19 May 2010

Cukup-cukuplah


Catherine's Palace, Saint Petersburg Russia

Salam,

13 tahun menyiksa diri. Cukup-cukuplah. Kesedaran ada,kemahuan ada tetapi keupayaan melawan kehendak yang tiada, bukan tiada tetapi tidak cukup kuat. Aku rasa semakin lama dibiarkan tabiat ini semakin tebal kemalasan, semakin tebal kemalasan semakin rendah rasa harga diri.

Sayangi diri dan jiwa anda,kebahagiaan jiwa anda dapat memberi kebahagiaan kepada diri dan orang-orang yang anda sayangi disekeliling anda.

Cukup-cukuplah menyiksa diri sendiri.

Diam 2


Masjid Biru di Saint Petersburg.Merupakan masjid kedua terbesar di Russia selepas Masjid Biru di Kazan.

Salam,

Mengambil sikap diam ini, perlu kesabaran yang tinggi. Mendidik hati sendiri sangat susah. Banyak godaan dan cubaan.

11 May 2010

V-Day

Salam,

Menumpang semangat patriotik warga Russia menyambut ulang tahun ke 65 tahun Hari Kemenangan menentang Nazi. Sejumlah 27 juta jiwa terkorban mempertahankan kedaulatan negara mereka. Tidak hairanlah kenapa orang Russia sentiasa merasa curiga terhadap orang luar.






07 May 2010

Baik hati @ Hati baik

Salam,

Ada beza tak baik hati dan hati baik?


Pesan Berpesan


Salam,

Saya menerima artikel ni melalui e-mail yang dikirim oleh Cik Evi, rasanya elok saya berkogsi dengan rakan-rakan cyber yang lain. Pesan berpesan untuk kebaikan bersama.

Nabi SAW bersabda, bermaksud:

'Tiga hal yang merupakan sumber segala dosa,
1.Berhati-hati terhadap keangkuhan, karena keangkuhan menjadikan iblis enggan bersujud kepada Adam,.
2.Berhati-hati terhadap tamak (rakus), karena ketamakkan menghantar Adam memakan buah terlarang,
3.Berhati-hatilah terhadap iri hati, karena kedua anak Adam (Qabil dan Habil) salah seorang di antaranya membunuh saudaranya akibat dorongan iri hati."
(HR Ibn Asakir melalui Ibn Mas'ud).


Ingat:

1. Jiwa manusia diliputi oleh sifat takabur pada saat kita memiliki kelebihan, baik berupa ilmu pengetahuan, harta benda, ataupun pangkat. Dalam keadaan seperti ini, syaitan tidak akan tinggal diam, dia akan membisikkan dan memasang perangkap untuk menjerumuskan manusia dengan melakukan tindakan yang tidak terpuji. Seperti, mencela, menghina, dan merendahkan orang lain.

2. Sifat tamak (rakus) manusia dalam mempertahankan apa yang sedang dalam genggamannya, baik berupa harta, kekuasaan, ataupun kedudukan. Takut apa yang dimiliki terlepas ketangan orang lain. Ia tidak pernah merasa cukup dan tidak pernah bersyukur atas apa yang diperolehnya.

3. Hasad dengki dan iri hati (ini sinonim dengan sifat orang Melayu kita, dan semakin menjadi2 sejak kebelakangan ini)
Dengki atau iri hati adalah perasaan tidak rela atau tidak suka melihat orang lain mendapatkan kebaikan atau kenikmatan. Orang begini tidak senang melihat orang lain berjaya, pintar, hidup bahagia,disukai ramai, lebih gaya dan lebih kaya darinya. Hasad dengki menghapuskan kebaikan yang pernah kita lakukan.


Rasulullah SAW selalu mengingatkan kepada kita untuk menjauhi tiga hal(TAKKABUR, TAMAK dan DENGKI /IRI HATI) yang menyebabkan manusia terjerumus dalam tipu daya syaitan ini.

06 May 2010

Perpisahan



Abang Adam n Farhah

Kak Nina n Farhah

Salam,

Malam terakhir Nina dan Adam bersama-sama Farhah dan keluarga di Moscow. Nina yang paling suka sangat melayan Farhah ni.

Adam



Setelah tamat persembahan = Terima kasih cikgu2. Ms Glyn Williams dan Dr Williams


Adam = Goliath


Salam,

Pada hari Selasa 4 Mei, kami berpeluang untuk melihat persembahan Drama David and Goliath. Drama ini ialah projek untuk subjek drama bagi tahun 8.

Jika di Malaysia untuk sekolah menengah kerajaan, matapelajaran Drama tidak dijadikan sebagai satu subjek tetapi dimasukkan dibawah kokurikulum . Mungkin dinegara kita seni persembahan tidak menjadi tarikan utama sebagai kerjaya, oleh itu ia tidak menjadi subjek utama diperingkat sekolah, pengkhususan hanya ditawarkan ketika belajar di kolej atau universiti.

Di sekolah antarabangsa, sama ada kurikulum Amerika atau British, subjek drama wajib diambil oleh setiap pelajar diperingkat sekolah menengah.

Kriteria yang dinilai ialah persiapan latar, penghayatan lakonan, kerjasama dalam kumpulan dan kesungguhan. Jika terdapat ahli dalam kumpulan yang tidak bersungguh2 atau tidak serius , semua ahli kumpulan akan mendapat markah yang rendah. Oleh itu semua ahli kumpulan mesti bekerja keras.

Drama yang dipersembahkan oleh Adam dan kelasnya dikira sebagai berjaya dan akan dipersembahkan di tiga buah sekolah antarabangsa yang terdapat di Moscow.

02 May 2010

Krisis


Salam,

Krisis diri. Semakin meningkat usia semakin hebat krisis diri melanda. Tidak perlu dijemput,dia datang dengan sendiri. Berbagai pertanyaan timbul didalam hati. Paling sering pertanyaan Bila akan mati? takut mati? sempat ke bertaubat?