23 April 2010

Hukum Alam



Gunung Berapi Eyjafjallajokull di Iceland

Salam,

Hukum alam tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT.

Letusan Gunung Berapi Eyjafjallajokull di Iceland telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara benua Eropah yang menyebabkan berjuta penumpang terkandas diseluruh dunia. Tempiasnya terkena juga kepada kami yang telah merancang untuk bercuti ke Norway melihat fyord dan terpaksa dibatalkan. Insya-Allah lain kali, jika ada rezeki.

Jika mengikut kajian saintis, kemungkinan Gunung Berapi Katla pula kan meletus. Gunung ini hanya terletak 12 batu sahaja dari Gunung Berapi Eyjafjallajokull dan letupannya dijangka enam kali ganda lebih besar dari Gunung BE.

Jika mengikut sejarahnya Gunung BE dan Gunung BK meletus secara beriringan, ini pernah terjadi pada tahun 1821 dan para saintis telah nampak tanda-tanda gunung BK akan meletus.

Bencana alam yang terlalu kerap berlaku akhir-akhir ini menunjukkan dunia semakin tua dan manusia semakin durjana, ketamakan kuasa berlaku dimana-mana, penindasan berlaku berterusan dan perasaan prihatin semakin hilang.

Cuba-cubalah melihat diri sendiri. Dimana kita?

No comments:

Post a Comment