30 June 2010

Shasha



Salam,

Shasha paling takut kena tinggal. Nampak saja kami bersiap-siap dia dah menunggu didepan pintu. Macam mana agaknya kalau kami bercuti nanti.

16 June 2010

Pekena siapa?


Jangan bimbang, lada ni merah aje lebih tapi haram pedas.
Salam,

Ringan tangan menulis pekena siapa dan siapa yang kena. Entahlah kalau suka underestimate orang ni boleh jadi cerita lawak. Berlagak innocent, alih-alih sendiri jadi badut. Sudah membebel tak ketahuan. Akukah pelakon hebat tanpa anugerah itewww..awwww.

15 June 2010

Ingatlah!


Shasha, ahli baru keluarga kami.
Salam,

Allah Taala memberi kita nikmat rezeki tanpa kita minta, terpulang kepada kita untuk menafaatkannya kearah kebaikan atau sebaliknya. Usah kita risau dengan perkara-perkara remeh, jika benar kita dipihak yang benar Allah akan tunjukkan balasannya di dunia lagi.
Ingatlah,buatlah sesuatu perkara itu kerana keikhlasan dan tanggungjawab bukan kerana ACO(apa cakap orang) @ AOK (apa orang kata). Islam telah menyatakan dengan jelas jangan kita menunjuk-nunjuk dalam membuat kebaikan kerana itu mengheret hati dan jiwa kita kepada keangkuhan, ujub dan riak. Sebarkanlah kebaikkan walaupun sepatah ayat.

Hari ini saya ditunjukkan kepada suatu peristiwa yang membenarkan apa yang sentiasa bermain-main difikiran saya, perkara buruk dan pandangan negatif saya terhadap seseorang. Saya berperang dengan hati dan perasaan sendiri, memujuk hati jangan bersangka buruk, jangan membenci dan Allah tunjukkan.

Sebenarnya peristiwa ini ujian buat diri saya, apakah saya bersorak ria dan tersenyum lebar dihati, melihat peristiwa itu? Oh tidak!tidak! Jika saya buat begitu sia-isa segala usaha saya ingin menerapkan sifat-sifat mahmudah didalam hati dan diri ini.

Pengajaran kepada peristiwa ini untuk diri saya ialah yakin dengan janji Allah, jangan kita sibukkan dengan hal-hal keduniaan,kasihani mereka yang rosak jiwanya dan doakan kebaikan untuk semua umat Islam untuk kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.

13 June 2010

Pejabat Pos

Salam,



Inilah rupa bangunan pejabat pos yang terdapat di Moscow. Sesiapa yang berminat hendak berurusan pos mengepos silakan masuk.

Kesiangan

Salam,

Siang yang panjang. Jarak waktu solat Isyak dan Subuh hanya 2jam 54 minit.


Pukul 11.06 malam

Pukul 12.07 tengah malam.

11 June 2010

Sindrom TOC @ AOC



Salam,

Bila dah terkena sindrom TOC @ AOC (Takut Orang Cakap @ Apa Orang Cakap) merana akal, derita badan. Kalau dah terkena lawan sampai habis, jangan mengalah. Ingat Allah, ikhlaskan niat insya-Allah semua selamat.

Cakak-cakak


BBQ di Taman Syurga Loka

Salam,

cakak 1 - rupa-rupa dia kepalanye!
cakak 2 - diam perati orang, ade niat laen rupanye.
cakak 3 - kepoh sepesen aje dia ni.
cakak 4 - sensiti tak bertempat ngat.
cakak 5 - kene negor cakak dia je..
cakak 6 - baik jage awok, depan cakak laen belakang cakak laen, kome kene dah..
cakak 7 - dok campur orang keje
cakak 8 - sping jagen tak sping
cakak 9 - diang tapi boleh caye ke?kat blakang macang laen je..
cakak 10 - dok jage2 jangaen laser ngat.
cakak 11 - uweiii...cakak aje lebih bapok penakutnye..
cakak 12 - gedik ngat, berbulu mata nengoknye.
cakak 13 - nampok boleh masok ni.
cakak 14 - weii dah kene dah, pandang jeling sepesen je..
cakak 15 - pedulik apa aku, pakar nyebor dia ni.

habih! sape yang tak dicakak?? cakak le main-main, orang ingat betoi, haa sudoh..susoh idup mikir ke orang ni.

