22 June 2017
Ramadan hari kedua puluh tujuh Ankara
Salam,
Hari ini Khamis 22.6.2017 bersamaan dengan 27 Ramadan 1438 H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.29 malam. Cuaca mendung dengan suhu antara 13 hingga 27 darjah. Syukur kepadaMu ya Allah, memberi kemudahan nikmat cuaca yang sangat selesa untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanakah untuk tidak bersyukur lagi dengan segala kurniaan ini.
Meskipun hari ini keluar untuk mebeli barang-barang persiapan berbuka untuk hari terakhir Ramadan dan sambutan Aidilfitri, sedikitpun tidak terasa penat, lapar dan dahaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment