05 July 2017

Sikap Oh Sikap


Salam,

Sejak aku mengaktifkan semula FB dan dua tiga hari ini aku rajinlah pulak membelek FB. Banyak cerita dan gossip yang ada dalam FB. Dari cerita orang biasa berjangkit kepada artis dan  cerita orang luar biasa. Dari FB juga boleh hop in, hop off kepada beratus link yang bertali temali. Memang boleh jadi katak puru yang melompat kesana sini mengejar nyamuk. Bila dah waras semula baru menyesal, banyaknya masa terbuang dan terleka dengan segala macam cerita di FB. Bila aku baca komen-komen orang Malaysia atas apa saja isu yang keluar kat FB aku boleh rasa orang Malaysia ni ada satu penyakit EQ. Menakutkan bila baca komen-komen yang menggunakan bahasa yang tidak pernah didengar dan terpikir akan keluar dari fikiran seorang Melayu muslim. zaman aku dulu jika terpikir perkataan-perkataan buruk takut sangat jika terkeluar dimulut. Bukanlah kena dendan dengan rotan semambu tapi rasa malu jika itu terkeluar dari mulut sendiri. Kenapa jadi begini?? kerana pengaruh mediakah? kerana ibubapa tak ajarkah? sekolah yang sibuk mengejar gred sehingga adab dan nilai tercorot kebelakang? Sumpah seranah, maki hamun, hasad dengki menjadi mainan tulisan di FB. Apakah?

Dah bertahun aku perhatikan, suratkhabar utama berbahasa melayu sudah lama menjadi suratkhabar picisan. Berita yang tidak sepatutnya menjadi berita muka depan. Contoh, berita raba, rogol, cerai, artis gaduh, artis skandal , Bangla ditangkap , semua menjadi berita muka depan. Apa ni? Alasan untuk menaikkan ranking jualan dan menarik pembaca. Jadi..itu sajakah tahap pembacaan dan pemikiran Melayu sekarang? Satu lagi TV yang tidak lagi menjadi media pendidik. Rata-rata hiburan semata-mata.  Maharaja Lawak menjadi hiburan utama. Cara lawak yang tercerit-jerit dan terpekik-pekik dengan ayat sindiran bodoh menjadi bahan lawak yang boleh menang hadiah utama. Malangnya! Aku jadi cuak dan muak. Apakah aku ini yang terkebelakang dan masih hidup di zaman aku? Allahuaklam. Itulah kita ini, Melayu jadi bangsa pengikut tegar.


No comments:

Post a Comment