16 April 2009

Bisu,Buta, dan Tuli

Ya Allah ya Tuhanku,

Jadikanlah aku dan keluargaku Bisu daripada berkata-kata dengan perkataan yang tercela,tidak berfaedah, mengumpat, mengeji,mencerca, memaki-hamun dan apa-apa sahaja yang Engkau tidak sukai dan redhai.

Ya Allah ya Tuhanku,

Jadikanlah aku dan keluargaku Buta daripada melihat perkara-perkara yang mungkar, maksiat dan yang melalaikan.

Ya Allah ya Tuhanku,

Jadikanlah aku dan keluargaku Tuli daripada mendengar perkara-perkara yang berdosa, melalaikan, tidak berfaedah dan segala yang Engkau tidak redhai.

Ya Allah ya Tuhanku,

Hanya kepadaMu kami panjatkan doa ini peliharalah hati-hati kami yang selalu lalai dengan fitnah dunia yang melekakan.

Terangilah hati kami dengan cahaya keimanan.
Bukakanlah pintu hati kami untuk mengingati dan mentaatiMu setiap saat, setiap nafas, ya Allah baik dalam jaga atau tidur kami.

Panasnya NerakaMu ya Allah,
bertapa sempit dan gelapnya kubur,
kami sebagai hamba yang hina dina lagi berdosa memohon keampunanMu Ya Allah.

Hanya kepadaMU kami berharap segala keampunan dan keredhaan, menempuhi hidup di dunia yang penuh dugaan dan cabaran.
Nipisnya iman kami, hanya kepadaMU ya Allah tempat kami bergantung hidup di dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment