31 January 2011

Masa


Salam,

Cepatnya masa berlalu, Januari sudahpun sampai kepenghujungnya. Masih begitu Seorang Aku.

14 January 2011

Dugaan Hidup



Hidup tidak selalu indah.

Salam,

Dah sarat dalam kepala ini dengan cerita2 yang meremukkan hati. Meskipun bukan aku yang melalui tetapi tempiasnya tetap terasa. Aku tidak meminta tetapi mereka bercerita untuk melepas rasa, bukan aku boleh membantu meredakan hanya sekadar pendengar sahaja.Bukan aku tidak sudi menjadi bahu tempat bersandar tetapi aku rasa tidak layak. Kesedihan mereka kesedihan aku jua.Aku hanya mampu berdoa untuk mereka yang dekat dimata dekat dihati serta mereka yang jauh dimata tetapi dekat dihati, agar tabah dalam menghadapi ujian2 ini.
Bukankah Allah SWT telah berjanji bahawa setiap ujian yang diberikan kepada hamba2 yang terpilih bersesuaian mengikut kemampuan diri hamba tersebut.
Hanya Allah SWT yang tahu hikmah disebalik ujian-ujian ini.

Gurauan



Salam,

Bila alam mula bergurau, manusia menjadi kucar-kacir. Gurauanya tidak seberapa tetapi kesannya amat mendalam. Sejuk yang teramat, banjir yang tidak dijangka, tanah runtuh yang tiba-tiba, gegaran gempa yang beberapa saat cuma.Sebagai hamba yang beriman hanya doa dan tawakkal kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang tahu segalanya.

Apa nak jadi!



Salam,

Akhir2 ini banyak betul bala yang diturunkan. Manusia semakin ganas, sana-sini cerita yang tidak sedap didengar. Peliknya bila berlaku berita bom-mengebom, keganasan semua dikaitkan dengan orang Islam. Apa nak jadi dunia ni.

31 December 2010

Selamat Tahun Baru 2011



Salam,

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga kita menjadi insan dan manusia yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga,agama, bangsa dan negara.

30 December 2010

Sejuk III






Salam,

Dulu saya pernah menerima e-mail yang memaparkan gambar-gambar pokok ais atau beku. Jika tidak silap saya keadaan pokok ais itu berlaku di China. Tidak sangka pula saya dapat melihat pokok ais yang asli bukan pokok ais ukiran.

Keadaan musim sejuk kali ini agak berlainan. Jika dua tahun lepas kekurangan salji, tahun ini pula salji turun tiada hentinya dan diselang seli dengan hujan. Apabila hujan turun dalam keadaan suhu bawah paras beku , maka terbentuklah pokok-pokok ais semulajadi. Jika dilihat dengan mata kasar pemandangan ini memanglah cantik tetapi dari segi keselamatan ia merbahaya. Pokok-pokok ais ini sangat rapuh dan boleh patah pada bila-bila masa. Taman dibelakang bangunan kami tinggal ini terpaksa ditutup kerana dibimbangi dahan-dahan ais akan patah tanpa boleh dijangka.

22 December 2010

Sejuk II




Salam,

Musim sejuk datang dan pergi, namun tiada yang menarik perhatian kamilagi. Betullah kata orang sejuk salji dinegara orang tidak dapat megubat panas berpeluh dinegara sendiri. Sebenarnya banyak sangat tempat-tempat yang belum kami lawati di Moscow ini. Dua tahun disini kami banyak menghabiskan masa dirumah sahaja.Entah apa yang mengekang kami untuk keluar melihat dunia diluar sana.