28 December 2009

Rumahku Syurgaku




Salam,

Seronoknya berehat-rehat di rumah sendiri. Hari ni makan mee rebus tulang, air batu campur, apam balik dan keropok lekor.

Salam satu Malaysia.

30 November 2009

Nina




Salam,

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Afi dan pasangan dengan iringan doa semoga bahagia dan kekal jodohnya hingga keakhir hayat.

Hari Raya Korban


Bakal-bakal doktor melapah biri-biri

Menyembelih biri-biri


Salam,

Kami menyambut Hari Raya Korban pada hari Jumaat, 27 November 2009. Alhamdulillah pada tahun ini sebayak 25 ekor biri-biri dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan selepas solat sunat hari raya dan jamuan makan. Penyembelihan kambing biri-biri selesai dilakukan sebelum solat Jumaat.
Kerja-kerja melapah daging dilakukan selepas solat Jumaat dan selesai semuanya pada pukul 5 petang waktu Moscow. Semua kerja penyembelihan dan melapah berjalan lancar berkat kerjasama kakitangan kedutaan dan pelajar-pelajar perubatan disini. Alhamdulillah ibadat korban berjalan lancar dan insyallah ibadat korban ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Selamat Hari Jadi Adam


Kek hari jadi Adam



Nasi Ayam dan Pizza Mini, makan jangan tak makan,

rupa budak 13 tahun hehe..handsome ka!

Salam,

Nov 22, Hari jadi Adam ke 13. Panjang umur, murah rezeki, rajin belajar dan jadi orang berguna kepada diri sendiri,agama, ibubapa, bangsa dan negara. Amin.

25 November 2009

Mungkinkah!



Salam,

Duduk sendirian di puncak kayangan ini, kadang-kadang timbul perasaan takut. Perubahan lanskap awan membuat hati kecut. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap dan bila diperhatikan seolah-olah langit nak runtuh. Awan hitam yang gelap berarak cepat. Masa tu terfikir, inikah sayap Jibrail? Pernah saya terbaca, Jibrail A.S ini mempunyai sayap yang sangat besar, jika dikembangkan sebelah sayapnya maka tertutuplah separuh dunia ini. Mungkinkah perasaan takut yang saya rasai ini, dialami juga oleh J.K Rowling? sehingga terciptanya Damentor? Allahhuaklam.

23 November 2009

Hajat Tercapai


Salam,

Akhirnya tercapai hajat kami untuk balik berscuti. Insyaallah jika tiada aral melintang kami akan sampai di KLIA pada pukul 7.05am ,15 Dis via Istanbul.
Sesiapa yang berhajat hendak cenderahati dari sini beritahulah segera.

10 Budak Hitam



Salam,

Maka alkisah tersebuklah kisah sepuluh budak hitam, semua nak menang, berlarilah lintang pukang sehingga terhoyong-hayang akhirnya masuk longkang, sebab akai letak celah kangkang.

19 November 2009

Pelik tapi benar



Salam,

Sifat pelik manusia;

jalan yang lurus terbentang dihadapan tetapi jalan bengkok juga yang dipilih.
diluar sejuk membeku tetapi hati didalam panas membara?

11 November 2009

Cenderahati

Salam,

Pelawat Malaysia yang datang ke Moscow ni selalu bertanya apa cenderahati yang boleh dibeli disini.

Pada pendapat saya, bagi peminat lukisan,seni kraf, ukiran,kristal dan yang seangkatan dengannya, Moscow/Russia merupakan syurga @ lubuk barang2 berkaitan seni. Pilihan yang banyak dan kehalusan kerja tangan yang amat memuaskan. Cuma saya belum berkesempatan untuk menerokai tempat2/pasar2/kedai2 tersebut. Sebab? kekangan bahasa, keselamatan, pergerakan terhad dan masa yang sesuai.

Ada yang tanya pasal harga. Ikut tempat dan kualiti barang. Contoh, lukisan, harganya boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Keychain, Fridge magnet dan benda2 yang kecil ini boleh dapat dengan harga RM12.
Mungkin tahun hadapan, masuk tahun kedua di Moscow, saya akan pergi ketempat2 ni. Apa yang penting dah boleh membaca papan tanda jalan dan bertanya soalan2 mudah.Jika lansung tak boleh bercakap bahasa Russia lebih selamat duduk di rumah sahaja.


Matrosyka @ Nest Doll(orang2 Malaysia Melayu Islam tak suka ni..maklum le patung)

ni rupa bila dah bukak perut mak matrosyka tu..haaa berderet anak2. Ini sikit..yang 24 anak pun ada..tapi harganya..

ini tipikal russian art..boleh dapat dengan harga bawah RM100. Mangkuk ni boleh letak buah atau pasu bunga.


