07 December 2015

Takut

Salam, Takut ni macam-macam takut. Paling teruk takut tidak bertempat. Takut kepada manusia atas apa alasan pun mengatasi takut kepada NYA, samalah seperti mayat hidup. Mula-mula cerita zombie ditayangkan saya tidak terfikir apa yang tersirat disebaliknya. Rupa-rupanya mereka memang kehadapan dalam menjangka masa hadapan. Hmmmmm....

Skeptikal

Salam, Mengisi ruang waktu dengan pengisian ilmiah yang yang sarat dan berat. Suatu kebencian mula timbul apabila membaca penulisan yang skeptikal terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Apa dah jadi?

10 September 2015

Perhentian

Salam,
Perhentian yang bukan milik kita. Dimana berhentinya perjalanan kita hanya Dia yang menentukan.

Mulut oh mulut

Salam,
Ungkapan Melayu , "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan merana. Terkini mulut longkang sudah diterima pakai.