10 June 2010

Antara Dua Darjat



Salam,

Jika dikira darjat, La Tahzan jauh lebih tinggi tetapi kenapa tarikan TLS lebih kuat? La Tahzan saya beli ketika balik bercuti Julai 2008. Masih belum khatam. Bukan tidak membaca tetapi isinya berat. Banyak kali saya mengulang tajuk2 yang sama.
TLS saya pesan melalui kawan yang bercuti pada musim bunga 2 bulan lepas. Selepas 3 buah buku Dan Brown terdahulu, saya tidak sabar2 untuk mendapt buku terbarunya. Saya menahan diri untuk membaca pada hari pertama memegangnya. Selang dua hari saya tidak boleh menunggu lagi dan selepas itu tidak melepaskanya sehinggalah sampai ke perenggan penamat.

Moralnya....mendidik jiwa untuk menambah kebaikan dalam diri banyak gangguan syaitan dan iblis tetapi menambah dan merasai keseronokan dunia untuk diri kita, terasa sangat senang dan mudah membuatnya.

Tidak salah untuk membaca dan menambah pengetahuan tetapi keseimbangan rohani itu perlu ada.

Sikap Manusia 2



St.Basil, St Petersburg

Saja saya hendak berkongsi, mudah-mudahan ada pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini.

Saya dan beberapa orang kawan telah menerima email ini.
Saya blurrr..bila membaca email ni..saya terpaksa tapis (*****)bbp bahagian isi kandungan email ini kerana tidak mahu menimbulkan salah faham. Tujuan saya paparkan disini semata-mata untuk renungan bersama.
Isi kandungan email seperti dibawah:

Salam semua,

Kita nak bercakap biar terang, dah tenang ni mai nak kate sikit....
********duk kat ***** that day bukan nak saje menderma/bersedekah tau
mmg ade yg bercakap dgn lantang...Nak mkn ***** pegi rumah ****** kat sini bayar yea..!!.
pada ****** pulak tu...(In fack ramai yg volinteer work artikata lain DTG UTK BEKERJA)

Beringat dulu sblom bercakap....

1. Mula2 ambilkan nasi utk **** sbb **** lapar...
2. Then ambil nasi sendiri utk mkn bersama **** selepas menolong jual menjual dbahagian ***** tu sbb *****
ke ****** utk membantu ****** organizer yea...****** juga yg minta dbantu mase tu...
3. Ambil pula nasi utuk ******* sbb dia ***** ..dipanggil kot sbb dia kata ***** BAYAR dia utk mengambil ******.
4. ******* minta tolong juga ambilkan nasi sbb dia lapar ...then lpas mkan ulang alik...minta tolong lak ambilkan sambal (kuah)..
mmg berungut juga sbb mengada2nye ***** ni...merungut tapi ambilkan juga yea....kesian
Sebab tau semua org bekerja bukan duk-duk goyang kaki sane....
5.******* pula minta nasi...bru terasa lapar....nak ambilkan then ONLY
****** kate dah antar nasi semua....done...
6. ***** dtg suh bagi volenteer makan FREE kan.....

Ingat lepas tu bru korang perasan....kalau tk faham juga,tnye diri sendiri
Lain kali BERCAKAP BIAR BERALAS....
sendiri makan pengat
sendiri mau ingat

Hanye utk mengingatkan...last2 byak juga ****** kita SEDEKAH..alhamdulillah

Salam
**********


Oklah, selepas membaca email ini saya rasa terpanggil untuk membalas sebab terdapat sebaris ayat yang saya rasa melibatkan saya tetapi isi yang lain2 didalam email ni saya memang blurr dan tak faham. Saya pun hantar email balasan seperti dibawah.

RE: beringat sblom mengeluarkan kan kate2 yea....

Salam *******
Pertama, terima kasih hantar email dan berterus-terang dan tidak cakap belakang2.

Saya respon email ni sebab saya tak mau cepat melatah, sebab seingat2 saya , SAYA ada bercakap kepada ****** yang tak boleh diskaun, sebab untuk ******, tak ada sebab lain. Kedua, SAYA juga ada bercakap pasal kalau nak makan pergi rumah ******* sebab, saya tau ****** baik dengan ******. Waktu bercakap tu tak ada niat langsung nak mengenakan sesiapa, cuma nak memeriahkan suasana aje.

