Showing posts with label Orang Melayu. Show all posts
Showing posts with label Orang Melayu. Show all posts

05 July 2017

Sikap Oh Sikap


Salam,

Sejak aku mengaktifkan semula FB dan dua tiga hari ini aku rajinlah pulak membelek FB. Banyak cerita dan gossip yang ada dalam FB. Dari cerita orang biasa berjangkit kepada artis dan  cerita orang luar biasa. Dari FB juga boleh hop in, hop off kepada beratus link yang bertali temali. Memang boleh jadi katak puru yang melompat kesana sini mengejar nyamuk. Bila dah waras semula baru menyesal, banyaknya masa terbuang dan terleka dengan segala macam cerita di FB. Bila aku baca komen-komen orang Malaysia atas apa saja isu yang keluar kat FB aku boleh rasa orang Malaysia ni ada satu penyakit EQ. Menakutkan bila baca komen-komen yang menggunakan bahasa yang tidak pernah didengar dan terpikir akan keluar dari fikiran seorang Melayu muslim. zaman aku dulu jika terpikir perkataan-perkataan buruk takut sangat jika terkeluar dimulut. Bukanlah kena dendan dengan rotan semambu tapi rasa malu jika itu terkeluar dari mulut sendiri. Kenapa jadi begini?? kerana pengaruh mediakah? kerana ibubapa tak ajarkah? sekolah yang sibuk mengejar gred sehingga adab dan nilai tercorot kebelakang? Sumpah seranah, maki hamun, hasad dengki menjadi mainan tulisan di FB. Apakah?

Dah bertahun aku perhatikan, suratkhabar utama berbahasa melayu sudah lama menjadi suratkhabar picisan. Berita yang tidak sepatutnya menjadi berita muka depan. Contoh, berita raba, rogol, cerai, artis gaduh, artis skandal , Bangla ditangkap , semua menjadi berita muka depan. Apa ni? Alasan untuk menaikkan ranking jualan dan menarik pembaca. Jadi..itu sajakah tahap pembacaan dan pemikiran Melayu sekarang? Satu lagi TV yang tidak lagi menjadi media pendidik. Rata-rata hiburan semata-mata.  Maharaja Lawak menjadi hiburan utama. Cara lawak yang tercerit-jerit dan terpekik-pekik dengan ayat sindiran bodoh menjadi bahan lawak yang boleh menang hadiah utama. Malangnya! Aku jadi cuak dan muak. Apakah aku ini yang terkebelakang dan masih hidup di zaman aku? Allahuaklam. Itulah kita ini, Melayu jadi bangsa pengikut tegar.


21 June 2017

Ikhlas dan Mengikhlaskan


Salam,

Perkataan ikhlas ni kita boleh jumpa dimana-mana. Ikhlas, hanya enam huruf, pendek tapi maknanya sangat besar dan mendalam. Bila disebut ikhlas maknanya kita membuat atau memberi sesuatu dengan tanpa meminta atau mengharap apa-apa balasan dalam apa jua bentuk. Sama ada balasan dalam kata-kata pujian atau habuan dalam bentuk material. Ya tidak ada! apabila kita dah katakan ikhlas. Namun dalam praktiknya sejauh mana ia dipraktikkan dalam masyarakat,  khususnya masyarakat kita Melayu. Menurut Frank Swettenham yang menulis mengenai sifat-sifat Melayu dalam bukunya Malay Sketches @ Perihal Orang Melayu, antara sifat Melayu ni, jika dia memberi atau melakukan sesuatu dia mengharapkan pulangan atau balasan. Betulkah begitu?

Pada pandangan saya betul. Saya sebagai Melayu mengakui apa yang ditulis oleh Frank Swettenham itu hampir tepat. Oleh itu marilah kita belajar dan mendidik hati kita menjadi ikhlas dan kita mengikhlaskan apa yang orang buat terhadap kita. Tidak perlu mengharap apa-apa. Noktah!. Ikutlah ajaran Islam yang menyarankan apabila kita ikhlas, seolah-olah tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu. Ikhlas, semata-mata kerana Alalh. Oleh itu hanya Allah sahaja yang tahu. Alalhukalam.


19 December 2016

Melayu oh Melayu

Salam, Tiada ertinya lagi. Semuanya sudah terang lagi bersuluh.Melayu yang merosakkan Melayu. Bahasanya, budayanya, sopannya, santunnya, adabnya, budinya, akalnya segala-galanya.

17 December 2008

Orang Melayu, Orang Asia

Salam,

Soalan-soalan yang sering ditanya kepada aku:
1. Kerja apa?
2. Diploma @ ijazah?
3. Anak berapa?
4. Dah berapa tahun kahwin?
5. Mana satu suami?
6. Suami sebagai apa?
7. Apa pekerjaan suami?
8. Dimana jumpa suami?

Semua soalan-soalan diatas memang cuak saya nak menjawabnya, lebih-lebih lagi orang yang baru pertama kali ditemui dalam majlis-majlis formal @ semi-formal.
Bila saya fikir-fikirkan semula soalan-soalan diatas selalu ditanya oleh orang Melayu dan selebihnya orang Asia yang saya jumpa.

Agaknya kenapa orang2 kita ini suka tanya perkara-perkara peribadi ya??

Dibawah ini saya copy n paste tulisan seorang rakan siber Asia yang perasan perkara yang sama berlaku dimana-mana di Asia.

"I am sorry, but honestly I am not living in the very traditional Asian world where people abruptly ask about our religion, family, age, etc., I like asking about weather. My family used to respect others who were religious.
I have many friends whom I feel very close but I even do not know their age or if they are married. It is not my business and I even am not concerned about such matters. I would rather talking about music, society, politics, etc. with my friends and colleagues.I normally communicate in English ".


Betul ke orang Melayu macam tu?