28 September 2009

Fitnah


Salam,

Dalam Al-Quran ada ayat menyatakan keburukan dan kedahsyatan fitnah.
" Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh". Memang saya telah difitnah!.

Saya doakan kepada sesiapa yang suka menfitnah orang agar dibukakan pintu hatinya bertaubat dan insaf. Ingatlah! mungkin anda dapat kepuasan hati kerana iblis itu akan sentiasa mengapi-apikan kemarahan dan kebencian dihati manusia tetapi jiwa anda tidak akan tenang. Saya ingatkan diri saya agar sabar dan diam.
Allahukalam.

Cerita Raya 2009 Moscow

Salam,

Berlalulah sudah Ramadhan dan Syawal 2009M/1430H. Tercipta satu lagi sejarah kami berpuasa dan beraya diperantauan, jauh daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu hati dan perasaan kami.


Petang Hari Raya Pertama- Rumah Terbuka di Kedutaan

Petang Raya Pertama- Rumah Terbuka di Kedutaan

Pagi raya - di Kedutaan

Malam raya - Takbir di rumah

Minggu terakhir berbuka beramai-ramai di kedutaan

16 September 2009

Raya


Salam,

Insyaalah, kami akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 20 September 2009.

11 September 2009

Hati


Sekadar renungan di bulan puasa:sumber internet.

Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat.

Seorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu

Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu ".

Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.


Iktibar: Jika kita dapat mendidik hati menjadi baik insyaalah kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

09 September 2009

Bahasa Russia

Salam,

Hidup di bumi Russia ni , hendak tak hendak mesti belajar bahasa Russia. Paling asas mesti kenal huruf-huruf Cyrillic. Bagi Nina dan Adam mereka belajar di sekolah. Kami yang dewasa ini terpaksalah mengadakan kelas dewasa. Apa nak buat.... ikutkan hati memang dah malas benor nak belajar dan menghafal huruf2 ni tetapi demi keperluan hidup disini paksakan juga. Ini antara perkataan2 asas yang mesti tau dan paling kerap digunakan.

Dobre utra
pazhalsta
iznivetea
chorni
mueld
spasiba balshoi
Gdea?
Sto Eta?
Paruski chut-chut
Moloko
ghafyadina
kuritsa
Solt
dllllll

heheh..nilah antara perkataan2 lazim yang diguna. Bila bercakap, hancuss, menangis cikgu Bahasa Russia kami mendengarnya.

Ok. Paka-paka

04 September 2009

Kawan lama


Salam,

Saya dapat menghubungi semula kawan lama, Fat, sekalung tahniah daripada saya kerana berjaya menjadi penulis dan novelist yang berjaya di Malaysia.
Insyaalah suatu hari kita kan berjumpa.

Rindu yang Sarat


Salam,

Hari ini hari ke 15 kami berpuasa. Nina dan Adam telah kembali ke sekolah. Nampaknya mereka tiada masalah berpuasa di sekolah dan hampir semua guru-guru di BISM faham murid-murid Islam berpuasa.

Apa yang mereka keliru ialah umur berapa oarang Islam wajib berpuasa. Timbul kekeliruan ini kerana terdapat murid-murid Islam daripada negara lain yang tidak berpuasa dan memberi info yang salah tentang puasa.

Alhamdulillah , anak-anak Malaysia di BISM faham erti puasa yang sebenar. Syukur kerana ajaran Islam yang kita ikuti masih dilandasan yang betul.

Dua tahun lepas, Adam begitu keliru kerana kawannya dari Kuwait, Turki dan Saudi Arabia tidak berpuasa. Lebih mengelirukan lagi kawan dari negara Turki memberitahu dia separuh Islam dan separuh Kristian. Semua ahli keluarganya makan pork and ham. Terpaksalah saya menerangkan panjang lebar.

Nina pula meminta penerangan panjang lebar kenapa orang Islam tidak boleh memegang anjing. Kawannya yang beragama Islamn bukan sahaja boleh memegang anjing bahkan memelihara anjing didalam rumah.

Kawan Nina yang bukan beragama Islam pula, beria2 meyakinkan Nina, anjingnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan bersih .

Nina pernah bertanya adakah semua kawan-kawannya yang bukan beragama Islam akan masuk neraka? Terkedu saya seketika. Akhirnya saya memberitahu serahkan semuanya kepada Allah Taala dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan.

Inilah cubaan membesarkan anak2 dinegara bukan Islam. Timbul rasa kasihan melihat Nina dan Adam kerana dugaan mereka besar. Seboleh mungkin saya cuba pendekatan terbaik untuk memberi kefahaman tentang Islam.

Saya cuba menanamkan kefahaman bahawa Islam itu agama terbaik, jika kita tidak melakukan segala ajaran yang terdapat dalam Islam bukan kerana ajaran Islam itu kolot tetapi kerana kelemahan iman kita.

Insyaalah jika kita sentiasa yakin dengan kasih sayang, rahmat dan keampunan Allah Taala kebaikan itu akan datang sendiri secara disedari atau tidak.

Semakin dekat raya semakin rindu kami kepada sanak saudara dan segala-galanya di Malaysia.