16 June 2017
Ramadan hari kedua puluh satu Ankara
Salam,
Hari ini 16.6.2017 Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang berkat, bersamaan hari kedua puluh satu Ramadan 1438H. Suhu hari ini antara 11 hingga 26 darjah. Tidak terlau sejuk dan tidak terlalu panas. Cuaca yang sangat sesuai untuk berpuasa yang panjang. Fajar pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.27 malam. Ramadan sudah masuk minggu terakhir. Terasa baru semalam berazam untuk meningkatkan dan memperbaiki segala ibadat wajib dan sunat . Masa berlari terlalu pantas. Benarlah sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapa, rugilah sesiapa yang tidak menggunakan masa yang ada dengan berhemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment