27 December 2006

Selamat Hari Jadi

Terima kasih abang.


Hari ini 27Dis 2006 bertambah lagi setahun usiaku. Bertambah usia?? berapa tu? masih simanis 17!!

Peringatan buat diri simanis 17:
1. Bagaimana amalan untuk dunia dan akhirat?
2. Bagaimana hubungan sesama makhluk sekeliling yang menjadi sebahagian keperluan diri?
3. Bagaimana tanggungjawab terhadap dua orang permata hati?
4. Bagaimana khidmat dan kasih sayang terhadap teman hidup yang sentiasa setia disisi?
5. Bagaimana dan bagaimana?

19 December 2006

diri kita

Kita boleh tersenyum
Kita boleh ketawa.
Kita boleh berjenaka.
Kita boleh buat apa kerja yang diberi.
Kita boleh jalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Kita boleh menerima dan memberi pendapat.


tetapi...kita tidak boleh menipu hati dan perasaan kita. Diri kita sendiri..Mengapa?

Akhirnya...

Setelah berfikir dan berfikir aku mengambil keputusan ini. ya! menulis apa sahaja yang aku sukai di blog sendiri. Luahkan yang tersurat dan tersirat.Mengapa tidak?