26 October 2010

Superbug

Satu Kes Superbug Dikesan Di Malaysia
GUA MUSANG: Satu kes "superbug", bakteria kebal kepada hampir semua antibiotik dikesan bulan lepas di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata bagaimanapun pesakit itu telah sembuh sepenuhnya dan tidak berbahaya kepada orang luar, namun kementeriannya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes ini tidak merebak.

"Pesakit itu seorang pesakit perempuan dan telah dirawat di Hospital Ampang...beliau sudah keluar tetapi masih berterusan menerima rawatan.

"Tetapi beliau mempunyai sakit lain, leukemia...superbug tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada pesakit tertentu ini...kerana bakteria ini hanya colonize iaitu pembawa dan dia bukan mendatangkan kesan kepada tubuh, bakteria itu hanya hidup dalam tubuh pesakit itu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini.

Beliau berkata, antara sebab berlakunya superbug ini adalah disebabkan pengambilan antibiotik berlebihan.

Kementerian Kesihatan telah memberi arahan kepada para doktor supaya mengikut prosedur ditetapkan dalam pemberian antibiotik dan tidak memberi dengan sewenang-wenangnya.

Kejadian jangkitan bakteria superbug mula dikesan pada 2008, dan direkodkan di seluruh dunia termasuk India, Pakistan dan United Kingdom. - BERNAMA

11 October 2010

Diam



Diam itu sabar
Diam itu berfikir
Diam itu positif
Diam itu tuntutan
Diam itu setuju
Diam itu jenuh
Diam itu puas
Diam itu protes
Diam itu panas
Diam itu bara
Diam itu tidak peduli
Diam itu geram
Diam itu biar
Diam itu merajuk
Diam itu putus
Diam itu sesak
Diam itu dendam
Diam itu MATI
Diam itu DIAM
DIAM
DIAM

10 October 2010

Imej


2010/09/28
NEW YORK: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mahu rakyat Malaysia yang berada di perantauan supaya sentiasa menjaga nama dan imej baik negara.

Beliau berkata, sebagai duta kecil negara, mereka harus pandai membawa diri semasa berada di negara orang di samping menjalinkan hubungan baik dengan rakan dari negara lain.
]
"Teruslah menjalinkan hubungan dengan rakan dari negara lain serta pelajarilah adat resam, budaya, dan cara hidup mereka, serta masakan mereka," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama anggota Persatuan Wanita Kementerian Luar Negara (Perwakilan) New York di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di sini pada Isnin.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Robiah Abdul Samad; isteri Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datin Seri Kalson Ismail; isteri Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datin Amy Hamidon; dan isteri Konsulat Jeneral Malaysia di New York, Arfah Nadiah Ahmad.

Pada masa sama, Rosmah turut meminta semua rakyat Malaysia supaya menjaga kestabilan dan kehormanian negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa kerana pewarisnya adalah generasi masa depan.

Katanya, bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia "janganlah kita membezakan bangsa dan keturunan kerana semuanya adalah rakyat Malaysia".

Selain itu, Rosmah turut meminta mereka yang berada di sini supaya mengambil kesempatan untuk mempromosikan negara kepada masyarakat tempatan dengan berkongsi cerita mengenai keenakan juadah dan citarasa masakan Malaysia.
Rosmah yang berada di Kota raya New York bagi menemani suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpuanan Agung PBB sejak Khamis lalu, turut menyarankan anggota Perwakilan yang berada di luar negara supaya meningkatkan prestasi diri seiring dengan kemajuan dunia, antaranya mendalami Bahasa Inggeris dan belajar Bahasa Perancis.

Pada majlis itu tetamu dihidangkan dengan juadah seperti nasi kerabu, ayam percik, udang lemak nenas, kerabu bendi, ikan masak lada api, sambal udang, mi rebus Johor dan mihun goreng sayuran.

Terdahulu Amy turut memaklumkan kepada Rosmah mengenai aktiviti yang dianjurkan Perwakilan New York dalam mempromosikan nama negara seperti beberapa festival makanan yang dianjurkan oleh persatuan itu di kota raya ini. - BERNAMA

Peperiksaan


Ahad Oktober 10, 2010 MYT 3:15:00 PM
Sabtu Oktober 9, 2010 MYT 10:32:34 PM
Format Baru PMR Dan UPSR Mulai 2016 - Muhyiddin
SYDNEY: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akanmempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini...tapi kohort yangbaru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanyakepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian. "Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umumbersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah.

"Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai," katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.

"Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad," katanya.

Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah.

Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya. - BERNAMA