02 February 2010

2.2. 2010


Salam,

Hari ini genap 24 hari kami balik ke Moscow. 24 hari yang lepas kami berada di rumah sendiri.

Sebenarnya balik bercuti memanglah seronok tetapi jika balik terus menetap dan bekerja tentu situasinya berbeza. Hati dan perasaan sentiasa mencari-cari ruang ketidaksempurnaan .Mengapa? Mungkin itu tanda penyakit hati dan kurang bersyukur atas pemberian Allah SWT.

Apa yang kita ingin dan harapkan,bersandar kepada akal yang dangkal ,kemahuan dan harapan kita itu belum tentu yang terbaik buat kita. YAKINlah Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba2nya. Ujian Allah SWT datang dalam pelbagai bentuk, kekayaan, kesenangan,kepandaian, kecantikan, kesusahan, kesakitan, keresahan jiwa,perasaaan hasad, iri dsbgnya. Oleh itu jangan kita kalah dan tunduk kepada tuntutan nafsu mazmumah , sesungguhnya musuh yang paling utama ada didalam diri kita sendiri, nafsu kita sendiri yang boleh menipu hati dan perasaan kita, yang membuat hati kita buta melihat kebaikan, yang sentiasa mendorong hati kita kearah kejahatan . Oleh itu perbanyakkanlah istigfar kepada Allah SWT.
Ingat, Jika hati kita baik , kita tidak akan jumpa orang yang jahat.

No comments:

Post a Comment