28 August 2009
Malam Terakhir di Stockholm
27 August 2009
26 August 2009
Ramadhan
Salam,
Kami di Moscow mula berpuasa pada hari Jumaat 21 Ogos.
Hari ini masuk hari ke 6 kami berpuasa. Pada hari pertama berpuasa kami berbuka pada pukul 8.52 malam sementara waktu sahur habis pada pukul 4.25 pagi. Walaupun waktu berpuasa agak panjang tetapi tidak terasa lapar dan dahaga kerana cuaca mendung dan kadang kala hujan.
Sekarang ni dah penghujung musim panas.Bila masuk pertukaran musim ni, boleh dikatakan hari-hari hujan. Nampaknya kat luar tu daun2 pun dah mula nak kuning malah dah banyak yang gugur. Itu tandanya musim luruh dah nak tiba. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk 7 bulan kami disini. Rindu nak balik kampung semakin memuncak. Doa2kan kami murah rezeki.
Indahnya Islam
21 August 2009
Salam Ramadhan
Salah sebuah masjid yang terdapat di luar Moscow
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H
Selamat berpuasa.Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.
Kepada semua saudara mara,kaum kerabat,kawan-kawan dan sesiapa yang megenali kami, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan memohon maaf zahir dan batin atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan..Moga ibadat kita di bulan Ramadhan tahun ini mendapat pahala yang berlipat ganda
Subscribe to:
Posts (Atom)