29 October 2009

Kisah si Lada Besar




Salam,

Dah lama saya nak cerita tentang Lada Besar(LB) ni.Dari mula saya semai biji lada ni, hinggalah buahnya masak merah menyala.Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal LB ni. Jawabnya, Memang istimewa!

LB ini asalnya daripada biji lada kering yang dibawa oleh seorang chef ke Stockholm sebulan sebelum kami berpindah ke Moscow. Kebiasaanya biji lada kering saya buang bagi mengurangkan rasa pedas apabila saya mengisar lada untuk kegunaan harian. Entah macam mana, biji lada kering yang saya tapis tu, saya campakkan kedalam pasu yang telah sedia ada dibalkoni dapur rumah saya. Pasu ini memang telah sedia ada tanah didalamnya yang ditinggalkan oleh penghuni sebelum ini. Selepas itu saya tidak pasti berapa lama, baru saya terperasan banyak anak2 pokok yang tumbuh didalam pasu ni. Segar dan hijau. Waktu tu penghujung musim luruh atau musim bunga, saya tidak pasti.

Sebenarnya saya macam tidak percaya yang biji benih lada kering boleh tumbuh menghijau. Sebahagian anak2 lada ni saya beri pada jiran yang berminat nak bercucuk tanam.

Kesian saya tengok benih anak2 lada ni berhimpit2 didalam pasu yang kecil, saya pun membeli tanah dan pasu yang lebih besar serta alihkan benih2 ni kedalamnya.Tidak sampai seminggu saya alihkan kedalam pasu yang besar,anak2 lada ni berlumba-lumba membesar. Memang cantik, daun-daunnya yang hijau sejuk mata memandang.

Merimbun pokok2 LB kat tepi tingkap dapur rumah ni dan mula berbunga dengan lebat. Tadaaa..hasilnya putik2 lada dah mula keluar.Lebat dan hijau buah2 lada ni. Sayang nak petik. Apabila dah merah menyala terpaksalah saya petik dan makan.

Tapi..kenapa tidak pedas? Ini yang istimewa LB ni.Rasanya tidak pedas, tidak tawar, tidak pahit. Ada sedikit rasa maung/payau. (betul ke ni!)Kenapa rasanya jadi macam ni? Mungkin...masa tu saya terfikir bertapa kuatnya semangat survival LB ni.

Cubalah bayangkan..

Asalnya lada kering ni dari India. Selepas menjalani berbagai proses sehingga menjadi lada kering, ia dieksport ke Malaysia. Tentunya menaiki kapal merentasi Laut India, kemudian disimpan digudang sebelum di beli oleh pemborong-pemborong kedai runcit. Kalau tidak silap lada ni dibeli dipasar borong Selangor Seri Kembangan. Entah berapa lama pulak lada kering ni terperuk dalam guni sebelum ia dibeli oleh chef. Kemudian lada kering ni dibawa pula menaiki kapal terbang merentasi benua Asia ke benua Eropah.
Sampai dirumah kami di Spanga Stockholm, saya simpan didalam stor kerana memang lada kering ni saya niatkan untuk bekalan semasa di Moscow. Sebulan terperok didalam stor. Sebulan kemudian paker datang untuk membungkus barang2 kami termasuklah lada kering dan dimasukkan kedalam kontena besar. Barang-barang kami dihantar melalui kapal, sekali lagi lada kering ni belayar, kali ni merentasi Lautan Baltik ke Helsinki Finland. Dari Helsinki trak kontena melalui jalan darat ke St Petersburg seterusnya ke Moscow. Waktu itu musim sejuk, semestinya didalam kontena suhu jatuh sehingga bawah paras beku.

Akhirnya penghujung Januari 2009 barang2 kami selamat sampai ke apartment tempat tinggal kami di tingkat 17 Leninnski Avenue. Lada kering ni selamat tersimpan didalam stor rumah kami.

Sehinggalah saya menggunakanya dan menyemainya.
Jadi tidak hairanlah LB yang ditanam hasil daripada biji lada kering sudah tidak pedas lagi rasanya. Itulah realiti yang kita kena terima dan hadapi, jika merantau dan menetap jauh dari negara asal jati diri mulai hilang. Mungkin secara zahir boleh kita nampak rupa lada tetapi rasa sudah berbeza.

Kisah lada kering ni mengingatkan saya wirid yang sentiasa kita baca selepas solat. Surah Al'Imran ayat26 dan 27 bermaksud:...Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup....

Saya memang tidak menyangka langsung biji lada kering boleh hidup subur dan mengeluarkan bunga dan buah..

No comments:

Post a Comment