23 October 2008

Melihat Diri

Lama dulu, sejak lama dulu, suku abad yang telah berlalu,menghampiri setengah abad, aku cuba melihat diri.Bukan mencuba tapi sering aku lakukan dan itulah yang aku lakukan, dalam sedar, dalam angan, dalam diam, dalam riuh, dimana-mana.

Terasa amat jenuh, penat dan lesu. Aku masih berkira-kira, mengagak-agak, masih keliru hingga tidak tahu punca yang mana perlu dipegang, perlu diikat, perlu dilepas, perlu ditambat. Meniti usia dewasa rupa-rupanya tidak semudah yang dijangka.Apakah manusia itu memang begitu? Itukah Sufi? Itukah Tarikat?

Asyiknya menoleh kebelakang sehingga terlupa dan alpa jalan dihadapan masih panjang. Secalit cahaya dihadapan teramat samar dan kadang-kadang hilang begitu sahaja.