Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts
24 October 2014
New York
Salam dari New York
Sudah dua bulan setengah berhijrah ke New York tetapi separuh nyawa tinggal di Putrajaya. Tidak sabar menunggu November.
23 October 2010
15 February 2010
13 October 2009
04 September 2009
Rindu yang Sarat
Salam,
Hari ini hari ke 15 kami berpuasa. Nina dan Adam telah kembali ke sekolah. Nampaknya mereka tiada masalah berpuasa di sekolah dan hampir semua guru-guru di BISM faham murid-murid Islam berpuasa.
Apa yang mereka keliru ialah umur berapa oarang Islam wajib berpuasa. Timbul kekeliruan ini kerana terdapat murid-murid Islam daripada negara lain yang tidak berpuasa dan memberi info yang salah tentang puasa.
Alhamdulillah , anak-anak Malaysia di BISM faham erti puasa yang sebenar. Syukur kerana ajaran Islam yang kita ikuti masih dilandasan yang betul.
Dua tahun lepas, Adam begitu keliru kerana kawannya dari Kuwait, Turki dan Saudi Arabia tidak berpuasa. Lebih mengelirukan lagi kawan dari negara Turki memberitahu dia separuh Islam dan separuh Kristian. Semua ahli keluarganya makan pork and ham. Terpaksalah saya menerangkan panjang lebar.
Nina pula meminta penerangan panjang lebar kenapa orang Islam tidak boleh memegang anjing. Kawannya yang beragama Islamn bukan sahaja boleh memegang anjing bahkan memelihara anjing didalam rumah.
Kawan Nina yang bukan beragama Islam pula, beria2 meyakinkan Nina, anjingnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan bersih .
Nina pernah bertanya adakah semua kawan-kawannya yang bukan beragama Islam akan masuk neraka? Terkedu saya seketika. Akhirnya saya memberitahu serahkan semuanya kepada Allah Taala dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan.
Inilah cubaan membesarkan anak2 dinegara bukan Islam. Timbul rasa kasihan melihat Nina dan Adam kerana dugaan mereka besar. Seboleh mungkin saya cuba pendekatan terbaik untuk memberi kefahaman tentang Islam.
Saya cuba menanamkan kefahaman bahawa Islam itu agama terbaik, jika kita tidak melakukan segala ajaran yang terdapat dalam Islam bukan kerana ajaran Islam itu kolot tetapi kerana kelemahan iman kita.
Insyaalah jika kita sentiasa yakin dengan kasih sayang, rahmat dan keampunan Allah Taala kebaikan itu akan datang sendiri secara disedari atau tidak.
Semakin dekat raya semakin rindu kami kepada sanak saudara dan segala-galanya di Malaysia.
26 August 2009
Ramadhan
Salam,
Kami di Moscow mula berpuasa pada hari Jumaat 21 Ogos.
Hari ini masuk hari ke 6 kami berpuasa. Pada hari pertama berpuasa kami berbuka pada pukul 8.52 malam sementara waktu sahur habis pada pukul 4.25 pagi. Walaupun waktu berpuasa agak panjang tetapi tidak terasa lapar dan dahaga kerana cuaca mendung dan kadang kala hujan.
Sekarang ni dah penghujung musim panas.Bila masuk pertukaran musim ni, boleh dikatakan hari-hari hujan. Nampaknya kat luar tu daun2 pun dah mula nak kuning malah dah banyak yang gugur. Itu tandanya musim luruh dah nak tiba. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk 7 bulan kami disini. Rindu nak balik kampung semakin memuncak. Doa2kan kami murah rezeki.
Subscribe to:
Posts (Atom)