Lukisan ni..sebenarnya dicetak semula diatas canvas. Lukisan yang asal mungkin boleh dibeli dengan harga ratusan ribu USDollar tetapi belum tentu dibenarkan dibawa keluar dari negara Russia. Hak pemilikan/pembelian lukisan dan karpet disini agak ketat. Mana2 lukisan @ karpet yang berusia lebih 100 tahun memerlukan sijil khas dan melalui beberapa prosedure sebelum dibenarkan atau diberi sijil untuk dibawa keluar dari Russia.
Walaupun gambar diatas adalah cetakan semula, resit dan sijil yang telah disahkan mesti ditunjukkan apabila kami berpindah dari sini nanti, jika tiada, alamatnya putih mata lee..diambil semula tanpa maaf!(kira rampaslah tu...)
Harga lukisan cetakan semula tu RM900.00.

Selsema Babi


Jagalah anak-anak anda.
Salam,

Selsema Babi sedang melanda Moscow. Kerajaan Russia telah mengarahkan sekolah2 yang terdapat disekitar Moscow ditutup. BISM masih buka seperti biasa. Mungkin kerana bilangan murid-muridnya sedikit, kemungkinan mendapat jangkitan juga rendah.

Sama-samalah kita berdoa agar selesema ni tak menjangkiti kita. Ketika gelombang pertama dulu tak ada heboh2 disini tetapi gelombang kedua ni membuat orangramai dan kerajaan panik. Kempen imunisasi selsema ini dijalankan besar-besaran.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar kita terhindar daripada bala ini.Pencegahan adalah lebih penting. Tingkatkan sistem pertahanan badan insyaAllah sistem badan kita dapat melawan penyebab selsema babi ini.

Cara tradisional orang Russia menghindarkan diri daripada selsema ialah seperti berikut: bawang putih (ditumbuk)atau dihancurkan, perahkan pati limau (lemon juice warna kuning tu) simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi @ malam ambil satu sudu kecil. amalkan sepanjang musim sejuk atau apabila selsema.

06 November 2009

Merah Menyala

Salam,

Banyak perkara2 ghaib yang Allah S.W.T sembunyikan daripada pengetahuan manusia untuk menguji keimanan kita.
Semoga kita semua termasuk didalam golongan orang-orang yang beriman.

Inikah rupa neraka?
Dimana letaknya neraka?



05 November 2009

Park Place

Salam,

BBQ bersama bakal-bakal doktor di Park Place.


Nina,Adam dan bakal2 doktor.

Nina, Adam dan Jas aka Dr Jas.

Pelangi

Salam,
Pelangi datang menjenguk kami. Saudara-mara, sahabat handai bila lagi?




29 October 2009

Kisah si Lada Besar




Salam,

Dah lama saya nak cerita tentang Lada Besar(LB) ni.Dari mula saya semai biji lada ni, hinggalah buahnya masak merah menyala.Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal LB ni. Jawabnya, Memang istimewa!

LB ini asalnya daripada biji lada kering yang dibawa oleh seorang chef ke Stockholm sebulan sebelum kami berpindah ke Moscow. Kebiasaanya biji lada kering saya buang bagi mengurangkan rasa pedas apabila saya mengisar lada untuk kegunaan harian. Entah macam mana, biji lada kering yang saya tapis tu, saya campakkan kedalam pasu yang telah sedia ada dibalkoni dapur rumah saya. Pasu ini memang telah sedia ada tanah didalamnya yang ditinggalkan oleh penghuni sebelum ini. Selepas itu saya tidak pasti berapa lama, baru saya terperasan banyak anak2 pokok yang tumbuh didalam pasu ni. Segar dan hijau. Waktu tu penghujung musim luruh atau musim bunga, saya tidak pasti.

Sebenarnya saya macam tidak percaya yang biji benih lada kering boleh tumbuh menghijau. Sebahagian anak2 lada ni saya beri pada jiran yang berminat nak bercucuk tanam.

Kesian saya tengok benih anak2 lada ni berhimpit2 didalam pasu yang kecil, saya pun membeli tanah dan pasu yang lebih besar serta alihkan benih2 ni kedalamnya.Tidak sampai seminggu saya alihkan kedalam pasu yang besar,anak2 lada ni berlumba-lumba membesar. Memang cantik, daun-daunnya yang hijau sejuk mata memandang.

Merimbun pokok2 LB kat tepi tingkap dapur rumah ni dan mula berbunga dengan lebat. Tadaaa..hasilnya putik2 lada dah mula keluar.Lebat dan hijau buah2 lada ni. Sayang nak petik. Apabila dah merah menyala terpaksalah saya petik dan makan.

