03 July 2017

Selamat Tinggal


Salam,

Pada Sabtu lepas 1.7.2017 , pukul tiga setengah pagi waktu Ankara,  kami menerima whatsapp yang memberitahu Mak Cik Wan telah meninggal dunia di Hospital Serdang. Terkedu seketika. Seakan tidak percaya kerana baru saja melihat gambar-gambar yang dihantar Nina semasa perkahwinan anak sulongnya bulan Mei lepas. Benarlah..ajal kita hanya Dia yang tahu.

Keesokkannya menerima berita kematian Pak Uda Hassan Benom pula. Allahu. Satu persatu pergi meninggalkan kami. Terasa benar giliran kami semakin hampir. Pada bulan lepas juga pemergian secara mengejut PDJTB. Penyebab kematian ialah terkena serangan angin ahmar ketika menunggu solat Jumaat. Sesungguhnya itu hanyalah penyebab tetapi umur hayatnya telah ditetapkan olehNya. Aku bila, dimana dan bagaimana? berserah dan bersedia ajelah.

Jika aku fikirkan banyak juga kenangan aku bersama arwah Mak Cik Wan. Walaupun kami tidak rapat dan jarang berjumpa tetapi sesekali jumpa banyak juga cerita yang dikongsi, kami boleh gi..bila berjumpa , mungkin sebab kami sama-sama orang luar yang masuk dalam keluarga Tok Wok.
Sebagai jururawat senior banyak pengalaman yang diceritakan oleh Mak Cik Wan terutama ketika beliau bertugas di wad Diraja. Banyak juga nasihat yang beliau berikan kepada aku dalam menempuh alam perkahwinan ini terutama berkaitan dengan suami aku yang kawan sekeliling pinggang. Usikan beliau yang paling aku ingat ketika kenduri dikampung, aku masih lagi belum mengandung setelah hampir setahun berkahwin. Dengan kuat Mak Cik Wan memberitahu emak-emak sedara yang ada disitu, "...eh mari kita ajor budak berdua ni...entah pandai ketidak diaorang berdua ni..." aku pun tanpa segan silu menjawab, " alaaa..saya tak mau mabuk sorang2, bila seronok2 berdua, bila sakit pening sorang2 "..semua ketawa berderai mendengar jawapan aku. Aku dan suami duduk berjauhan, sorang di KL sorang di selatan. Memang betullah..aku dah bagitau suami yang aku tidak mahu mengandung jika masih duduk berasingan, jika sudah dapat bertukar dan tinggal bersama, baru boleh pikir hendak menambah ahli keluarga.

Semuanya telah menjadi kenangan.

No comments:

Post a Comment