26 May 2018

Baharu


Salam,

Pada  hari Rabu, 9.5.2018 Pilihanraya Umum ke 14 telah diadakan di Malaysia. Disini kami mengikuti perkembangan pengundian dan keputusan dengan sabar dalam debar. Memandangkan waktu Ankara lewat 5 jam , kami dapat mengikuti dan mengetahui keputusan PRU14 hingga diumumkan kerajaan baharu.

Kerajaan Parti Barisan Nasional telah tumbang ditangan Parti Pakatan Harapan. Satu Sejarah Malaysia telah tercipta. Sejujurnya aku terkesima apabila mengetahui keputusan tersebut. Aku dilahirkan dan membesar dibawah pimpinan kerajaan BN yang telah berusia 61 tahun. Dengan beberapa masalah dalaman, penafian skandal 1MDB yang melibatkan negara luar,  menyebabkan hilangnya kepercayaan majoriti rakyat Malaysia kepada pemerintahan BN. Tidak telus dalam menyiarkan berita seolah-olah memperbodohkan rakyat. Dengan teknologi maklumat hari ini  sebarang berita boleh tersebar dalam sesaat. Tidak kira berita itu benar atau palsu. Kebangkitan rakyat menyaksikan tumbangnya kerajaan BN. Kerajaan PH mengambil alih dengan di ketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Meskipun telah berusia 92 tahun belia masih lagi mampu untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa PH merupakan kerajaan yang layak untuk memerintah Malaysia dan menangani segala kemelut dalam yang dihadapi oleh Malaysia dibawah kerajaan BN.

Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengangangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 pada 10.5.2018 pada pukul 10 malam di hadapan Agong di Istana Negara. Ini merupakan sejarah bagi seorang Perdana Menteri  Tertua yang dipilih melalui undian rakyat dalam pilihan raya secara demokrasi. Sejarah juga untuk Nina yang pertama kali mengundi dan menjadi pengundi di Putrajaya. Semoga kerajaan yang dipilih berjaya menyelesaikan segala masalah rakyat dan memerintah dengan adil dan saksama. alhamdulillah peralihan kuasa berjalan dengan aman.
Perancangan Allah tiada yang kebetulan. Semuanya pasti. Cuma, dengan kedangkalan akal kita sebagai hamba untuk memikirkan sama ada ini teguran daripada  Allah untuk kita sebagai umat Islam. Semoga kita semua sentiasa ditunjuki jalan yang benar dan sentiasa dalam limpah dan rahmahNYA.

Malaysia, tanah air yang kucintai, semoga sentiasa didalam limpah rahmat Allah SWT.


No comments:

Post a Comment