02 October 2009

Cerita Ramadhan dan Raya



Salam,

Hari ini dah masuk 13 Syawal.Cepatnya masa berlalu. Baru ada kesempatan nak bercerita pasal Ramadhan dan raya.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini kami telah membuka rumah kami kepada sesiapa yang sudi berjemaah Solat Isyak dan Terawikh setiap hari Isnin dan Khamis.

Memandangkan terdapat 8 keluarga Malaysia yang tinggal dibangunan yang sama dan rumah kami yang agak luas boleh lah solat jemaah diadakan. Lepaslah fardhu kifayah. Disamping itu dapat mengeratkan silaturahim dan menghilangkan rasa rindu solat terawih berjemaah di masjid.

Malam raya, kami adakan takbir raya, masa takbir tu tuhan aje yang tau sedehnya. Bukan saya aje..semua nampak sebak. Nina pun menangis..katanya dia teringat raya kat Lanchang.

Raya kali ini saya terpaksa memasak dalam jumlah yang banyak. Mana tidaknya,untuk solat sunat raya dianggarkan 600 orang akan hadir. Kebetulan hari raya jatuh pada hari Ahad dan pelajar2 tiada kuliah.

Saya diminta menyediakan 5 ekor ayam goreng pada sebelah pagi dan 5 ekor ayam rendang pada sebelah petang.
Memasak ni bukanlah susah sangat tetapi yang menjadi susah dan lambat tu..dapur yang tiada api..Maklum memasak rendang ni makan masa yang lama, dapur pulak kalau dah terlalu lama dan panas terpadam dengan sendiri. Masa tu mukapun dah masam mencuka, senyumpun dah kelat..
tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Raya ketiga saya diminta menyediakan 4 kilo rendang daging dan 2 loyang agar2. Alhamdulillah semua dapat dilaksanakan.

Nampaknya tahun ni, kami tidak mengadakan rumah terbuka, sebab saya memang tak larat dah nak memasak ni.Jika jemput separuh2 saya terpaksa masak dua kali, jika jemput dalam satu masa terlalu ramai dan saya memang dah tak larat nak memasak dan mengemas.
Apabila anak murid menalipon nak datang saya rasa kasihan nak menolak. Setakat lapan orang kira oklah. Saya hidangkan nasi dagang perantau,mee hoon goreng,kentang bakar,coleslaw, ayam panggang berempah dan biskut raya. Rasanya tidak sempat nak ambil gambar.

Cerita pasal biskut raya, saya membuat tart nenas 3 kali. Kali ketiga pada raya ke 6.Begitu jugak dengan biskut cornflake. Bukan orang lain yang makan kami sekeluarga aje yang makan berulang2 kali.

Walaupun 8 keluarga yang tinggal dalam bangunan yang sama tetapi kami tidak saling ziarah menziarahi kerana kepenatan memasak sebelum raya,raya pertama hingga raya ketiga. Masuk raya ke 13 ni hanya seorang sahaja yang membuat rumah terbuka. Anak2 dah mula bersekolah dan masing2 sibuk dengan hal2 sekolah.
Memang suasana raya hanya terasa pada hari raya pertama sahaja.

Ramai yang sudah mula berpuasa sunat Syawal selama enam hari.

Masih tidak terlewat untuk kami mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment