28 August 2020

Ujian


 

Salam,

 Ujian sinonim dengan  kitakan?  Bila sebut sahaja ujian macam-macam yang tergambar dalam fikiran kita. Setiap ujian yang ditempuhi berbeza antara satu sama lain. Biasanya ujian  Allah SWT ini datang dalam bentuk berlawanan. 

Ujian kemiskinan lawannya kekayaan, ujian kesakitan lawannya sihat, ujian kecerdikan lawannya kebodohan, ujian kesempurnaan lawannya kecacatan. begitulah seterusnya selagi nafas belum terhenti di dunia fana ini.

Ujian aku dibumi Riyadh yang panas dan  kering  ini ialah kebebasan bergerak menikmati alam  dan mengurus perangai manusia. Memandangkan aku datang dari negara Syurga Dunia tiba2 tercampak dibumi yang penuh ujian ini. Waktu aku berfikiran waras aku bersyukur kerana dapat merasai sendikit tempias getirnya  ujian Siti Hajar. Bagaimana sabarnya wanita mulia ini tetapi ketika fikiran dikuasai oleh makhluk yang bersumpah akan merosakkan manusia, aku menjadi manusia yang aku sendiri tidak kenali.

Aku  terfikir manusia ini ada pilihan, tetapi kenapa memilih untuk menyusahkan diri sendiri an menyusahkan orang lain?  Kenapa memilih jalan Abu Lahab dan Hindun? Itu ujian sebenarnya! Ujian dibumi anbiyak ini. Jika mengikut sejarah tempatan, asal penempatan di Riyadh ini ialah tempat larinya seorang manusia yang enggan menerima Islam dan kepimpinan Baginda Rasulallah. Jadi berkembang biaknya keturunan ini. Pasti ada yang menjadi baik dan pasti ada yang kekal buruk perangai dan kedegilannya. Jadi dimana kita? Siapa yang  kita ikut? Terjebakkah kita?

Bertuah dapat mendiami bumi anbiyak, dapat melawat Maqam Kekasih Allah SWT, Junjungan Nabi Muhammad SAW. Dapat iktikaf dan solat sepuasnya di rumah Allah yang paling mulia diatas muka bumi ini..tetapi hadiah rezeki itu tidak datang percuma. Begitu tinggi fadhilat dan pahalanya begitu tinggi jua ujiannya. Tidak percaya? Hati dengan sendiri didatangi perasaan riak, perasaan bertuah dan mula hati berkata-kata membandingkan dengan rezeki orang lain. Lagi..ironinya..setelah berkali2 dapat peluang yang sukar bagi orang lain tetapi perangai kita tetap sama. Jadi fikir-fikirkanlah...Berkatkah amalan aku ini? Diterima atau tidak segala amalan aku ini? cubarenungkan dan fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Fikir dengan mata hati keran mata fizikal kita sering menipu dan tertipu.