Salam Ramadhan ke 24,
Bersama berkat Ramadhan kami mendapat berita yang kami akan berpindah ke negara baru.
Bagaimana perasaan apabila mendapat berita ini? Jawabnya, entah!. Tiada perasaan apa-apa. Sedihkah untuk meninggalkan kota yang tidak pernah tidur ini? Jawabnya, tidak!.
Setelah 2 tahun di kota New York ini ada ada suatu jawapan yang pasti kepada persoalan yang sering bermain di kepala ini. Selama ini dengan hanya melalui pembacaan, melalui internet, melalui meda-media saya melihat kebijaksanaan Mereka Yang Tidak Boleh DiSebut Namanya, dalam semua bidang, memang rasa takjub akan sikap mereka yang sangat menjunjung tinggi ilmu dunia ini, tidak pernah puas meneroka , ada sahaja yang baru, terlalu cepat .Sesungguhnya sangat benar ujian bagi mereka ini kepintaran dan kemahuan serta keinginan menguasai segala-gala yang ada, sehingga lupa ada yang tidak boleh diterjemahkan dengan akal manusia.
Mereka terlupa ada DIA yang Maha Pencipta.
30 June 2016
14 June 2016
Ramadhan Kareem 1437H/2016M
Salam,
Hari ini hari ke 9 kami berpuasa di New York City. Cepat sangat masa berjalan. Ramadhan kali ini jatuh dipenghujung musim bunga dan di awal musim panas. Jadi waktu berpuasa agak panjang. Kami berpuasa hampir 17 jam. Secara puratanya waktu bersahur tamat pada pukul 3.35 pagi dan subuh masuk sekitar pukul 3.45 pagi. Waktu Maghrib dan berbuka kurang lebih pada pukul 8.28 malam. Meski pun waktu berpuasa agak panjang, ajaibnya tidak terasa lapar yang keterlaluan. inilah berkat bulan Ramadhan. Diwajibkan berpuasa, diberi sedikit ujian untuk menguji iman kita kepada DIA, bersama ujian itu diberi berakah dan rahmat. Allahu akbar..apalagi yang hendak kita dustakan?
Moga ibadat kita di bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
23 January 2016
Ribut Salji
Salam,
New York mengalami ribut salji hari ini Sabtu 23 Januari 2016 dan dijangka berterusan sehingga hari Ahad.
01 January 2016
31 December 2015
28 December 2015
Nisah Haron Online: MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL
Salam,
Saya mengenali karya penulis ini melalui penulis FT. Pada pandangan saya penulisan beliau sentiasa ada nada sinis. Patutlah kerana latar belakang beliau sebagai seorang peguam.
Artikel yang sangat baik sebagai bahan bacaan kepada sesiapa yang berminat untuk menulis.
Nisah Haron Online: MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL: Simposium Penulis Wanita Sarawak 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 24 Ogos 2013 MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFES...

Subscribe to:
Comments (Atom)