15 February 2010

Rindu


Salam,

Tiba-tiba saya sangat rindukan suasana di Stockholm.

Siapalah kita



Salam,

Sekadar berkongsi cerita, siapalah kita disisiNya.

Petang 15 Dis 09, saya mendapat panggilan daripada Puan A, memberitahu suami Pn SY meninggal dunia akibat strok. Siapa sangka dipanggil Ilahi pada usia 34 tahun.

Dua tahun yang lalu, 2007,mendapat berita suami Pn A dimasukkan ke hospital Pulau Pinang akibat pitam selepas menghadiri mesyuarat. Pn A bergegas ke Pulau Pinang, ketika sampai suaminya En B telah dimasukkan ke wad ICU dan koma, tidak sampai setengah jam, suami Pn A disahkan meninggal dunia. Suami Pn A baru memasuki usia 43 tahun.

Tahun yang sama suami Pn R disahkan mengidap kanser prostat. Setahun kemudiam suami Pn R meninggal dunia. Dalam usia 45 tahun Pn R bergelar balu.

Siapalah kita. Rezeki, jodoh, ajal di tangan Allah SWT. Redha atas segala-galanya. Allah tidak menguji seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olehnya.

13 February 2010

Simulut Dolphin

Salam,

Siapakah simulut dolphin itu? kebetulan atau sememang begitu fitrahnya datangnya dari satu teluk, satu lautan dan sama 'breed'.

06 February 2010

Cuaca oh cuaca

Salam,

Sudah sebulan kami balik kesini, keadaan cuaca masih tidak berubah, suhu berada dibawah paras beku, aktiviti memerap menjadi agenda utama a.k.a membesarkan badan .




Pokok lada yang merajuk.

Melihat Diri

Salam,

Buku yang ditulis oleh Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim ini, sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bagi motivasi diri sendiri.



Hanya kepada Allah SWT sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berdoa.

02 February 2010

2.2. 2010


Salam,

Hari ini genap 24 hari kami balik ke Moscow. 24 hari yang lepas kami berada di rumah sendiri.

Sebenarnya balik bercuti memanglah seronok tetapi jika balik terus menetap dan bekerja tentu situasinya berbeza. Hati dan perasaan sentiasa mencari-cari ruang ketidaksempurnaan .Mengapa? Mungkin itu tanda penyakit hati dan kurang bersyukur atas pemberian Allah SWT.

Apa yang kita ingin dan harapkan,bersandar kepada akal yang dangkal ,kemahuan dan harapan kita itu belum tentu yang terbaik buat kita. YAKINlah Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba2nya. Ujian Allah SWT datang dalam pelbagai bentuk, kekayaan, kesenangan,kepandaian, kecantikan, kesusahan, kesakitan, keresahan jiwa,perasaaan hasad, iri dsbgnya. Oleh itu jangan kita kalah dan tunduk kepada tuntutan nafsu mazmumah , sesungguhnya musuh yang paling utama ada didalam diri kita sendiri, nafsu kita sendiri yang boleh menipu hati dan perasaan kita, yang membuat hati kita buta melihat kebaikan, yang sentiasa mendorong hati kita kearah kejahatan . Oleh itu perbanyakkanlah istigfar kepada Allah SWT.
Ingat, Jika hati kita baik , kita tidak akan jumpa orang yang jahat.