Tapi..kenapa tidak pedas? Ini yang istimewa LB ni.Rasanya tidak pedas, tidak tawar, tidak pahit. Ada sedikit rasa maung/payau. (betul ke ni!)Kenapa rasanya jadi macam ni? Mungkin...masa tu saya terfikir bertapa kuatnya semangat survival LB ni.

Cubalah bayangkan..

Asalnya lada kering ni dari India. Selepas menjalani berbagai proses sehingga menjadi lada kering, ia dieksport ke Malaysia. Tentunya menaiki kapal merentasi Laut India, kemudian disimpan digudang sebelum di beli oleh pemborong-pemborong kedai runcit. Kalau tidak silap lada ni dibeli dipasar borong Selangor Seri Kembangan. Entah berapa lama pulak lada kering ni terperuk dalam guni sebelum ia dibeli oleh chef. Kemudian lada kering ni dibawa pula menaiki kapal terbang merentasi benua Asia ke benua Eropah.
Sampai dirumah kami di Spanga Stockholm, saya simpan didalam stor kerana memang lada kering ni saya niatkan untuk bekalan semasa di Moscow. Sebulan terperok didalam stor. Sebulan kemudian paker datang untuk membungkus barang2 kami termasuklah lada kering dan dimasukkan kedalam kontena besar. Barang-barang kami dihantar melalui kapal, sekali lagi lada kering ni belayar, kali ni merentasi Lautan Baltik ke Helsinki Finland. Dari Helsinki trak kontena melalui jalan darat ke St Petersburg seterusnya ke Moscow. Waktu itu musim sejuk, semestinya didalam kontena suhu jatuh sehingga bawah paras beku.

Akhirnya penghujung Januari 2009 barang2 kami selamat sampai ke apartment tempat tinggal kami di tingkat 17 Leninnski Avenue. Lada kering ni selamat tersimpan didalam stor rumah kami.

Sehinggalah saya menggunakanya dan menyemainya.
Jadi tidak hairanlah LB yang ditanam hasil daripada biji lada kering sudah tidak pedas lagi rasanya. Itulah realiti yang kita kena terima dan hadapi, jika merantau dan menetap jauh dari negara asal jati diri mulai hilang. Mungkin secara zahir boleh kita nampak rupa lada tetapi rasa sudah berbeza.

Kisah lada kering ni mengingatkan saya wirid yang sentiasa kita baca selepas solat. Surah Al'Imran ayat26 dan 27 bermaksud:...Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup....

Saya memang tidak menyangka langsung biji lada kering boleh hidup subur dan mengeluarkan bunga dan buah..

20 October 2009

Terima Kasih Daun Keladi




Tepung beras 3 kampit
Tepung kacang hijau 1 bungkus
Pandan 1 bungkus
Lengkuas 1 bungkus
Serai 3 bungkus

Salam,

Faridah, terima kasih tidak terhingga atas kiriman barang-barang yang sangat berharga ni.Hanya Allah Taala yang dapat membalasnya.
Tak sangka ada kawan yang sanggup bersusah payah kerana aku.Insyaalah, aku akan contohi sifat baik kau ni.
Melihat barang2 kiriman kau ni aku rasa terharu dan sebak,inilah yang dikatakan kawan biar beribu bermusuh biar satu.
Terima kasih sekali lagi.

13 October 2009

Berkebun di kayangan





Salam,

Dulu, saya pernah terbaca cerita orang tersesat. Katanya tersesat didalam kebun yang cantik, dipenuhi dengan pelbagai bunga dan tanam-tanaman yang subur menghijau. Dek kerana terpesona dengan keindahan kebun tersebut mereka terlupa jalan balik kerumah. Lebih pelik lagi, kata mereka kebun tu dikayangan.

Cerita macam ni memang susah nak percaya tapi..rupa-rupanya memang ada kebun dikayangan. Sejak kami tinggal dipuncak kayangan dengan aktiviti harian yang sangat terhad, saya merajinkan diri bercucuk tanam. Hasilnya, semua pokok2 yang saya tanam hidup subur segar bugar.

Tiba-tiba saya terfikir, betul ke ada kebun dikayangan? Bukti dah ada!

Pengubat Rasa

Salam,

09 October 2009

Autumn in my heart 2 - Moscow

Salam,

Keadaan cuaca disini semakin sejuk. Daun-daun yang menguning sudah mulai gugur apabila ditiup angin dan ditimpa hujan.Nampaknya suasana ceria musim panas sudah mula bertukar menjadi suram.




Jalan-jalan London - 3

Salam,