28 April 2010

Ciri-ciri Orang Munafik

Salam,

Jagalah diri kita daripada sifat-sifat orang yang munafik. Sesungguhnya telah banyak tanda-tanda kiamat yang diperlihatkan kepada kita.

Saling ingat mengingat sesama kita.

Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas [Hadith Sahih Riwayat Muslim

Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

No comments:

Post a Comment