18 April 2007

Renungan : Merdeka! Merdeka ! 50 tahun

Perlu syukur nikmat kemerdekaan
18-04-2007 11:00:06 AM
Oleh Melati Mohd Ariff

MELAKA: Sebut sahaja perkataan merdeka, airmatanya bergenang. Suaranya bergetar. Jelas ada semacam hiba dan duka tersemat di dalam hati pejuang kemerdekaan yang semakin lanjut usia ini.Ketika negara ini merdeka hampir 50 tahun lalu, Datuk Wira Borhan Md Yaman berusia kira-kira 28 tahun. Darah muda yang mengalir di tubuhnya ketika itu menjadikan semangat juangnya untuk melihat tanah airnya bebas daripada cengkaman penjajah meluapluap.Meskipun tidak pernah bergelar Yang Berhormat (wakil rakyat), bagi diri Borhan, setiap detik usia yang dihabiskan untuk perjuangan memerdekakan bumi tercinta ini tidak minta dibayar dengan pangkat atau kedudukan."Kita berjuang dulu bukan nak jadi orang besar, bukan nak jadi orang kaya dan sebagainya tetapi kita nak perjuang dan membela kemerdekaan bangsa. Kita nak membina bangsa dan negara yang kita cintai ini," demikian kata Borhan, nadanya perlahan tetapi tegas ketika diwawancara di kediamannya yang serba sederhana di Klebang Besar di sini barubaru ini.Kalau hendak diikutkan Borhan telah merasa pelbagai rencam keperitan hidup semasa British berkuasa, kedatangan tentera Jepun, keganasan "Bintang Tiga" (komunis) dan semasa darurat (1948-1960).
KISAH SEMASA KECILDilahirkan di Kampung Lubuk Redan, Kuala Sungai Baru, Melaka pada 7 April 1929, ayah Borhan menyara keluarganya dengan menanam padi dan menoreh getah.Di sebalik kemiskinan yang menghimpit kehidupan keluarganya, ayah Borhan sentiasa menekankan pentingnya pelajaran dan disiplin diri kepada anakanaknya.Borhan berjaya masuk ke darjah enam pada penghujung 1941 tetapi dia hanya sempat belajar selama dua bulan apabila Jepun menyerang Malaya.Borhan meneruskan persekolahan pada awal Januari 1946 apabila British kembali ke Malaya. Pada penghujung tahun yang sama, beliau menduduki peperiksaan untuk menjadi guru pelatih dengan gaji kira-kira RM15 sebulan. Ketika itu usianya sudah menjangkau 17 tahun.Borhan gigih mendidik anak bangsa. Beliau mengajar di beberapa buah sekolah di Melaka sebelum dilantik sebagai pengelola pelajaran dewasa negeri Melaka oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 21 Julai 1964. Pada 1970, beliau dilantik menjadi pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka dan beliau memegang jawatan itu sehingga 31 Disember 1974.Beliau kembali bertugas sebagai pendidik pada 1 Januari 1974 sehingga 6 April 1984 di Sekolah Henry Gurney (2) di Bandar Hilir.
PEMBABITAN DALAM POLITIK TANAH AIRPembabitan Borhan dalam senario politik tanah air khususnya dalam Umno bermula apabila beliau menjadi ahli Umno cawangan Bandar Melaka pada 1951. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.Potensi beliau sebagai pemimpin terserlah dengan perlantikannya sebagai anggota jawatankuasa pemuda Umno Melaka. Pada 1954 beliau dipilih menjadi penolong setiausaha pemuda Umno Melaka.Kerjaya politiknya dalam Umno Melaka terus berkembang apabila beliau dilantik ke Jawatankuasa Umno Negeri Melaka pada 1955 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Umno Negeri Melaka dari 1 April 1956 hingga 1 Januari 1958.Beliau terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Melaka dari 1959 hingga 1969. Di samping itu Borhan juga menganggotai Jawatankuasa Pemuda Umno Malaya selama 10 tahun iaitu dari 1961 hingga 1971.Beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Melaka pada Oktober 1969 apabila berlaku krisis "pecahan empat bahagian dalam Umno Melaka".Ketika menjadi Ahli Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Bahasa Kebangsaan pada 1962 sebagai mewakili Umno, beliau memainkan peranan penting dalam menukar nama-nama jalan di Bandar Melaka dengan namanama tempatan. Antaranya ialah "Wolfarstorn Road" kepada Jalan Bendahara, "Main Road" dan "Great Eastern Road" kepada Jalan Temenggung, "River Side Road" kepada Jalan Laksamana, "Buona Vista Road" kepada Jalan Hang Tuah dan "First Cross Street" kepada Jalan Hang Jebat.
BESARNYA MAKNA KEMERDEKAANSebagai pejuang kemerdekaan, Borhan semestinya merasa puas kerana dapat menyaksikan dua peristiwa penting detik tanah air tercintanya merdeka. Pertamanya ialah upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu di Padang Kelab Selangor pada pukul 12 malam 30 Ogos 1957 dan keduanya upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.Borhan menghadiri keduadua majlis itu sebagai Setiausaha Umno Negeri Melaka. Menurutnya, beliau datang ke Kuala Lumpur menaiki teksi bersama isterinya, Datin Hajjah Maimunah (meninggal dunia pada 17 April 2005), serta bendahari Umno Melaka Haji Johar bin Haji Abdul Aziz dan isterinya."Semasa peristiwa menurunkan bendera, sejak pukul 8 malam orang dah mula penuh, dari seluruh negara mereka datang untuk menunggu detik yang amat bersejarah di mana satu bangsa yang dulunya dijajah dalam berapa detik lagi akan menjadi bangsa yang merdeka dan berdaulat," cerita Borhan, air matanya hampir menitis mengingatkan kembali detik yang bersejarah itu.Ada cerita yang agak lucu berlaku kepada Borhan dan isterinya selepas tamat upacara di Padang Kelab Selangor."Selepas bersoraksorak gembira, waktu itu hampir pukul 1 pagi, baru teringat nak cari tempat tidur. Semua dah penuh. Kemudian ada seorang pemuda yang memandang kepada kami dan bertanya apa yang kami cari. Dia memberitahu kami kalau sudi marilah ke pondoknya. Pondok itu terletak di kebun getah. Pemuda itu rupanya penoreh getah. Keesokan paginya, hujan turun dengan lebat pada waktu subuh. Selepas membersihkan diri di perigi, kami bertolak ke Stadium Merdeka," cerita Borhan.Menurut beliau, meskipun hujan turun rebas pada pagi pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Stadium Merdeka dibanjiri orang ramai yang berpusupusu datang untuk menyaksikan hari yang bersejarah itu.Kemerdekaan ke50 yang disambut pada 2007 ini besar maknanya bagi seorang pejuang veteran seperti Borhan."Kita menyambut jubli emas, satu peristiwa yang sangat besar kerana kita telah dewasa. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya kemerdekaan yang kita capai 50 tahun lalu kita telah kecapi segala hasil dan nikmat perjuangan kemerdekaan," tegas Borhan. BERNAMA