24 February 2011

Gurauan Alam II



Salam,

Belum 2 bulan tahun 2011 , kita dikejutkan dengan gempa bumi di New Zealand. Kebiasaanya sebelum gempa bumi berlaku, gegaran kecil akan terasa tetapi menurut berita yang disiarkan saksi mengatakan tiada gegaran berlaku tetapi terus kedengaran bunyi letupan yang kuat. Ada saksi yang menyangkakan bunyi bom yang meletup atau meletusnya peperangan tanpa menyangka itu adalah gempa bumi berukuran 6.3 R.
Terbaca diinternet mengenai 10 gurauan alam tahun 2010 yang menyebabkan banyak kematian dan kerugian. Sekadar berkongsi untuk peringatan kita.
Semoga kita tidak lalai untuk mengerjakan ibadat-ibadat wajib kerana kematian itu ada dimana-mana.

Bencana Alam a.k.a Gurauan Alam 2010
1. Gempa bumi di Haiti pada 12 Januari.Dengan kekuatan 7.0 R yang mengakibatkan kematian sehingga 230 ribu dan 300 ribu yang cedera disamping memusnahkan 230 ribu rumah kediaman dan 30 ribu bangunan.
2.Banjir besar di Pakistan bermula pada 26 Julai. Merupakan banjir terbesar selepas 80 tahun. Mengakibatkan ribuan kematian dan kerugian harta benda.
3.Banjir besar di China bermula pada 10 Mei yang menyebabkan kematian dan juga kerosakan tanah pertanian yang bekeluasan 2.09 juta hektar.
4.Gempa bumi di Yushu China pada 14 April dengan kekuatan 6.9 R melibatkan kematian hampir 3 ribu orang dan kecederaan sehingga 12 ribu orang.
5. Gempa bumi di Chile pada 27 Febuari dengan kekuatan 8.9R. Gegaran berlaku selama 90 saat yang mengaktifkan tanda amaran Tsunami di 53 buah negara.
6.Kebakaran besar yang tidak terkawal berlaku di Barat Russia pada penghujung Julai ekoran gelombang panas. Mengakibatkan kerugian 15 billion dollar dan meragut 54 nyawa.
7.Letusan Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland pada 14 April. Letusan gunung berapi ini mengeluarkan asap,debu dan abu keudara yang menyebabkan penutupan ruang udara Eropah dari 15 hingga 20 April.Penutupan ruang udara ini melumpuhkan sistem pegangkutan udara Eropah dan menjadi krisis terburuk selepas Perang Dunia II.
8.Angin Puting Beliung Fanapi melanda Taiwan pada 19 September yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian mencecah 1 billion dollar US.
9.Gempa bumi di Barat Christcurch New Zealand pada 4 September berukuran 7.1.
10.Gelombang panas Hemisfera Utara antara bulan Mei hingga Ogos yang melibatkan banyak negara termasuk Russia.

Sesungguhnya bencana-bencana ini telah disebutkan didalam Al-Quran dengan jelas dan nyata .Apa yang berlaku pada hari ini hanyalah ulangan -ulangan peringatan yang Allah
SWT turunkan untuk kita hamba2Nya yang selalu lalai dengan nikmat dunia ini. Marilah kita berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan yang ingkar dan lalai. Marilah kita sama-sama saling ingat mengingat dan tegur menegur kearah kebaikan.

No comments:

Post a Comment