Kedua, setahu saya, masa dalam ****** hanya tiga orang ***** sahaja yang diminta sebagai volunteer. So, pada hari tu saya anggap ****** yang datang adalah mereka yang nak merelease tension waktu ******. 3 buku tiket entrance yang ada pada saya semua dibeli oleh ******.

So, kalau ada cakap saya yang menyakiti hati dan menyingungg perasaan ***** ,saya minta maaf, lain kali saya kena jaga mulut, jangan bergurau sebarangan.
TETAPI seingat2 saya , saya tidak ada pulak, mengungkit atau bercakap2 pasal sesiapa yang ambil ***** ke, ambil apa2 makanan yang dijual untuk diberi kepada petugas2 mana atau yang berkaitan. Ada sesiapa yang menegur atau mengungkit ****** ambil makanan untuk sesiapa ke??

Harap Maklum,. Terima Kasih.



email saya mendapat balasan yang segera. Isi kandungannya seperti berikut:


Salam ********

Terima Kasih sbb awak respond email ni sbb ***** ingin penjelasan apa maksud awak...
Awak dah huraikan so tak buat ***** tertanye2...kenapa awak cakap begitu sebanyak 2 kali
Hati manusia mudah tersentuh dbuat tua2 begini...so jelas ***** bergurau bukan bermaksud lain.
Begini senang sbb tau ape sebenarnye berlaku dan yg lain tahu juga kedudukan sebenar.
Mmg kita bagi pada 3 volunteer tu je and ***** tu atas ****** tak tau sape yg jemput
,cuma dia bgitau ******* ,***** akan bayar dia so ****** layan makan dia mcm kita juga.
Kita pun cepat terasa sbb macam kita sorang je yg nak bagi ***** makan FREE...****** faham
situasi berniaga...yg dsedekah hanye yg tk habis/balance2 yg tk terjual...
Biar semua faham nti ade yg terfikir yg bukan2 pula...
almaklumlah duk sini kalau cerita tu bulat jadi lonjong pulak bila dsalah ertikan
Faham sudah dan so far tkde lah org yg menegur atau mengungkit pasal makanan yg dberi pada
sesiapa sbb semua tau kan byak ******* dan kita sedekahkan juga pada ****** yg
datang (dri *****)...
****** pun minta maaf kerana tersalah anggap...so kita 0-0...=P
****** ni mcm ****** juga tkleh selindung perasaan...straight to the point..
Salam

Yang Ikhlas
********


Apabila menerima email ini terus saya faham, rupa-rupa email pertama memang ditujukan khas untuk saya tetapi kenapa dihantar kepada beberapa orang. Kalau ditakdirkan saya tak respond email tu apa akan jadi? Dalam email pertama yang dihantar banyak huraian2 yang tak berkaitan dan tidak difahami oleh penerima, apa maksud sipenghantar email dengan huraian yang panjang lebar itu?
Semua ini membuat saya tertanya2. Jika bermasalah dengan saya kenapa tak terus talipon atau hantar email kepada saya bertanya?

Moral dan pengajaran disini:

1. Untuk diri saya: Bila bercakap dan bergurau fikir dulu dan jangan sembarangan. Jangan anggap semua orang boleh menerima gurauan kita.

2. Untuk sipengirim email. Jangan cepat bersangka buruk dan menterjemahkan isi hati orang lain. Bertanyalah kalau ada yang kurang jelas.

Siapakan yang selalu menjadikan lonjong cerita yang bulat?
Siapakah yang akan bercakap belakang2 itu?
Siapakah orang yang selalu berfikiran bukan2 itu?
Hanya yang berkaitan dan berkenaan sahaja boleh menjawabnya. Allahuaklam.

Ingin saya menjadi air yang memadamkan api yang menyala, menjadi salji yang menyejukkan lahar yang panas membara.
Allah Taala sentiasa merahmati dan merestui niat yang baik. Amin.

03 June 2010

Nina n Adam


Lenin Hill

Moscow State University

Salam,

Antara tempat-tempat menarik di Moscow, Lenin Hill dan Moscow State U.

Peluru Berpandu dan Kereta Kebal




Salam,

Inilah antara kelengkapan perang angkatan tentera Russia, buatan negara Russia sendiri, sebab itu mereka bangga hendak tunjuk kepada dunia.