23 April 2010

Hukum Alam



Gunung Berapi Eyjafjallajokull di Iceland

Salam,

Hukum alam tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT.

Letusan Gunung Berapi Eyjafjallajokull di Iceland telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara benua Eropah yang menyebabkan berjuta penumpang terkandas diseluruh dunia. Tempiasnya terkena juga kepada kami yang telah merancang untuk bercuti ke Norway melihat fyord dan terpaksa dibatalkan. Insya-Allah lain kali, jika ada rezeki.

Jika mengikut kajian saintis, kemungkinan Gunung Berapi Katla pula kan meletus. Gunung ini hanya terletak 12 batu sahaja dari Gunung Berapi Eyjafjallajokull dan letupannya dijangka enam kali ganda lebih besar dari Gunung BE.

Jika mengikut sejarahnya Gunung BE dan Gunung BK meletus secara beriringan, ini pernah terjadi pada tahun 1821 dan para saintis telah nampak tanda-tanda gunung BK akan meletus.

Bencana alam yang terlalu kerap berlaku akhir-akhir ini menunjukkan dunia semakin tua dan manusia semakin durjana, ketamakan kuasa berlaku dimana-mana, penindasan berlaku berterusan dan perasaan prihatin semakin hilang.

Cuba-cubalah melihat diri sendiri. Dimana kita?

19 April 2010

Deja vu


Bolshoi Theater "Swan Lake"

Salam,

Deja vu, terlalu kerap mengalaminya. Terganggu.

16 April 2010

14 April 2010

Angin Sepoi-sepoi bahasa



Salam,

Alhamdulillah sekarang cuaca dah bertambah panas, musim bunga dah terasa, tunas2 pokok dah mula menampakkan diri. Cuaca begini memang sesuai untuk berjalan-jalan santai.

Hati ini melonjak2 nak keluar tetapi perasaan takut membuatkan kaki berat nak melangkah. Apa tidaknya, sejak kes letupan di Metro tempoh hari, mereka yang memakai tudung dipandang serong.

Menurut cerita adik2 pelajar yang berulang alik ke kuliah menaiki metro, mereka diperiksa lebih rapi sebelum dibenarkan melepasi pintu ke Metro, mereka diperiksa menggunakan alat pengesan dan ditanya soalan2 yang tidak sepatutnya termasuk soalan2 provokasi yang boleh menyakitkan hati pelajar2 ni . Ada ke patut ditanya soalan "awak ni terorist ke?", siapa yang tidak benggang ditanya soalan bergitu.

Ramai yang terkena tempiasnya apabila terjadi perkara begini.
Iktibarnya, jangan membuat sesuatu tindakan secara terburu-buru dan mengikut nafsu dendam kesumat. Hasilnya tidak kemana sebaliknya membuat keadaan bertambah buruk. Allahuaklam.

12 April 2010

Peringatan

Salam,

Melihat peninggalan tamadun-tamadun dulu membuatkan saya insaf dan takut.
Petikan Terjemahan Surah ar-Rahman
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]



Rosseta Stone

Assyrians Citadel Gate

11 April 2010

Dulu dan sekarang

Salam.
Cepatnya masa berlalu.


Febuari 2010

Febuari 2010

Febuari 2010

Januari 2006

Januari 2006

Januari 2006. Hari ke 3 di Stockholm

06 April 2010

Diam



Matahari Terbenam - Penerbangan London - Moscow.
Salam,

Banyak sangat cerita-cerita yang disampaikan kepada saya sejak kebelakangan ini. Bukan cerita-cerita gembira tetapi sebaliknya. Saya tidak tahu macam mana nak menaganinya.
Tidak ubahnya ditelan mati emak diluah mati bapak, tiada siapa yang salah, tiada siapa yang benar, tiada yang kalah tiada yang menang, kalau menang jadi arang kalau kalah jadi debu. Saya ambil sikap dengar, lihat dan DIAM. Allahhu Akbar!