15 June 2010

Ingatlah!


Shasha, ahli baru keluarga kami.
Salam,

Allah Taala memberi kita nikmat rezeki tanpa kita minta, terpulang kepada kita untuk menafaatkannya kearah kebaikan atau sebaliknya. Usah kita risau dengan perkara-perkara remeh, jika benar kita dipihak yang benar Allah akan tunjukkan balasannya di dunia lagi.
Ingatlah,buatlah sesuatu perkara itu kerana keikhlasan dan tanggungjawab bukan kerana ACO(apa cakap orang) @ AOK (apa orang kata). Islam telah menyatakan dengan jelas jangan kita menunjuk-nunjuk dalam membuat kebaikan kerana itu mengheret hati dan jiwa kita kepada keangkuhan, ujub dan riak. Sebarkanlah kebaikkan walaupun sepatah ayat.

Hari ini saya ditunjukkan kepada suatu peristiwa yang membenarkan apa yang sentiasa bermain-main difikiran saya, perkara buruk dan pandangan negatif saya terhadap seseorang. Saya berperang dengan hati dan perasaan sendiri, memujuk hati jangan bersangka buruk, jangan membenci dan Allah tunjukkan.

Sebenarnya peristiwa ini ujian buat diri saya, apakah saya bersorak ria dan tersenyum lebar dihati, melihat peristiwa itu? Oh tidak!tidak! Jika saya buat begitu sia-isa segala usaha saya ingin menerapkan sifat-sifat mahmudah didalam hati dan diri ini.

Pengajaran kepada peristiwa ini untuk diri saya ialah yakin dengan janji Allah, jangan kita sibukkan dengan hal-hal keduniaan,kasihani mereka yang rosak jiwanya dan doakan kebaikan untuk semua umat Islam untuk kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment