29 January 2010

Sabar

Salam,

Saya selalu hilang sabar. Kepala saya selalu pening, apabila saya mendongak keatas ingin mengambil suatu benda ditempat yang tinggi, kepala terus berpusing-pusing, jika tidak dikawal boleh tumbang dan pitam. Dada saya cepat berdebar2 dan mata sebelah kiri yang ada tanda hitam sebesar titik dakwat menganggu penglihatan. Buat saya bertambah tidak selesa apabila ada pula jaluran rerambut didalam mata sebelah kiri. Ini semua membuat saya rimas.

Saya banyak merehatkan diri apabila tinggal seorang diri di rumah. Selalu bermain difikiran saya, perasaan takut. Takut pengsan sorang-sorang. Takut mati sorang-sorang. Takut macam-macam.

26 January 2010

Terima Kasih Kawan

Salam,

Terima kasih daun keladi Fat. Semoga terus berkarya dan memeriahkan dunia penulisan tanah air.

11 January 2010

Tahun Baru 2010



Semoga keakraban, kemesraan tali kekeluargaan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Salam,

Cepatnya masa berlalu. Tahun baru 2010 kami di Putrajaya. Langsung terlupa pasal tahun baru dek kerana seronoknya dapat berehat-rehat di rumah sendiri sambil makan2 yang tak berkesudahan. Sedar tak sedar ada siaran langsung menyambut tahun baru di TV3 dan TV 2. Tiada langsung rasa bertukar tahun, dalam kepala asyik menghitung saki baki hari kami di Putrajaya. Rezeki kami nun jauh disana .

Hanya Allah SWT yang mengetahui dan menentukan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga. Amin.