28 March 2010

Pertemuan

Salam,

Selama empat tahun di Cairo saya tidak pernah jumpa mumia Firaun ni, bukan saya tak berpeluang tapi saya megelak dengan pelbagai cara, takut benar saya nak berjumpa. Mana tidaknya melihat keranda2 yang besar dan berbau mayat tu saya dah ngeri inikan pulak nak membelek dan merenung mumia ni. Nasib baiklah nak berjumpa dengan Firaun di Cairo dulu ada harga yang mesti dibayar, ada bilik khas, jadi saya memang tidak teringin nak masuk. Mendekati pintu masuk pun saya tak mau.
Rupa2nya saya nak berjumpa di London. Saya tidak menyangka Muzium London meletakkan mumia Firaun ni ditempat biasa2 saja. Tiada tempat istimewa, sesiapa sahaja boleh melawat dan merakamkan gambar. Sempatlah saya menjeling dan menangkap sekeping dua gambar.
Bila dah upload gambar dikomputer saya skip gambar mumia ni, memang saya takut.Jadi kepada sesiapa yang berminat silalah tengok puas2 mumia Firaun ni.
Menurut kenyataan pihak muzium mumia Firaun ni,seorang perempuan masih elok dan utuh disebalik kain yang melilit mumia ni. Barang siapa nak copy n paste gambar ni untuk jadikan avatar silakanlah.

No comments:

Post a Comment