13 April 2011

Shasha


siapalah tak jatuh hati bila Shasha buat muka macam ni.




Raja dalam keluarga kami. Namanya Raja Shasha a.k.a King Alexander The Great

12 April 2011

Cantik



Salam,

Teringat saya kata-kata seorang VVIP, dalam 10 orang gadis Russia yang dia nampak, 7 orang semuanya cantik-cantik belaka tetapi yang 3 orang LAGI CANTIK.
Memang betul dan tepat sangat, gadis2 Russia semuanya cantik-cantik belaka. Bukan sahaja cantik rupa paras tetapi pandai bergaya pula. Satu kekurangan gadis-gadis Russia ni susah nak senyum. Agak-agaknya kalau semuanya ramah-tamah, senyum manis menggula ramai isteri-isteri yang makan hati. Emmm..senyum sendiri..

Cuaca oh Cuaca



Salam,

Cuaca benar-benar tidak menentu kebelakangan ini. Pada minggu lepas dijangka salji tidak akan turun lagi tetapi rupa-rupanya sepanjang minggu ini salji turun hampir setiap hari. Memandangkan suhu dah mula panas, semuanya cair dan becak serata tempat. Baru berangan-angan hendak keluar tetapi memandangkan keadaan yang begini lebih baik duduk di rumah saja.

11 April 2011

Nasihat-menasihati



Salam,

Banyak betul saya menerima e-mail yang mengandungi nasihat-nasihat berguna. Terima ksih saya ucapkan pada yang sudi memanjangkan email-email begini cuma...saya tidak suka diakhir e-mail ada saja ayat-ayat yang berbunyi begini..." hendaklah dihantar kepada 10 yang lain jika tidak.....bla-bla-bla- ..bagi saya ada sesuatu yang tidak kena disini. Walaupun niat sipengirim baik, ingin pesan berpesan sesama manusia tetapi tidak perlu ada unsur2 menakut2kan orang lain kerana dibimbangi ada unsur2 syirik disitu. Segala kebaikan, keburukan, bala dan sebagainya adalah datang daripada Allah SWT , hanya Dia yang tahu hikmah disebaliknya apa yang berlaku, bukan kerana kita tidak memanjangkan apa2 e-mail yg kita terima. Jadi kepada sesiapa yang ingin memanjangkan e-mail nasihat kepada saya pastikan niat anda ikhlas ingin ingat mengingat sesama insan bukan kerana takut musibah yang akan menimpa.

Allahuklam.

Talipon


Hari Raya Aidil Fitri 2011. Betul! Memang tak silap, raya..2011


Salam,

Selesai sudah saya menalipon semua yang dekat dihati nun jauh di Malaysia sana, memberi khabar berita kepulangan kami. Hanya menunggu hari, gembira tetapi banyak tanggungjawab yang mesti dipikul disana nanti. Rutin harian akan berubah, saya harap perubahan yang baik-baik belaka. Insyaallah.

09 April 2011

Membilang Hari



Salam,

Mula-mula mendapat khabar angin kami akan balik ke Putrajaya, rasa tidak sabar-sabar membongkar dan mengeluarkan apa yang patut. Seronok dapat balik tetapi dalam dilema, hendak bekerja atau berhenti. Jika berhenti, hutang siapa nak bayar????? Adoii...

05 April 2011

Hati Ibu


seronoknya kalau dapat melingkauu sepanjang hari..

Salam ,

Siapalah tidak risau apabila anak menduduki peperiksaan penting yang akan menentukan masa depannya. Dulu saya mengajar dan menasihati anak orang , sekarang anak sendiri yang begitu santai dan bersahaja dengan peperiksaan besar yang bakal diduduki. Saya rasa penat menasihati, membebel yang kadang-kadang diluar kawalan, hanya doa saya panjatkan kepadaNya agar semuanya berjalan mengikut perancangan. Jika berlaku sebaliknya itu akan difikirkan kemudian.