10 June 2010

Antara Dua Darjat



Salam,

Jika dikira darjat, La Tahzan jauh lebih tinggi tetapi kenapa tarikan TLS lebih kuat? La Tahzan saya beli ketika balik bercuti Julai 2008. Masih belum khatam. Bukan tidak membaca tetapi isinya berat. Banyak kali saya mengulang tajuk2 yang sama.
TLS saya pesan melalui kawan yang bercuti pada musim bunga 2 bulan lepas. Selepas 3 buah buku Dan Brown terdahulu, saya tidak sabar2 untuk mendapt buku terbarunya. Saya menahan diri untuk membaca pada hari pertama memegangnya. Selang dua hari saya tidak boleh menunggu lagi dan selepas itu tidak melepaskanya sehinggalah sampai ke perenggan penamat.

Moralnya....mendidik jiwa untuk menambah kebaikan dalam diri banyak gangguan syaitan dan iblis tetapi menambah dan merasai keseronokan dunia untuk diri kita, terasa sangat senang dan mudah membuatnya.

Tidak salah untuk membaca dan menambah pengetahuan tetapi keseimbangan rohani itu perlu ada.

No comments:

Post a Comment