02 June 2014

Minum Air Gula

Salam, Dulu saya hanya mendengar cerita orang yang terpaksa minum air gula. Setelah tiga kali saya mungkir janji, akhirnya pada 29 Mei 2014, terpaksa juga saya menguatkan diri untuk minum air gula. Keputusannya akan diberitahu pada 5 Jun 2014. Moga semuanya ok. Proses minum air gula ini, memerlukan kita berpuasa semalaman. Keesokan harinya darah kita diambil, seterusnya minum air gula yang berperisa oren. Tuhan sahaja yang mengetahui bertapa rasanya air gula. Saya minum sedikit demi sedikit, kerana terlalu manis. Dek kerana rasa yang terlalu manis rasa nak muntah pun timbul.Saya diingatkan oleh jururawat yang bertugas jika termuntah dalam masa 2 jam selepas minum air gula maka proses minu air gula terpaksa diulang semula. Akhirnya saya berjaya menahan muntah dalam tempoh 2 jam dengan mencium bau pewangi yang saya bawa. Semua yang minum air gula terpaksa berpuasa dua jam. Selama menunggu dua jam ini kami tidak dibenarkan membuat gerakan-gerakan yang lasak.Kami hanya dibenarkan duduk santai sambil membaca. Selepas dua jam darah diambil sekali lagi. Keputusannya, tunggu hari bertemu doktor pada 5Jun 2014. Harap semuanya baik-baik belaka.