaju telah bangkrap, diambil alih oleh syarikat lain dan kami yang terpaksa menangguh semua kosnya.
 Pengurangan dalam pembayaran kerana pemansuhan GST akan diberikan .Aku pun  segera menelefon pejabat guaman yang bertanggungjawab  menguruskan TLP yang bermasalah ini. Seorang pekerja lelaki menjawab panggilan aku, dengan yakin beliau berkata;

"Puan, hari ini hari Khamis, esok Jumaat cuti Hari Kebangsaan, pejabat kami akan bercuti selama 3 hari dan akan dibuka semula pada hari Isnin.
 Pada hari Isnin telah masuk bulan September yang melihat SST dikuatkuasakan GST. Jadi secara otomatik isi surat tawaran yang  dikirimkan terbatal.
Aku menjawab " kalau datang hari ini semuanya masih sah seperti dalam surat tawarankah?".
"Ya"jawabnya, "tapi sekarang dah pukul 11.30 pagi sempat ke?. sebaiknya Puan datang padahari Isnin depan".
Timbul rasa geram yang teramat sangat.
Dengan sekelip mata aku menyiapkan segala dokumen yang dikehendaki, membuat potokopi yang sepatutnya dengan pertolongan suami yang sangat penyabar.
 Tepat jam 3 petang ake telah berada dipejabatnya yang mengambil masa 20 minit pemanduan tanpa halangan tarfik.
Terkesima dan bermuka kelat dia melihat kami mampu datang dengan membawa segala dokumen yang diperlukan. Setelah disahkan segala dokumen lengkap aku perlu membayar RM5,450.00 secara cek atau bank draff dan perlu mengesahkan segala dokumen dengan pesuruhjaya sumpah.
 Mujurnya pesuruhjaya sumpah(RM25), bank dan kedai potostat (RM6.50) ada disekitar bangunan pejabat yang terletak di tingkat 17 itu. Dengan bantuan suami yang paling penyabar di dunia, urusan kami selesai dalam masa satu jam. Alhamdulillah. Dengan pertolonganMu ya Allah, Engkau Permudahkan segala urusan perjalanan, urusan melengkapkan borang, urusan berurusan dengan pejabat guaman, bank dan potokopi. Alhamdulillah. SesungguhNya Hanya Engkau tempat kami mengharap dan memohon Pertolongan.

Dimana magik dan ajaibnya? Ok berbalik kepada aku,menyedari yang aku mesti menyelesaikan segala urusan pada hari tersebut juga, aku tidak henti-henti membaca zikir/tasbih/doa

 "La ila hailla anta subhaanaka, inni kuntu minnazolimin"- Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa,87-
Maksudnya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)melainkan Enkau (ya Allah). Maha Suci (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku); sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. 

Catatan: (Tasbih/Doa Nabi Yunus a.s ketika menderita sakit di dalam perut ikan 'Nun". Allah S.W.T selamatkan baginda. Baginda dimuntahkan oleh ikan itu lalu terdampar di tepi pantai hingga beberapa lama dan kemudiannya sembuh.
Amalkan membaca Tasbih/doa ini seberapa banyak pagi dan petang semoga segala kesulitan,penderitaan dan kesusahan dapat diatasi)
Menurut sebuah Hadis Rasulallah SAW, Allah SWT akan memperkenankan doa orang Islam yang berdoa dengan kalimah Tasbih tersebut. HRAt-Tarmizi.

Aku sudah merasai keajaibannya. Alhamdulillah.
Moralnya:
Ambil berat semua perkara.
Cuba buat sebaiknya.
Pihak yang berkepentingan sentiasa mengharapkan kita salah langkah yang bererti memberi keuntungan kepada mereka. Jadi buat keputusan yang tepat walau pada asalnya nampak payah dan tidak mungkin.
Taat dan redho kepada pasangan kita kerana ia memberi kesan yang manis dalam saat-saat terdesak. Terima kasih suamiku yang diberi sifat yang sangat sabar dalam menghadapi situasi ini.

Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah Ya RA.





05 September 2018

24 Jam


Salam,

Apabila membuka mata setiap pagi kita diberi 24 jam untuk kita melakukan kerja-kerja seharian. Tidak ada yang terkurang atau tidak ada yang terlebih. Kenapa didalam dunia ini ada manusia yang dapat melakukan sesuatu yang memberi impak yang besar kepada dirinya dan masyarakat sekelilingnya. Ada pula golongan manusia yang langsung tidak dapat membangunkan diri sendiri jauh sekali memberi manafaat kepada orang lain. Dimana silapnya.