24 February 2011

Gurauan Alam II



Salam,

Belum 2 bulan tahun 2011 , kita dikejutkan dengan gempa bumi di New Zealand. Kebiasaanya sebelum gempa bumi berlaku, gegaran kecil akan terasa tetapi menurut berita yang disiarkan saksi mengatakan tiada gegaran berlaku tetapi terus kedengaran bunyi letupan yang kuat. Ada saksi yang menyangkakan bunyi bom yang meletup atau meletusnya peperangan tanpa menyangka itu adalah gempa bumi berukuran 6.3 R.
Terbaca diinternet mengenai 10 gurauan alam tahun 2010 yang menyebabkan banyak kematian dan kerugian. Sekadar berkongsi untuk peringatan kita.
Semoga kita tidak lalai untuk mengerjakan ibadat-ibadat wajib kerana kematian itu ada dimana-mana.

Bencana Alam a.k.a Gurauan Alam 2010
1. Gempa bumi di Haiti pada 12 Januari.Dengan kekuatan 7.0 R yang mengakibatkan kematian sehingga 230 ribu dan 300 ribu yang cedera disamping memusnahkan 230 ribu rumah kediaman dan 30 ribu bangunan.
2.Banjir besar di Pakistan bermula pada 26 Julai. Merupakan banjir terbesar selepas 80 tahun. Mengakibatkan ribuan kematian dan kerugian harta benda.
3.Banjir besar di China bermula pada 10 Mei yang menyebabkan kematian dan juga kerosakan tanah pertanian yang bekeluasan 2.09 juta hektar.
4.Gempa bumi di Yushu China pada 14 April dengan kekuatan 6.9 R melibatkan kematian hampir 3 ribu orang dan kecederaan sehingga 12 ribu orang.
5. Gempa bumi di Chile pada 27 Febuari dengan kekuatan 8.9R. Gegaran berlaku selama 90 saat yang mengaktifkan tanda amaran Tsunami di 53 buah negara.
6.Kebakaran besar yang tidak terkawal berlaku di Barat Russia pada penghujung Julai ekoran gelombang panas. Mengakibatkan kerugian 15 billion dollar dan meragut 54 nyawa.
7.Letusan Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland pada 14 April. Letusan gunung berapi ini mengeluarkan asap,debu dan abu keudara yang menyebabkan penutupan ruang udara Eropah dari 15 hingga 20 April.Penutupan ruang udara ini melumpuhkan sistem pegangkutan udara Eropah dan menjadi krisis terburuk selepas Perang Dunia II.
8.Angin Puting Beliung Fanapi melanda Taiwan pada 19 September yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian mencecah 1 billion dollar US.
9.Gempa bumi di Barat Christcurch New Zealand pada 4 September berukuran 7.1.
10.Gelombang panas Hemisfera Utara antara bulan Mei hingga Ogos yang melibatkan banyak negara termasuk Russia.

Sesungguhnya bencana-bencana ini telah disebutkan didalam Al-Quran dengan jelas dan nyata .Apa yang berlaku pada hari ini hanyalah ulangan -ulangan peringatan yang Allah
SWT turunkan untuk kita hamba2Nya yang selalu lalai dengan nikmat dunia ini. Marilah kita berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan yang ingkar dan lalai. Marilah kita sama-sama saling ingat mengingat dan tegur menegur kearah kebaikan.

Apa Nak Jadi II !!



Salam,

Seluruh dunia melihat kebangkitan demi kebangkitan di Timur Tengah. Bermula di Bahrain, Mesir , Yemen, Jordan, Saudi dan Libya.Hanya mereka yang tinggal disana tahu masalah yang mereka hadapi. Bagi saya rakyat berhak untuk bersuara, melahirkan ketidakpuasan hati atas kepincangan dalam pemerintahan dan keadilan adalah untuk semua.
Namun apa yang tidak seronok dilihat apabila berlaku rusuhan ada nyawa yang melayang, harta2 awam dirosakkan dan kecurian berlaku dimana-mana. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Sayangnya imej2 inilah yang diulang2 oleh CNN, BBC dan bbp media antarabangsa. Seolah2 menjadi keseronokan dapat menyiarkan sikap ganas orang2 Islam.

Jika mengikut sejarah perutusan Rasulallah kepada umat manusia, Rasulallah diutuskan untuk membaiki dan membetulkan keadaan masyarakat yang sudah hilang pertimbangan kemanusiaanya. Antaranya berbunuh sesama sendiri, berpuak2,menindas yang lemah dan pemerintahan bersandarkan kekuatan bukan keadilan. Kehidupan dipengaruhi nafsu tamak kuasa, harta dan pangkat. Bukankah ini yang berlaku sekarang?? Sayangnya nama Islam dijaja. Semoga tidak berlaku menang menjadi arang kalah menjadi abu. Iraq, Afghanistan dan Palestine sudah terbukti.

Semoga Allah melindungi kita daripada bala bencana ini dan menetapkan hati-hati kita dengan Iman yang tidak berbelah bahagi.

Musim Sejuk 2011



Salam,

Musim sejuk terakhir untuk kami di Moscow . Musim sejuk kali ini agak berlainan daripada 2010. Tepat seperti jangkaan dan ramalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, musim sejuk yang terlalu sejuk dan panjang. Seingat saya sepanjang dua minggu lepas salji turun setiap hari dan sepanjang minggu ini pula suhu jatuh sehingga -29 darjah C bawah paras beku.Ditambah pula dengan angin kencang.Sesuatu yang saya tidak pernah jumpa di Stockholm terjadi disini iaitu salji turun diwaktu matahari memancar dan suhu -15 bawah paras beku. Kami yang tinggal dipuncak kayangan ini sentiasa mendengar siulan angin dan bunyi mendesah2 ditepi tingkap.Kadang2 timbul juga perasaan takut lebih-lebih lagi apabila melihat Shasha gelisah dan telinganya tegak tidak bergerak2.

Tekun 2011



Salam,

Harap saya tekun untuk menyeleaikannya pada tahun 2011. Saya telah pun habis membaca TCoT. Insyaalah yang lain akan menyusul.

Syukur



Salam,

Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah permudahkan segalanya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Perancangan kami telah diperkenan dan dipermudahkan.
Doa kami panjatkan kepada Allah SWT agar permudahkan Nina menghadapi ujian pertama didalam menentukan hidupnya dimasa hadapan. Amin.