31 December 2010

Selamat Tahun Baru 2011



Salam,

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga kita menjadi insan dan manusia yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga,agama, bangsa dan negara.

30 December 2010

Sejuk III






Salam,

Dulu saya pernah menerima e-mail yang memaparkan gambar-gambar pokok ais atau beku. Jika tidak silap saya keadaan pokok ais itu berlaku di China. Tidak sangka pula saya dapat melihat pokok ais yang asli bukan pokok ais ukiran.

Keadaan musim sejuk kali ini agak berlainan. Jika dua tahun lepas kekurangan salji, tahun ini pula salji turun tiada hentinya dan diselang seli dengan hujan. Apabila hujan turun dalam keadaan suhu bawah paras beku , maka terbentuklah pokok-pokok ais semulajadi. Jika dilihat dengan mata kasar pemandangan ini memanglah cantik tetapi dari segi keselamatan ia merbahaya. Pokok-pokok ais ini sangat rapuh dan boleh patah pada bila-bila masa. Taman dibelakang bangunan kami tinggal ini terpaksa ditutup kerana dibimbangi dahan-dahan ais akan patah tanpa boleh dijangka.

22 December 2010

Sejuk II




Salam,

Musim sejuk datang dan pergi, namun tiada yang menarik perhatian kamilagi. Betullah kata orang sejuk salji dinegara orang tidak dapat megubat panas berpeluh dinegara sendiri. Sebenarnya banyak sangat tempat-tempat yang belum kami lawati di Moscow ini. Dua tahun disini kami banyak menghabiskan masa dirumah sahaja.Entah apa yang mengekang kami untuk keluar melihat dunia diluar sana.

08 December 2010

Shasha

Salam,

Shasha selalu mengintai2 ditepi tingkap kalau-kalau ada teman dibawah sana.
Kadang-kadang saya tidak sampai hati melihat keadaan Shasha yang gelisah dan mengiau-ngiau minta dilepaskan kebawah. Shasha dah jadi kucing dewasa sekarang, dah tidak betah duduk di rumah, keinginan untuk berteman dan menanda kawasannya sendiri semakin menjadi-jadi.



07 December 2010

Salam Maal Hijrah/1 Muharram 1432/ 7 Disember 2010



Salam Maal Hijrah

Kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan maya yang dikenali dan tidak dikenali yang singgah di rumah siber ini dengan sengaja atau tidak sengaja kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432. Moga-moga tahun baru ini kita akan menjadi hamba yang lebih taat dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah Taala dan menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

Salam

06 December 2010

Sejuk


Helang kesejukkan, tumpang berehat di anjung tingkap.

Salam,

Musim sejuk tiba lagi. Minggu lepas pada 1 Disember 2010 suhu jatuh sehingga -24 darjah celcius bawah paras beku.Menurut ramalan yang diberi suhu pada hari itu sekitar -18 hingga -20 tetapi hakikatnya diluar suhu jatuh sehingga -24. Minggu ini kembali kepada suhu normal antara 0-13 darjah celcius bawah paras beku.
Kebetulan pada 1 Disember saya dan beberapa orang kawan telah ditugaskan pergi ke pasar terbuka untuk membeli sedikit cenderamata. Kami dah bersedia dengan pakaian yang berlapis-lapis tetapi masih tidak cukup tebal untuk menahan kesejukkan -24 darjah.

Pengajarannya, menahan sejuk yang terlampau bukan dengan pakainan yang tebal berlapis-lapis tetapi mesti memakai jenis kain yang sesuai dengan tahap kesejukkan. Jangan ambil mudah dengan suhu yang sejuk kerana gigitannya sangat berbisa dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan diri kita.
Teringat kata-kata orang Sweden,"There is no bad weather, just bad clothes,"