Salam,
Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya Allah atas segala yang Engkau rezekikan kepadaku.
Syukur diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ini
Syukur diberi kesihatan yng baik untuk menunaikan ibadat puasa
Syukur diberi hidayah untuk terus menambah ibadat di bulan Ramadhan ini
Syukur dimurahkan rezeki anak-anak untuk berkumpul berdua beradik untuk bersama-sama
menunaikan ibadat puasa tahun ini
Syukur diberi keselamatan daripada segala bahaya dibumi asing ini
Syukur diberi nikmat keamanan walaupun bertukar kerajaan yang mentadbir negara ku yang tercinta
Alhamdulillah diberi kesempatan menikmati segalanya.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, tetapkanlah iman kami yang senipis kulit bawang ini. Ya Allah lindungilah semua umat Islam yang teraniaya dan dizalimi walau dimana berada.
Semoga kami hamba yang lemah, hina dina ini terus istiqamah memohon dan berharap rahmat dan lindungan Mu Ya Allah.
Amin Ya Rabbil 'alamin.
Showing posts with label Ankara Turki. Show all posts
Showing posts with label Ankara Turki. Show all posts
28 May 2018
26 May 2018
Baharu
Salam,
Pada hari Rabu, 9.5.2018 Pilihanraya Umum ke 14 telah diadakan di Malaysia. Disini kami mengikuti perkembangan pengundian dan keputusan dengan sabar dalam debar. Memandangkan waktu Ankara lewat 5 jam , kami dapat mengikuti dan mengetahui keputusan PRU14 hingga diumumkan kerajaan baharu.
Kerajaan Parti Barisan Nasional telah tumbang ditangan Parti Pakatan Harapan. Satu Sejarah Malaysia telah tercipta. Sejujurnya aku terkesima apabila mengetahui keputusan tersebut. Aku dilahirkan dan membesar dibawah pimpinan kerajaan BN yang telah berusia 61 tahun. Dengan beberapa masalah dalaman, penafian skandal 1MDB yang melibatkan negara luar, menyebabkan hilangnya kepercayaan majoriti rakyat Malaysia kepada pemerintahan BN. Tidak telus dalam menyiarkan berita seolah-olah memperbodohkan rakyat. Dengan teknologi maklumat hari ini sebarang berita boleh tersebar dalam sesaat. Tidak kira berita itu benar atau palsu. Kebangkitan rakyat menyaksikan tumbangnya kerajaan BN. Kerajaan PH mengambil alih dengan di ketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Meskipun telah berusia 92 tahun belia masih lagi mampu untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa PH merupakan kerajaan yang layak untuk memerintah Malaysia dan menangani segala kemelut dalam yang dihadapi oleh Malaysia dibawah kerajaan BN.
Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengangangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 pada 10.5.2018 pada pukul 10 malam di hadapan Agong di Istana Negara. Ini merupakan sejarah bagi seorang Perdana Menteri Tertua yang dipilih melalui undian rakyat dalam pilihan raya secara demokrasi. Sejarah juga untuk Nina yang pertama kali mengundi dan menjadi pengundi di Putrajaya. Semoga kerajaan yang dipilih berjaya menyelesaikan segala masalah rakyat dan memerintah dengan adil dan saksama. alhamdulillah peralihan kuasa berjalan dengan aman.
Perancangan Allah tiada yang kebetulan. Semuanya pasti. Cuma, dengan kedangkalan akal kita sebagai hamba untuk memikirkan sama ada ini teguran daripada Allah untuk kita sebagai umat Islam. Semoga kita semua sentiasa ditunjuki jalan yang benar dan sentiasa dalam limpah dan rahmahNYA.
Malaysia, tanah air yang kucintai, semoga sentiasa didalam limpah rahmat Allah SWT.
Ramadhan 2018/1439H
Assalamualaikum,
Sabtu 26.5.2018, hari ke 11 kami berpuasa. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah, kami masih diberi kesempatan menikmati Ramadhan pada tahun ini. Berpuasa kali kedua di bumi Ankara. Pada tahun ini kami berpuasa di musim bunga. Cuaca yang tidak terlalu panas. Meskipun kami berpuasa hampir 17 jam sedikit pun tidak terasa. Itulah mukjizat Ramadhan. Allahuakbar!
Nun jauh di Putrajaya 8,003km, Nina dan Adam dapat bersama menunaikan ibadat puasa. Bertapa leganya hati ini apabila disaat akhir Adam dikhabarkan berjaya menjalani latihan praktikal di Petronas Kuala Lumpur. Gembira hati tidak dapat digambarkan apabila mengenangkan dua beradik dapat bersama-sama selama 3 bulan.Syurkur Ya Allah dengan nikmat yang Engkau berikan kepada keluarga kecil kami.
30 September 2017
Eh awak!
Salam,
Bak mai aku nak cerita sikit pasai mulut. Banyak perumpamaan pasai mulut ni. Ada kata mulut tempayan, ada kata mulut longkang. Pokoknya banyak yang negatif pasai mulut ni. Orang dulu-dulu dah buat perumpamaan, kerana mulut badan binasa. Mulut juga yang menyebarkan fitnah. mulut juga yang suka mengumpat. Peringatan bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri yang selalu alpa. Ringan aje mulut berkata sesuatu yang tidak perlu, jauh sekali berfaedah. Islam galakkan kitabercakap apa yang perlu. selebihnya banyakkan berzikir dan mengingati Allah.
Bak mai aku nak cerita sikit pasai mulut. Banyak perumpamaan pasai mulut ni. Ada kata mulut tempayan, ada kata mulut longkang. Pokoknya banyak yang negatif pasai mulut ni. Orang dulu-dulu dah buat perumpamaan, kerana mulut badan binasa. Mulut juga yang menyebarkan fitnah. mulut juga yang suka mengumpat. Peringatan bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri yang selalu alpa. Ringan aje mulut berkata sesuatu yang tidak perlu, jauh sekali berfaedah. Islam galakkan kitabercakap apa yang perlu. selebihnya banyakkan berzikir dan mengingati Allah.
31 August 2017
Budaya
Salam,
Pada hari ini 5.7.2017, aku mendapat jemputan perkahwinan anak perempuan kepada seorang kenamaan Turki. Majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di Ankara iaitu JWW Marriot. Apa yang ingin aku kongsi ialah cara resepsi yang diadakan. Majlis resepsi perkahwinan di sini, hidangan untuk tetamu yang hadir hanyalah makanan ringan seperti bebola daging, sandwich , manisan, kekacang, kerepek dan minuman sejuk serta panas. Jika dilihat secara mata kasar mereka tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir. Tempat duduk pun tidak disediakan, majlis hanya berdiri dan menggunakan meja coktail sahaja. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang disediakan kerusi yang sederhana.
Korban Bayram !438/2017 Ankara
Salam,
Korban Bayram kutlu olsun. Alhamdulillah kami diberi peluang oleh Allah SWT menyambut Hari Raya Korban di bumi Ankara buat kali kedua.
Selamat Hari Raya Korban @ Aidiladha daripada kami berdua di Ankara untuk semua anak-anak, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan siber. Semoga ibadat korban kita diterima olehNYA.
01 July 2017
Heat wave from North Africa arrives in Turkey
DAILY SABAH WITH ANADOLU AGENCY ISTANBUL
PublishedJune 28, 2017
Starting tomorrow until next week, Turkey will be in the grip of a hot weather front from Africa that will result in temperatures reaching almost 40 degrees
A new hot weather front arriving in Turkey tomorrow will cause temperatures to increase to almost 10 degrees Celsius above seasonal norm across the country.
The Meteorological Institute said it expects temperature increases to range between 6 and 10 degrees Celsius. It noted that during the month of Ramadan, which ended last Friday, temperatures were at or even below seasonal averages, and were 3 C to 6 C above norms during the subsequent Ramadan Holiday, which ended Tuesday.
It added that the latest analysis indicates a dramatic increase in temperatures starting tomorrow, with already increasing heat bolstered by a warm weather front arriving from North Africa. Expected temperatures in several major cities over the weekend include Ankara and Bursa at 40 C; Istanbul, İzmir and Adana at 37 C; Samsun and Trabzon at 32 C; Edirne and Antalya at 42 C; Diyarbakır at 43 C and Şanlıurfa and Aydın at 45 C.
The heat wave will last until Monday in the west of the country while its effects will linger until Wednesday in the east.
Officials have warned the young and elderly to stay outdoors between 10 a.m. and 4 p.m., and said they should make sure they have enough water with them.
Şanliurfa already feeling the heatOne of the hottest provinces in the country is feeling the heat even before the coming heat wave, with temperatures reaching 41 degrees Celsius yesterday. One public thermometer showed the temperature at 60 degrees Celsius in the Siverek municipality of Şanliurfa. While the thermometer was obviously defective, it reflected how the province felt in the heat.
Mustafa Yalgı, who is on a brief visit from Istanbul, said people in Şanlıurfa usually stay indoors during the day and only go outside after sunset. "I perspire even in the shade. There is no escaping the heat. We constantly drink water because we lose so much of it. May God help us."
Supermarket owner Mehmet Sarı said the only way to preserve the fruit and vegetables in such heat is to keep them air-conditioned. "I keep them right in front of the air-conditioner. No one shops during the day. And we need to get rid of fruits and vegetables at the end of every day. We hope normal weather will soon return."
People flock to pools, beaches
On the western Aegean coast of the country, people escaping the heat have two options: pools and beaches. In İzmir, where temperatures reached 40 degrees Celsius, those who did not travel to the resort towns an hour away flooded the public pools. One water park in Balçova saw 6,000 entries in two days.
Forest fire warning
The Meteorology Institute issued a warning yesterday about the coming heat wave and the increased risk of forest fires, especially in the coastal regions of the Aegean and Mediterranean. With the heat wave and a drop in humidity, the institute warned the risk of forest fires in the region increased considerably. As temperatures increase to between 40 C and 45 C in the region and humidity drops to 20 percent, the institute warned residents and visitors to be careful and be on the lookout for possible fires.
The Meteorology Institute issued a warning yesterday about the coming heat wave and the increased risk of forest fires, especially in the coastal regions of the Aegean and Mediterranean. With the heat wave and a drop in humidity, the institute warned the risk of forest fires in the region increased considerably. As temperatures increase to between 40 C and 45 C in the region and humidity drops to 20 percent, the institute warned residents and visitors to be careful and be on the lookout for possible fires.
Reported by Daily Sabah. DAILY SABAH WITH ANADOLU AGENCY
ISTANBUL
PublishedJune 28, 2017
28 June 2017
Empat Syawal 1438H
Diam tak diam hari ini telah masuk 4 Syawal 1438 bersamaan Rabu 28 Jun 2017. Sekejab sangat. Memandangkan kami disini tidak ada tempat untuk berziarah raya dan tidak ada cadangan untuk bercuti kemana-mana , kami berdua ambik keputusan untuk berpuasa enam bermula semalam. Jika tiada apa-apa aktiviti yang melibatkan jamuan yang wajib dihadiri, insya Allah akan berpuasa secara terus enam hari. Yang harus boleh ditolak, memandangkan ibadat sunat ini lebih penting. Mudahkan.
Aku bersyukur sangat, pertama kali beraya tanpa Nina dan Adam, orang Istanbul sudi datang dan bermalam di rumah. Dengan kehadiran mereka dua keluarga bersama anak-anak , benar-benar mengisi ruang kosong di rumah kami. Alhamdulillah. Mereka datang bukan saja membawa diri tetapi dengan juadah raya sekali. Adat amalan hidup di perantauan. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Hari terakhir bulan Ramadan pada tahun ini 1438H, menu berbuka puasa sangat ringkas iaitu Nasi Ayam, bihun goreng dan sup gearbox. Cadangan menu ringkas pada malam itu kerana kami ibu-ibu akan menyediakan juadah untuk hari raya keesokkan harinya. Menu raya kami ialah, nasi minyak, dalca, acar mentah,pulut kuning, rendang ayam dan daging, ayam masak merah, nasi impit dan kuah kacang, soto ayam dengan bihun, nasi impit dan spahgetti, lotong, sop gearbox. Itu makanan utama. Penyediaan makanan dibuat secara gotong-royong dan potluck. Disamping itu ada yang membawa kek, rempeyek, biskut dan lain-lain kudapan. Sungguh banyak makanan dan meriah.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam perjalanan majlis.Ini merupakan projek sulung sambutan raya disini. Insya Allah melalui pengalaman pertama sambutan akan datang boleh diperkemaskan lagi dari segi program dan pengurusannya. Insya Allah. Moga segala usaha murni ini diberkati olehNya.
25 June 2017
1 Syawal 1438H Ankara
Salam,
Hari ini Ahad 25.6.2017 bersamaan 1 Syawal 1438 H , Hari Raya Aidilfitri di bumi Ankara. Alhamdulillah settelah berpuasa selama 29 hari kami menyambut hari kemenangan bersama-sama sebahagian pelajar dan rakyat Malaysia yang berada Turki. Walaupun bilangan kurang dari 100 orang tapi sambutan meriah. Walaupun penat tapi berbaloi. Semuanya memberi kerjasama yang padu. para pelajar bersedia membantu tanpa apa-apa ganjaran. Apa yang mereka dapat hanyalah kegembiraan bersama-sama menyambut lebaran di perantauan.
Ramadan hari kedua puluh sembilan Ankara
Salam,
Hari ini Sabtu 24.6.2017 bersamaan 29 Ramadan 1438H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan waktu Maghrib pada pukul 8.29 malam. Hari ini hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Esok, 1 Syawal 1438H, hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfiti, orang Malaysia yang bekerja di Istanbul bercadang untuk turun ke Ankara untuk meraikan hari raya bersama-sama. Bukan datang sebagai tetamu tetapi sebagai keluarga yang balik kampung untuk beraya bersama-besama. Memang saya teruja, kebetulan mereka menyatakan hasrat untuk bermalam di rumah kami. Hati saya sedikit gembira memandangkan ini kali pertama kami beraya berasingan , Nina di Malaysia dan Adam di Indiana.
Pada hari sabtu dari pagi menyediakan juadah untuk berbuka, menunya ringkas Nasi Ayam sahaja kerana pada sebelah malam selepas berbuka kami perlu menyediakan juadah untuk Hari Raya. Memang sangat meletihkan namaun ada rasa ria dihati. itulah indahnya hidup diperantauan apabila silaturahim diberi keutamaan.
Hari ini Sabtu 24.6.2017 bersamaan 29 Ramadan 1438H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan waktu Maghrib pada pukul 8.29 malam. Hari ini hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Esok, 1 Syawal 1438H, hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfiti, orang Malaysia yang bekerja di Istanbul bercadang untuk turun ke Ankara untuk meraikan hari raya bersama-sama. Bukan datang sebagai tetamu tetapi sebagai keluarga yang balik kampung untuk beraya bersama-besama. Memang saya teruja, kebetulan mereka menyatakan hasrat untuk bermalam di rumah kami. Hati saya sedikit gembira memandangkan ini kali pertama kami beraya berasingan , Nina di Malaysia dan Adam di Indiana.
Pada hari sabtu dari pagi menyediakan juadah untuk berbuka, menunya ringkas Nasi Ayam sahaja kerana pada sebelah malam selepas berbuka kami perlu menyediakan juadah untuk Hari Raya. Memang sangat meletihkan namaun ada rasa ria dihati. itulah indahnya hidup diperantauan apabila silaturahim diberi keutamaan.
23 June 2017
Ramadan hari kedua puluh lapan Ankara
Salam,
Hari ini 23.6.2017, hari Jumaat al-mubarakah penghulu segala hari, Jumaat terakhir pada bulan Ramadan tahun ini iaitu bersamaan 28 Ramadan 1438H. Fajar pada pukul 3.17 pagi dan masuk waktu Maghrib pada pukul 8.29 malam. Suhu di Ankara hari ini antara 12 hingga 29 darjah . Cuaca cerah dengan matahari yang memancar-mancar sejak pagi tadi.
Dalam mengejar 10 malam terakhir masih banyak ruang kosong yang tidak terisi dengan ibadat-ibadat sunat. Bukan mudah mendisiplinkan diri bagi memastikan diri tidak alpa dalam mengingatiNYA, mengaut sebanyak mana tawaran yang diberikan selama sebulan. Benar..hidayah hanya milikNYA. Moga-moga segala amalan yang dilakukan dari bermula Ramadan hingga kehari ini diterima dan diredhai olehNya. Kita hendaklah bersangka baik kepadaNYA.
Tanggal 28 Ramadan, perginya ayahbonda mertua secara serentak di Madinah Munawwarah bersama 14 orang lagi jemaah umrah yang terlibat didalam kemalangan maut yang mengorbankan semua jemaah umrah seramai 16 orang. Jika dilihat secara zahirnya, pemergian mereka didalam bulan Ramadan, 10 hari terakhir yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam, dengan niat menrjakan ibadat umrah, didalam niat dan pakaian ihram menuju ke rumah Allah Baitullah. Kawasan kemalangan yang masih lagi didalam lingkungan Madinah, mereka semua disemadikan diperkuburan Baqi'. Allahu akbar!! Apalagi yang hendak difikirkan. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui Segala-galanya.
Ya, kami kehilangan keduanyanya secara serentak, pemergiannya akibat daripada kemalangan, tetapi jika difikirkan itu hanyalah cara penyebab kematiannya. Segala-galanya ditakdirkan oleh Allah Taala yang ramai orang impikan, pergi didalam ibadat semata-mata kerana Allah SWT. Al-Fatihah. Insya Allah muga kami bertemu semula disana, di taman-taman syurga . Amin.
22 June 2017
Ramadan hari kedua puluh tujuh Ankara
Salam,
Hari ini Khamis 22.6.2017 bersamaan dengan 27 Ramadan 1438 H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.29 malam. Cuaca mendung dengan suhu antara 13 hingga 27 darjah. Syukur kepadaMu ya Allah, memberi kemudahan nikmat cuaca yang sangat selesa untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanakah untuk tidak bersyukur lagi dengan segala kurniaan ini.
Meskipun hari ini keluar untuk mebeli barang-barang persiapan berbuka untuk hari terakhir Ramadan dan sambutan Aidilfitri, sedikitpun tidak terasa penat, lapar dan dahaga.
21 June 2017
Ramadan hari kedua puluh enam Ankara
Salam,
Hari ini Rabu 21.6.2017 bersamaan 26 Ramadan 1438 H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan maghrib pada pukul 8.29 malam. Suhu hari ini antara 11- 24 darjah. Cuaca hari ini mendung dan hujan renyai sekali sekala. Sejak Isnin lalu cuaca begini. Bagi yang berpuasa cuaca begini sangat menyenangkan.
Ramadan yang diikuti jadual yang penuh tidak terasa berlalu terlalu pantas. Ada hajat yang masih tidak kesampaian. Insya Allah dengan hari yang masih berbaki akan diusahakan sedaya mungkin.
20 June 2017
Ramadan hari kedua puluh lima Ankara
Salam,
Hari ini Selasa 20.6.2017 bersamaan 25 Ramadan 1438H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan maghrib pada pukul 8.28 malam. Suhu di Ankara hari ini antara 10 hingga 22 darjah. Sejak semalam mendung dan kadang-kadang hujan. Pada sebelah tengah hari semalam hujan agak lebat. Cuaca pagi ini mendung, redup dan matahari seakan-akan malas nak keluar. Mungkinkah malam tadi malam lailatul qadar. Allahuaklam.
Hari ini Selasa 20.6.2017 bersamaan 25 Ramadan 1438H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan maghrib pada pukul 8.28 malam. Suhu di Ankara hari ini antara 10 hingga 22 darjah. Sejak semalam mendung dan kadang-kadang hujan. Pada sebelah tengah hari semalam hujan agak lebat. Cuaca pagi ini mendung, redup dan matahari seakan-akan malas nak keluar. Mungkinkah malam tadi malam lailatul qadar. Allahuaklam.
19 June 2017
Ramadan hari kedua puluh empat Ankara
Salam,
Hari ini Isnin 19.6.2017 bersamaan 24 Ramadan 1438 H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib 8.28 malam. Sejak malam tadi hujan. Cuaca pagi ini mendung dan hujan renyai-renyai dengan suhu antara 11 hingga 22 darjah.
Masuk sepuluh hari terakhir Ramadan ini terasa cepat mengantuk dan tidur dengan lena tanpa terjaga ditengah malam. bangun untuk sahur pun dengan keadaan penat dan mengantuk. Ini semua dugaan penghujung Ramadan. Lagi berniat untuk lebih beribadat di hari-hari terakhir ini, lagi berat hati dan badan untuk melakukannya.
18 June 2017
Ramadan hari kedua puluh dua Ankara
Salam,
Hari ini Sabtu 17.6.2017 bersamaan 22 Ramadan 1438. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.27 malam. Suhu hari ini antara 12 hingga 29 darjah. Sebelah petang agak terik.
Berkira-kira dengan persiapan iftar dan raya. Membeli 12 ekor ayam untuk persiapan Iftar Jamaie terakhir pada tahun ini yang jatuh pada hari Sabtu 24.6.2017. Semoga segala persiapan berjalan lancar dengan kudrat yang terhad. Moga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan untuk niat yang murni ini.Amin.
16 June 2017
Ramadan hari kedua puluh satu Ankara
Salam,
Hari ini 16.6.2017 Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang berkat, bersamaan hari kedua puluh satu Ramadan 1438H. Suhu hari ini antara 11 hingga 26 darjah. Tidak terlau sejuk dan tidak terlalu panas. Cuaca yang sangat sesuai untuk berpuasa yang panjang. Fajar pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.27 malam. Ramadan sudah masuk minggu terakhir. Terasa baru semalam berazam untuk meningkatkan dan memperbaiki segala ibadat wajib dan sunat . Masa berlari terlalu pantas. Benarlah sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapa, rugilah sesiapa yang tidak menggunakan masa yang ada dengan berhemah.
15 June 2017
Ramadan hari kedua puluh Ankara
Salam,
Hari ini Khamis 15.6.2017 bersamaan 20 Ramadan 1438 H. Cuaca hari ini antara 11 hingga 25 darjah. Fajar pada pukul 3.16 pagi dan masuk waktu maghrib pada pukul 8.27 malam. Hari yang tenang dan mendung. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan berpuasa hari kedua puluh. Syukur ya Rabb.
14 June 2017
Ramadan hari kesembilan belas Ankara
Salam,
Hari ini Rabu 14.6.2017 bersamaan 19 Ramadan 1438 H. Hari ini fajar pada pukul 3.16 pagi dan maghrib pada pukul 8.26 malam. Suhu sekitar 12 - 29 darjah. Alhamdulillah hari ini cuaca redup dan mendung. Begitulah rahmat dan berkat Ramadan.
Jemputan berbuka bersama isteri Datuk Bandar Ankara, Madam Nevin Gokcek di Altin Park, diikuti dengan melawat pameran kain kelambu Kaabah dan Masjid Nabawi sejak tahun 1535 hingga 1918. Begitu besar dan gah sejarah Turki ini. Jika negara Mesir sebuah muzium tinggalan Firaun, Turki pula sebuah muzium tinggalan Kesultanan Kerajaan Turki Othmaniah.
Malam tadi ada makhluk Allah yang melawat Nina di Putrajaya. Harap-harap dia hanya tumpang berteduh mencari tempat sejuk. Katanya di Malaysia cuaca sangat panas siang dan malam. Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Rabb, Nina keluar rumah pada pukul 1.30 pagi (???kenapalah tak tunggu esok ambik barang2 tu. bertuah punya anak!!) untuk mengangkat bantal dan toto yang dijemurnya pada sebelah siangnya. Mula-mula dia mengangkat bantal dan dia ternampak benda hitam yang panjang. Setelah masuk kerumah Nina membuka lampu dan baru perasan itu ular. Sebab takut dan panik . Nasib baik bomba masih boleh datang ke rumah walaupun sudah pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat. Mungkin ular ni mencari tempat sejuk, sebab itu sedap dan selesa cik ular ni melingkar di atas tiles depan pintu rumah. Sama-sama makhluk Allah.
13 June 2017
Ramadan hari ketujuh belas Ankara
Salam,
Hari ini Isnin 12.6.2017 bersamaan 17 Ramadan 1438. Hari nuzul al-Quran. Suhu 14- 27 darjah. Cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk. Waktu fajar pada pukul 3.16 pagi dan waktu maghrib pada pukul 8.25 malam. Berbuka sendirian mudah dan ringkas. Air dan kurma sudah memadai.
Hari ini Isnin 12.6.2017 bersamaan 17 Ramadan 1438. Hari nuzul al-Quran. Suhu 14- 27 darjah. Cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk. Waktu fajar pada pukul 3.16 pagi dan waktu maghrib pada pukul 8.25 malam. Berbuka sendirian mudah dan ringkas. Air dan kurma sudah memadai.
Subscribe to:
Comments (Atom)


















