10 pintu pengampunan dosa oleh Allah swt ialah:
1. Beristigfar
2. Bertaubat
3. Melakukan kebajikan
4. Mendapat musibah atau malapetaka. Musibah berat ialah kematian dan paling ringan tertusuk duri dijalanan.
5. Doa dari orang mukmin dan Orang Saleh
6. Sukarnya menghadapi sakaratul maut
7. Kekhuatiran @ kebimbangan kita berjumpa dengan Allah pada hari kita dibangkitkan dari alam kubur, kita datang kepada Allah Taala dengan menangis bergelumang dengan dosa membawa keburukan dan kemaksiatan.
8. Seksaan kubur
9. Syafaat daripada Nabi Mhammad saw
10. Rahmat Allah swt yang Maha Pengasih. Ketika semua rahmat telah berakhir , pintu-pintu taubat telah ditutup, waktu untuk beribadat telah berakhir,dan segala peluang telah tiada lagi, lalu Allah swt dengan KekuasaanNya dan KasihsayangNya tampil membawa rahmat yang tidak terhingga..
petikan..Jangan Melampaui Batas oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Pendinding Diri
1. AlFatihah 1 kali
2. Ayatul Kursi 1kali
3. Amanarrsasul ( AlFatihan dan amannarasul adalah hadiah special daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya kerana tidak pernah diberikan kepada nabi/rasul terdahulu.
4. Qulhu 3 kali
5. Qul alfalaq 3 kali @ 1 kali
6. Qul annas 3 kali @ 1 kali
7. Ayat 9 Surah Yassin baca 3 kali diikuti dengan surah Al-Quraish hingga akhir ayat dibaca 1 kali.
Ini pendinding rumah daripada dimasuki pencuri tiupkan di setiap penjuru rumah baca sebelum tidur
Cara kedua
Jika terlampau mengantuk atau terdapat hal yang tidak dapat dielakkan cukup dengan membaca AlFatihah, ayat kursi dan amannarasul.
Cara ketiga
Baca terus semua yang diatas selepas solat Isyak dan apabila hendak tidur baca zikir Fatimah(subhanallah 33 kali) (alhamdulillah 33 kali) (Allahuakbar 33 kali), bismilalah 21 kali dan doa tidur serta dua kalimah syahadah.
Seelok-elok jadikan amalan harian setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur bermakna 2 kali sehari. Bagi yang uzur baca dalam hati dan niatkan sebagi zikir kerana ini adalah DOA yang terbaik.
sumber daripada Ustazah Dr. Fatma El-Zahra ( pendakwah bebas dan Dr gigi)
No comments:
Post a Comment