15 February 2010

Siapalah kita



Salam,

Sekadar berkongsi cerita, siapalah kita disisiNya.

Petang 15 Dis 09, saya mendapat panggilan daripada Puan A, memberitahu suami Pn SY meninggal dunia akibat strok. Siapa sangka dipanggil Ilahi pada usia 34 tahun.

Dua tahun yang lalu, 2007,mendapat berita suami Pn A dimasukkan ke hospital Pulau Pinang akibat pitam selepas menghadiri mesyuarat. Pn A bergegas ke Pulau Pinang, ketika sampai suaminya En B telah dimasukkan ke wad ICU dan koma, tidak sampai setengah jam, suami Pn A disahkan meninggal dunia. Suami Pn A baru memasuki usia 43 tahun.

Tahun yang sama suami Pn R disahkan mengidap kanser prostat. Setahun kemudiam suami Pn R meninggal dunia. Dalam usia 45 tahun Pn R bergelar balu.

Siapalah kita. Rezeki, jodoh, ajal di tangan Allah SWT. Redha atas segala-galanya. Allah tidak menguji seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olehnya.

No comments:

Post a Comment