Showing posts with label pindah negara. Show all posts
Showing posts with label pindah negara. Show all posts

10 February 2020

Pindah



Salam,

Pada 18.8.2019 Ahad, bermula pengembaraan baru bagi kami. Kali ini menuju ke Riyadh sebagai destinasi. Penerbangan seawal jam 9.30 pagi menaiki penerbangan Emirats kami transit di Dubai selama 8 jam. Tepat jam 4.40 petang waktu Arab Saudi kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid (King Khalid International Airport). Kami disambut oleh kaki tangan kedutaan dan sebahagian duta-duta ASEAN. Bahang panas yang teramat menampar muka sebaik sahaja keluar daripada bangunan lapangan terbang. Bermula kehidupan baru kami di bumi Riyadh. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi hati yang sabar, cekal dan bahagia di daerah yang mencabar ini.

30 June 2016

Pindah

Salam Ramadhan ke 24,
 Bersama berkat Ramadhan kami mendapat berita yang kami akan berpindah ke negara baru.

Bagaimana perasaan apabila mendapat berita ini? Jawabnya, entah!. Tiada perasaan apa-apa. Sedihkah untuk meninggalkan kota yang tidak pernah tidur ini? Jawabnya, tidak!. Setelah 2 tahun di kota New York ini ada ada suatu jawapan yang pasti kepada persoalan yang sering bermain di kepala ini. Selama ini dengan hanya melalui pembacaan, melalui internet, melalui meda-media saya melihat kebijaksanaan Mereka Yang Tidak Boleh DiSebut Namanya, dalam semua bidang, memang rasa takjub akan sikap mereka yang sangat menjunjung tinggi ilmu dunia ini, tidak pernah puas meneroka , ada sahaja yang baru, terlalu cepat .Sesungguhnya sangat benar ujian bagi mereka ini kepintaran dan kemahuan serta keinginan menguasai segala-gala yang ada, sehingga lupa ada yang tidak boleh diterjemahkan dengan akal manusia.

Mereka terlupa ada DIA yang Maha Pencipta.

24 October 2014

New York

Salam dari New York
Sudah dua bulan setengah berhijrah ke New York tetapi separuh nyawa tinggal di Putrajaya. Tidak sabar menunggu November.

12 January 2009

Negara Baru Rumah Baru

Salam,

Kami telah selamat selamat sampai ke negara baru dan rumah baru. Insyaalah, segala berita terkini akan update setelah segala urusan-urusan asas selesai.

Jumpa lagi dan doakan keselamatan kami di tempat baru.

Salam untuk semua yang mengenali kami.