11 April 2011

Nasihat-menasihati



Salam,

Banyak betul saya menerima e-mail yang mengandungi nasihat-nasihat berguna. Terima ksih saya ucapkan pada yang sudi memanjangkan email-email begini cuma...saya tidak suka diakhir e-mail ada saja ayat-ayat yang berbunyi begini..." hendaklah dihantar kepada 10 yang lain jika tidak.....bla-bla-bla- ..bagi saya ada sesuatu yang tidak kena disini. Walaupun niat sipengirim baik, ingin pesan berpesan sesama manusia tetapi tidak perlu ada unsur2 menakut2kan orang lain kerana dibimbangi ada unsur2 syirik disitu. Segala kebaikan, keburukan, bala dan sebagainya adalah datang daripada Allah SWT , hanya Dia yang tahu hikmah disebaliknya apa yang berlaku, bukan kerana kita tidak memanjangkan apa2 e-mail yg kita terima. Jadi kepada sesiapa yang ingin memanjangkan e-mail nasihat kepada saya pastikan niat anda ikhlas ingin ingat mengingat sesama insan bukan kerana takut musibah yang akan menimpa.

Allahuklam.

Talipon


Hari Raya Aidil Fitri 2011. Betul! Memang tak silap, raya..2011


Salam,

Selesai sudah saya menalipon semua yang dekat dihati nun jauh di Malaysia sana, memberi khabar berita kepulangan kami. Hanya menunggu hari, gembira tetapi banyak tanggungjawab yang mesti dipikul disana nanti. Rutin harian akan berubah, saya harap perubahan yang baik-baik belaka. Insyaallah.

09 April 2011

Membilang Hari



Salam,

Mula-mula mendapat khabar angin kami akan balik ke Putrajaya, rasa tidak sabar-sabar membongkar dan mengeluarkan apa yang patut. Seronok dapat balik tetapi dalam dilema, hendak bekerja atau berhenti. Jika berhenti, hutang siapa nak bayar????? Adoii...

05 April 2011

Hati Ibu


seronoknya kalau dapat melingkauu sepanjang hari..

Salam ,

Siapalah tidak risau apabila anak menduduki peperiksaan penting yang akan menentukan masa depannya. Dulu saya mengajar dan menasihati anak orang , sekarang anak sendiri yang begitu santai dan bersahaja dengan peperiksaan besar yang bakal diduduki. Saya rasa penat menasihati, membebel yang kadang-kadang diluar kawalan, hanya doa saya panjatkan kepadaNya agar semuanya berjalan mengikut perancangan. Jika berlaku sebaliknya itu akan difikirkan kemudian.

31 March 2011

Adu-mengadu


Salam,

Hari ini saya hendak cerita sikit pasal adu-mengadu ni. Saya pun kadang2 terbabas jugak dalam perihal adu-mengadu ni. Kadang-kadang kita bukan sengaja hendak mengadu-adu tetapi dek kerana pandainya orang melayan-layan dan menggorek2 maka secara tak sedar kita pun tercerita apa-apa yang tidak perlu. Memang ada manusia yang dikurniakan kemahiran mengorek2 rahsia hati orang ini dan kemahiran menyebar2kan hal-ehwal dan cerita ceriti yang berjaya dikoreknya. Mungkin manusia jenis ni tidak sedar perbuatan ini salah disisi agama atau manusia ni sedar tetapi tetap nak buat jugak. Maklumlah nama pun manusiakan!

Al-kisah paling haru biru, apabila ada orang yang sanggup mengadu-adu perihal rumah tangganya kepada kaum bukan sejenis. Saya faham jika ada yang nak berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam masalah kerja dan anak2 tetapi sangatlah saya tidak faham jika boleh bertukar2 cerita pasal pasangan masing2 dan perihal bilik tidur. Hatta dengan kaum sejenis pun salah daripada segi etika inikan pula dari segi hukum hakam agama Islam. Mengaibkan pasangan masing2 semata-mata nak menagih simpati orang lain! Bukan penyelesaian yang dapat tetapi bala yang turun.

Ada pula yang tidak bersetuju apabila saya ianya salah disisi agama, ada pula yang kata bergantung pada niat kita tetapi..niat apapun yang kita pasang dari segi agama Islam perbuatan itu tetap salah dan berdosa, kecuali yang bukan kaum sejenis itu adalah MUHRIM kita.
Apa yang seronok sangat dapat mengadu-adu perihal rumah tangga kepada kaum bukan sejenis ni?? jawabnya.....kerana ada bisikan syaitan dan iblis yang bertepuk-tepuk tangan, mengoda2 hati manusia dan menyesatkan akal manusia ni.

Herannya, di Malaysia sekarang ni kes skandal suami orang dan isteri orang semakin menjadi2, tak kiralah di bandar besar ke, dibandar kecik ke, hatta dikampung sekalipun. Pada mata kasar Islam di Malaysia semakin bertambah baik tetapi kenapa keruntuhan akhlak juga semakin menjadi2. Dulu-dulu sibuk cerita keruntuhan akhlak ni dikalagan remaja sahaja tetapi sekarang menular kepada golongan penghujung dewasa. Apa dah jadi sebenarnya??

Perceraian dah jadi kes biasa, bukan sahaja perceraian meningkat di negeri2 pantai timur tetapi menyeluruh kenegeri2 lain, pulaknya, perceraian ni bukan kepada pasangan pertengahan dewasa sahaja, pasangan tua2 yang dah berkahwin belasan tahun pun semakin menjadi2. Mereka ni,bukan sahaja anak2 sudah besar tetapi sudah bercucu pun. Apa yang dicari sebenarnya???

Saya berdoa kepada Allah Taala agar saya, suami saya, anak-anak saya,kaum kerabat saya, saudara mara saya, saudara seagama saya tidak terjebak dalam perkara-perkara begini dan dijauhkan bala bencana yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Marilah kita sama-sama berdoa agar iman kita ditetapkan walau dimana kaki kita berpijak dilangit benua mana yang kita junjung, dalam keadaan apa ujian yang menimpa kita. Moga Allah memelihara kita semua dimana sahaja. Amin.

Allahukalam.

Bala Bencana



Salam,

Banyak sangat berlaku bencana yang tidak dapat diduga. Gempa bumi yang berulang-ulang berlaku dibeberapa negara, tsunami, kebocoran nuklear dan kebangkitan rakyat dinegara2 Timur Tengah. Nampaknya bumi kita sekarang sedang mengalami perubahan besar-besaran melalui proses semulajadi dan juga melalui perbuatan manusia. Hanya Allah jua yang Maha Memgetahui.

Berkemas-kemas




Salam,

Berkemas-kemas dan membuang apa yang tidak perlu. Kami akan berpindah ke Putrajaya semula. Alhamdulillah.